Editorial
27 Jun 2022
Adakah Tommy Thomas telah menyalahggunakan kuasa prerogatifnya sebagai Peguam Negara ketika PH berkuasa untuk menyelamatkan seorang wanita India yang dituduh menyebabkan kematian pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia?
Ramai dalam kalangan rakyat yang tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Persekutuan kerana membebaskan tanpa dilepaskan warga emas S Ambika yang didakwa menyebabkan kematian Adelina Lisao, 28, di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Bukit Mertajam, pada 10 Feb 2018.
Dengan itu juga rakyat rasa berhak untuk menuntut agar Tommy Thomas menjelaskan mengapa dia meminta mahkamah membebaskan seorang wanita yang didakwa membunuh pembantu rumah warga Indonesia empat tahun lalu.
Kemarahan takyat meluap apabila banyak kes yang melibatkan konco-konco PH digugurkan begitu sahaja, manakala Tommy Thomas pula mengaku secara terbuka bahawa dia adalah Peguam Negara lantikan politik PH.

Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng dibebaskan dengan cara yang amat misteri, apabila SPRM sendiri terkejut dengan keputusan mahkamah dalam kes rasuah pembelian bangle murah yang dilihat terdapat konflik kepentingan penjual.
Kemudian kes rasuah kontrak pembinaan Terowong Bawah Laut yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng juga telah diketepikan pada era pemerintahan PH, tetapi dibuka semula setelah PH tumbang.
Lebih menjelkelkan apabila Tommy Thomas adalah peguam bela Lim Guan Eng dalam kes rasuah sebelum PH berkuasa. Malahan dia juga adalah peguam bela Ketua Parti Kmunis Malaya, Chin Peng semasa Chin Peng masih hidup, dalam kes rayuannya untuk kembali ke Malaysia.

Khamis lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembebasan warga emas S Ambika kerana isu teknikal dalam prosedur perbicaraan dan bukannya berdasarkan fakta dan bukti jenayah yang telah berlaku.
Pada 18 April 2019, Mahkamah Tinggi di George Town membebaskan wanita berusia 62 tahun itu selepas pihak pendakwaan memohon ‘“discharge not amounting to an acquittal” (DNAA) atau dalam istilah bahasa kebangsaan, “dibebaskan tanpa dilepaskan”.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya berhujah bahawa, pihak pendakwa tidak memberi alasan di Mahkamah Tinggi apabila dakwaan terhadap tertuduh telah ditarik balik ketika kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah mengejutkan rakyat dan banyak pihak, manakala isu DNAA itu dikaitkan dengan Tommy Thomas ketika dia menjawat kedudukan sebagai Peguam Negara lantikan politik PH.
Dengan itu amatlah wajar supaya Tommy Thomas memberikan penjelasan kenapa dakwaan telah ditarik balik tanpa alasan kepada mahkamah ketika dia menjawat kedudukan sebagai Peguam Negara.
Rakyat negara jiran Indonesia amat kecewa dan marah dengan keputusan ini, seolah-olah keadilan di Malaysia tidak lagi wujud dan undang-undang dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tahun lepas (2021) Mahkamah Rayuan mengesahkan pembebasan Ambika.
Khamis lalu, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Vernon Ong di Mahkamah Persekutuan berkata hakim perbicaraan Akhtar Tahir telah menggunakan budi bicaranya untuk pembebasan Ambika.
Pihak Mahkamah Persekutuan menegaskan “tiada kekhilafan yang boleh dirayu” oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan apabila menolak rayuan pendakwaan.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata kerajaannya kecewa tetapi menerima keputusan itu, sambil menambah bahawa mereka akan melihat kemungkinan lain seperti memfailkan saman sivil.
Dengan pembebasan tertuduh itu, maka pembunuhan Lisao menjadi amat misteri kerana tiada siapa yang bertanggungjawab atas kematiannya.

Sebelum itu, penduduk di Taman Kota Permai mendakwa sering mendengar suara seorang wanita menjerit dan memarahi pembantu rumahnya, Adelina Lisao yang telah meninggal dunia selepas menjadi mangsa dera majikannya.
Jiran yang tinggal berdekatan rumah suspek berkata, keluarga majikan kepada amah Adelina Lisao, tidak begitu bergaul dengan jiran tetangga.
Mereka sering mendengar suspek memarahi pembantu rumahnya tanpa mengira waktu.
Mangsa juga bukanlah pembantu rumah pertama yang menjadi mangsa kemarahan suspek yang berusia 60 tahun itu, dakwa jiran berkenaan.
Merek tidak menyangka pembantu rumah warga Indonesia itu menjadi mangsa dera keluarga berkenaan sehingga maut.
Jiran tetangga mula mengesyaki sesuatu lebih buruk apabila melihat Adelina dalam keadaan tidak terurus, lemah, muka membengkak dan tubuh yang semakin kurus.
Mereka pernah bertindak mahu membantu mangsa tetapi suspek sering memberi amaran kepada mereka supaya tidak mencampuri urusannya.
******
Tinggalkan Jawapan