VIDEO – KLUSTER MAHKAMAH MENGALU-ALUKAN KEAHLIAN SYED SADDIQ

Editorial

23 Jun 2022

Dua hari lalu, 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh-tarikh prosiding bagi kes yang melibatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden parti ‘Malaysian United Demcratic Alliance’ (MUDA).

Jika tersabit dengan semua empat kes yang dihadapinya Saddiq akan dipenjara dalam tempoh maksimum 30 tahun.

Dengan itu juga label ‘kluster mahkamah’ ‘kleptokrat’ ‘perompak’ yang sering dijajanya bagi merujuk kepada pemimpin UMNO, sebagaimana menjadi ratib mentor tuanya, Mahathir terhadap DS Najib, kini menjadi label diri Saddiq sendiri.

Hidup ini kadangkala ibarat roda, mungkin semalam kita di atas dan menghina orang di bawah, tetapi hari ini kita pula terjunam menyungkur tanah.

Tidak lama dahulu Saddiq disanjung sebagai orang paling muda menjadi Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan bawah pimpinan Tun Mahathir, tetapi kini diadikeji kerana pemimpin politik paling muda diheret ke mahkamah kerana pecah amanah dan salah guna kuasa.

Lantas, mulai semalam dan seterusnya Saddiq akan berhempas pulas dengan pendakwaraya di mahkamah untuk menepis tuduhan terhadapnya, tetapi malangnya dapatan forensik mendedahkan segala kesalahan Saddiq.

Saddiq didakwa atas kes pecah amanah RM1 juta wang milik Armada, Bersatu, menyalahgunakan dana RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu dan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram sejumlah RM50,000.

Saddiq boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Jika pada era PH berkuasa, Saddiq mungkin selamat apabila Peguam Negara PH, Tommy Thomas, boleh menggunakan kuasa prerogatif, yang diterjemahkan sebagai ‘undang-undang rimba’ oleh ramai penganalisis.

Tapi malangnya, era ‘undang-undang rimba’ PH sudah berlalu, dan rakyat sedang berjuang agar ia tidak wujud kembali, setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor.

Dr Mahathir juga sudah tertalu tua untuk kembali ke gelanggang politik untuk menyelamatkan Saddiq, malah pernah mengumumkan persaraannya, walaupun rakyat tahu itu hanyalah suatu pembohongan.

Walau bagaimanapun, parti Malaysian United Democratic Alliance, pimpinan Saddiq dilihat bersembunyi di sebalik akronim ‘MUDA” kononnya parti itu membawa ideologi kaum muda, tapi hakikatnya ia tiada kena-mengena dengan kaum muda.

Parti Democratic Alliance itu sebenarnya adalah ‘alliance’ atau sekutu kepada parti Democratic Action Party@DAP yang kaum Melayu sedar bahawa ia berdiri sebagai musuh Melayu-Islam.

Ia mendukung agenda tersembunyi komunisme iaitu menghapuskan hak istimewa bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu yang mereka mahu hapuskan, dan kedudukan agama Islam yang bukan agama mereka.

Lihatlah siapakah peguam yang menjadi pembela Saddiq dalam kesnya, kalau bukan orang DAP, dan lihatlah bagaimana DUN Puteri Wangsa Johor yang didominasi oleh kaum Cina bandar diberikan oleh PH-DAP kepada calon MUDA.

Rakyat Johor tidak hairan, namun berapa banyakkah kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang boleh DAP serahkan begitu sahaja kepada parti MUDA, sedangkan pemimpin mereka juga marah apabila kerusi yang ‘mudah-menang’ bagi calon DAP diserahkan begitu sahaja kepada MUDA.

Inilah seorang pemimpin ‘kaki temberang’ kerana pada usia muda lagi sudah terlibat dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram. Apa akan jadi sekiranya dia berkuasa kelak?

Fakta laporan forensik amat berbeza dengan sangkalan Saddiq apabila penyiasatan mendapati Saddiq pernah berbincang bagaimana hendak mencari alasan untuk mengelak didakwa.

Selain itu, apakah alasan Saddiq terhadap wang kegunaan parti tetapi telah dilaburkan dalam akaun ASB atas nama peribadi.

Kini, dalam usia semuda 29 tahun Saddiq sudah digelar kluster mahkamah dan pastinya keahlian Saddiq sebagai ahli kluster mahkamah dialu-alukan.

Setelah tamat perbicaraan nanti, di manakah kedudukan Saddiq sebagai ahli politik? Adakah Saddiq akan menjadi ‘banduan’ sebagaimana label yang sering dijaja oleh Mahathir terhadap DS Najib?

Rakyat amat ghairah untuk tunggu dan lihat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: