Editorial
26 Jun 2022
DAP cuba menangguk di air keruh apabila cuba mengheret rakyat dengan demo 1 juta rakyat menentang kenaikan harga barang.
Harga barang naik bukan kerana kerajaan mahu naikkan harga barang, tetapi banyak faktor global. Namun tidak terkecuali juga golongan orang tengah yang kebanyakannya adalah taikun-taikun bangsa DAP yang sering mengangkat gejala kenaikan harga barang menjelang PRU.

Lihatlah apabila Pengerusi DAP Lim Guan Eng, mengeluarkan kenyataan ketika PH berkuasa pada 2018, bahawa “ Kenaikan harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya tidak dapat dielakkan.”
Manakala pemimpin PKR Saifuddin Nasution pula mengatakan bahawa “Kenaikan harga ayam adalah perkara biasa kerana kenaikan kesan daripada bahan makanan ayam,” dan pemimpin Amanah Salahuddin Ayub pula melahirkan rasa “pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut”.

Hakikatnya pada pentas media terkini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sedang terkapai-kapai menghadapi kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang’ setelah pihak kontraktor terlibat menyogok RM1.3 juta kepada Guan Eng.
Malahan lebih menjijikan apabila saksi penting pendakwa yang juga merupakan rakan Guan Eng telah dikatakan membunuh diri terjun dari kondominium ‘The Terazzo’ Pulau Pinang yang dilihat untuk memudahkan Guan Eng memenangi kes.

Di samping itu, kegenjotan dalam badan kehakiman negara dengan pelbagai pembongkaran juga telah mendedahkan komplot campur tangan DAP-PH dalam badan kehakiman negara.
Semuanya bermula dengan pelantikan Tommy Thomas, Latheefa Koya dan Ketua Polis Negara yang dikatakan balaci PH-DAP untuk menyelamatkan kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin DAP-PH.
Lihatlah bagaimana kes rasuah ‘pembelian banglo’ dengan harga murah yang melibatkan Guan Eng ketika dia menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ditutup begitu sahaja dengan cara yang amat misteri oleh pihak Peguam Negara PH iaitu Tommy Thomas.
Banyaklah lagi kes sehingga membawa kepada pembebasan aktivis pengganas LTTE dan pembunuhan anggota bomba Adib Mohamad Kassim.
Hari ini kes sogokan Hakim Nazlan dengan dana 1MDB melalui Jho Low terbongkar bersama-sama dengan kes rasuah suami bekas Gabenor Bank Negara yang dikatakan bersekongkol dalam konspirasi memusnahkan kerjaya politik DS Najib Razak.

Kemudian lebih terkini ialah terbongkarnya sogokan UKSB kepada Muhyiddin Yassin yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri PH, sejumlah RM1.3 juta. Manakala tokoh-tokoh UMNO yang trut menerima sogokan telah menjadi bahan ugutan untuk mereka menyokong Muhyiddin Yassin.
Lantas, usahlah DAP cuba mengangguk di air keruk untuk mengheret 1 juta rakyat untuk berdemonstrasi di jalanan kononnya untuk memperlihatkan kejelekan pentadbiran Ismail Sabri, Perdana Menteri dari UMNO.
Hakikatnya menteri-menteri yang terlibat dalam isu kenaikan harga barang semuanya adalah daripada PPBM yang semasa PH berkuasa adalah konco-konco PH.
Manakala perkara yang paling menjengkelkan adalah tugas Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang amat bertanggungjawab dalam isu kenaikan harga barang.
Lupakah DAP bahawa Muhyiddin adalah konco kuat DAP semasa PH-DAP berkuasa, dan kini sedang mengendeng untuk menjalin kerjasama dengan PH-DAP untuk membina khemah besar sebagai strategi mengalahkan UMNO-BN pada PRU15?
Semoga rakyat tidak diperbodohkan.
*****
Tinggalkan Jawapan