HAMZAH HANYA BERMAIN ‘PSYWAR’ UNTUK MENUTUP REALITI NAZAKNYA PPBM

Editorial

28 Jun 2022

Setiausaha Agung PPBM (Bersatu) DS Hamzah Zainuddin, hanya cuba bermain dengan psywar atau ‘perang saraf’ untuk menafikan kekuatan UMNO dengan persoalan, “Siapa kata UMNO makin kuat?”

Sebagaimana dia berhujah dalam satu siaran video Sinar Harian, Hamzah tidak mahu memperakui bahawa PPBM sedang nazak dan tidak ketentuan hala dlam menghadapi PRU15.

Hamzah membangkitkan isu jumlah Ahli Parlimen di setiap negeri untuk membangkitkan hujahnya bahawa UMNO tidak kuat.

Sememangnya jika dirujuk kepada kedudukan UMNO di setiap negeri kecuali Johor, Melaka, Pahang, orang akan mengatakan UMNO tidak kuat. Namun Hamzah lupa bahawa situasi yang cuba dijadikan hujah UMNO tidak kuat itu hanyalah satu persepsi untuk memujuk rakyat menolak hakikat bahawa PPBM kian lemah.

Hamzah lupa bahawa dia menang di Parlimen Larut adalah aatas tiket UMNO, malahan ramai lagi ahli parlimen yang kini berada dalam blog PPBM telah menang atas tiket PPBM tetapi menjadi katak politik untuk setelah diugut sebagaimana berlaku kepada YB Labuan Rozman Isli dan ramai lagi yang enggan tunduk kepada ugutan Muhyiddin Yassin.

Dalam jumlah 31 ahli parlimen PPBM hanya 6 sahaja merupakan ahli PPBM yang mungkin boleh dikatakan tulen, sedangkan yang lain sedang terperangkap dengan kedudukan nazak PPBM. 14 daripada mereka adalah Ahli Parlimen yang telah memenangi PRU14 atas tiket UMNO, tetapi kemudiannya melompat ke PPBM. Manakala terdapat 10 lagi ahli parlimen PKR yang telah melompat ke PPBM.

Isu yang cuba Hamzah tolak ialah kebencian rakyat setelah ditipu oleh PH semasa PRU14, manakala PPBM adalah rakan sekongkol PH semasa PRU14.  Inilah antara faktor yang akan menyungkurkan PPBM ke bumi ada PRU15 nanti.

Hamzah Zainuddin nampaknya masih suka bersandarkan kepada persepsi, imaginasi, fiktif dan harapan apabila dia mengatakan bahawa UMNO tidak sekuat mana pada PRU15 nanti.

Hamzah juga cuba menafikan atau sengaja menutup mata, tentang relaiti yang telah berlaku di Johor dan Melaka, apabila rakyat telah menolak PPBM yang dilihat sebagai konco-konco PH.

Adakah fenomena dan pola kecenderungan pengundi di negeri-negeri lain juga selari dengan pengundi Johor dan Melaka.

Agak lucu apabila Hamzah cuba menafikan trend ahli PPBM meninggalkan parti, malahan mereka beralih kepada UMNO.

Adakah rakyat masih termakan dengan fakta-fakta psywar Hamzah setelah PPBM yang mendominasi Perikatan Nasional telah mengheret negara kepada kemelut ekonomi yang amat teruk?

Malah hari ini meskipun PM Ismail Sabri adalah Ahli Parlimen UMNO, namun dominasi PPBM ke atas PN telah menjadikan beliau terikat kedua belah tangannya dalam hal membuat sebarang keputusan dan perubahan dasar.

Lihatlah bagaimana kemelut jawatan menteri yang disandang oleh Zuraida Kamaruddin yang menjadi rebutan dan ugutan PPBM, sedangkan Ismail Sabri mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat sebarang keputusan.

Kenaikan harga barang harian juga menjadi persoalan apabila 90% kementerian yang bertanggungjawab adalah di bawah kuasa PPBM.

Isu besar yang menjadi batu penghalang kepada PPBM adalah kedudukan dan kekuatan akar umbi serta jentera parti dalam menghadapi PRU15 nanti.

Bagaimanakah PPBM mahu mengharapkan jentera parti sekiranya 25 daripada 31 ahli parlimennya adalah penyokong UMNO dan PKR?

Media tidak mendedahkan fakta-fakta fiktif dan persepsi, sebaliknya media memaparkan kebenaran.

Di tengah-tengah dakwaan Hamzah bahawa tindakan ahli Bersatu keluar parti hanyalah sebagai persepsi dan propaganda politik, namun media telah melaporkan sebaliknya.

Apabila khalayak bertanya, mengapakah hendak dihebohkan apabila setakat 100-500 orang sahaja ahli yang keluar daripada PPBM?

Memanglah laporan yang dibuat oleh media menunjukkan jumlah ahli yang keluar meninggalkan PPBM adalah sedikit, kerana hakikatnya jumlah ahli Bersatu sememangnya sedikit.

Lihat sahaja bagaimana PPBM Negeri Sembilan telah terus dibubarkan keseluruhannya.

Bersatu Perlis juga tercungap-cungap nazak.

Kekalahan PPBM di 7 PRK, dan kekalahan teruk di PRN Melaka dan PRN Johor bukanlah propaganda, apatah lagi, roh dan semangat PPBM yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sudah hilang dalam Bersatu Muhyiddin.

Lihatlah apa yang dilaporkan oleh media tentang Bahagian PPBM Pagoh yang menjadi kubu kuat Muhyiddin kini lumpuh apabila pengasasnya sendiri keluar meninggalkan PPBM?

Lebih malang lagi apabila majoriti yang keluar PPBM lebih yakin untuk menyertai UMNO.

Lantas, Hamzah dan Muhyiddin, janganlah lagi beretorik tentang kedudukan PPBM yang kini bagaikan melukut di tepi gantang.

PPBM dalam kerajaan sekarang hanyalah berselidung di sebalik langsir PN. Itupun Muhyiddin masih mahu menabur propaganda untuk menduduki kerusi PM sekali lagi?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: