VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR

Editorial

24 Jun 2022

Sejurus setelah memenangi PRU14, perkara utama yang dibuat oleh PH adalah melantik Peguam Negara daripada konco mereka sendiri, dan kemudiannya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Hakim Negara, disusuli pelantikan Ketua Polis Negara.

Peguam Negara PH, Tommy Thomas telah dilantik untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian Banglo dan menutup kes rasuah Terowong Bawah Laut. Walau bagaimanapun kes Terowong Bawah Laut telah dibuka semula pada era PN atas desakan BN.

Manakala peguam dan orang kuat PKR, Latheefa Koya adalah terang-terangan merupakan lantikan politik PH yang dilantik untuk kepentingan PH-PKR menggantikan Syukri Abdull pilihan Dr.Mahathir.

Pelantikan Ketua Hakim Negara juga adalah lantikan Mahathir tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) Parlimen, yang kini telah membangkitkan persoalan tentang keadilan bagi kes 1MDB yang membabitkan DS Najib Tun Razak.

Sebelum itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah mendedahkan bahawa Mahathirlah PM pertama yang masuk campur urusan badan kehakiman negara.

Setelah PH tumbang, Tommy Thomas sendiri telah memperakui bahawa dia adalah lantikan politik.

Setelah mereka berkuasa, banyak kes yang melibatkan ‘orang-orang PH’ telah digugurkan, manakala kes 1MDB dan SRC yang dikaitkan dengan DS Najib dibawa ke mahkamah walaupun sebelum itu PAC telah buktikan melalui siasatan mereka bahawa DS Najib tidak bersalah.

Apabila Muhyiddin mengambil alih kuasa setelah menjatuhkan PH yang berpunca daripada ‘Langkah Sheraton’ dan menyebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM, legasi dakwaan terpilih diteruskan untuk memusnahkan UMNO.

Semua tindakan Muhyiddin tidaklah menghairankan kerana PPBM (Bersatu) ditubuhkan atas saranan Lim Kit Siang untuk membunuh UMNO. Amatlah relevan kerana PPBM adalah parti ‘Pribumi Bersatu’ sebagai konsep menggantikan ‘United Malays’ sebagaimana dikendong oleh akronim UMNO.

Media telah membongkarkan bagaimana orang-orang Muhyiddin telah menggunakan kuasa mereka untuk mengugut ahli parlimen supaya lompat parti, terutamanya daripada UMNO dan juga daripada PKR.

Muhyiddin amat dahagakan pertambahan bilangan ahli parlimen dalam PPBM kerana tanpa bilangan yang signifikan, PPBM tidak akan dapat meneruskan survivalnya.

Lantas dalam jumlah 31 ahli parlimen PPBM, 25 daripadanya adalah katak-katak politik yang telah melompat daripada UMNO dan PKR.

Pendedahan Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli di mahkamah adalah bukti jelas bagaimana ‘orang-orang Muhyiddin’ telah mengugut untuk menarik ahli parlimen melompat parti ke PPBM.

Pada 9 April lalu, Muhyiddin telah menggesa agar perbicaraan kes berkaitan 1MDB di Malaysia disegerakan.

Khalayak media tahu bahawa Muhyiddin mahu agar DS Najib segera diheret ke penjara secara yang amat tidak signifikan, sedangkan bukti-bukti pembelaan telah ditolak oleh mahkamah.

Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan.

Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB.

Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.

Terkini Muhyiddin sendiri terkial-kial menjawab isu wang sogokan UKSB sebagaimana didedahkan oleh saksi di mahkamah dalam kes UKSB yang sama terhadap DS dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala isu pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika Mahathir berkuasa menerima dana 1MDB telah didedahkan oleh Mahakamah Amerika Syarikat, tetapi tidak pernah dibuka oleh SPRM.

Lantas, sudah terang lagi bersuluh, amat signifikan untuk mendakwa bahawa terdapat konspirasi pendakwaan terpilih untuk memusnahkan UMNO.

Kes-kes yang melibatkan orang-orang PH serta konco-konco yang kini berada dalam PPBM dan PN, sengaja cuba dipadam, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: