Editorial
26 Jun 2022
Pada 19 Jun lalu dalam satu program ‘Aku Melayu: Survival Bermula’ Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura dan kepulauan Riau sepatutnya dikembalikan kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada tanah Melayu.

Tidak pasti apakah tujuan Mahathir dalam program berkenaan setelah dahulunya dia mengutuk kaum Melayu sebagai pemalas dalam ‘Kongres Maruah Melayu’.
Adakah dia mahu menjadikan program 19 Jun itu sebagai perisai dalam kes saman fitnah Mahathir terhadap DS Zahid Hamidi bahawa dia sebenarnya bukanlah daripada keturunan darah Melayu, sebaliknya berketurunan India Kerala melalui datuknya Iskandar Kutty?
Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa, “Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, sebaliknya kita juga harus menuntut supaya Singapura dan kepulauan Riau dikembalikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu.”
Adakah semua ini hanya merupakan retorik politik Mahathir apabila menjelangnya PRU15?
Walau apapun dolak-dalik Mahathir untuk menepis dan menidakkan kenyataannya itu, ia telahpun membangkitkan kemarahan Indonesia dan rakyatnya.
Sebagaimana dilaporkan oleh Tribun-Video.com kenyataan Mahathir yang pernah dilabelkan oleh DYMM Sultan Johor sebagai hampir nyanyok, itu telah meletuskan kemarahan rakyat Indonesai, malahan dicaci oleh rakyat Malaysia sendiri.
Siapakah Mahathir dan apakah kredibiliti kenyataannya dalam konteks mewakili kerajaan Malaysia.

Sebelim ini Mahathir telah dikutuk oleh beberapa tokoh dunia kerana mulutnya yang celupar dan tidak bertanggungjawab.
MO Ibrahim, pengasas Yayasan MO Ibrahim di Afrika, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin tertua dunia yang berusia 90-an hanya akan membawa rakyatnya ke kubur! Ibrahim berkata sedemikian dalam satu forum pemimpin Afrika di Kigali, yang turut dihadiri oleh Dr Mahathir Mohamad.
Akibat daripada kenyataan Mahathir tentang tuntutan Malaysia ke atas Riau, warganet Indonesia telah menyerang akaun Instagram Mahathir dan membanjiri ruang komentar dengan pelbagai luahan kemarahan dan kecaman mereka.
Ini bukanlah kali pertama Mahathir telah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia, malahan sudah berkali-kali Mahathir mengeluarkan kenyataan tidak berasas, sehingga dia dimalukan oleh tokok-tokoh dan pemimpin dunia.

Ramai yang menterjemahkan kenyataan Mahathir itu sebagai provokasi untuk memecah-belahkan hubungan baik diplomatik Indonesia-Malaysia.
Malah ada yang mentafsirnya sebagai satu provokasi untuk mewujudkan ‘peperangan’ Malaysia-Indonesia.
Antara lain, komentar warganet Indonesia tehadap kenyataan Mahathir adalah seperti beikut:

Timbalan Staf Presiden (KSP), Jaleswari menegaskan bahwa Kepulauan Riau merupakan sebahagian daripada Republik Indonesia. “Hingga detik ini, satu-satunya entitas yang memiliki kendali atas wilayah Provinsi Kepulauan Riau adalah Pemerintah Republik Indonesia,” kata Jaleswari dalam keterangan tertulis, Selasa (21/6/2022).
Hal itu dibuktikan dengan adanya administrasi pemerintahan Indonesia di Kepulauan Riau yang dilakukan melalui proses demokrasi.
Mengenai peryataan Mahathir, Jurucakap Kementerian Luar Republik Indonesia, Teuku Faizasyah menyebut bahwa pemerintah sedang meminta keterangan utuh dari Putrajaya tentang kenyataan Mahathir yang amat tidak bertanggungjawab itu.
******
Tinggalkan Jawapan