Editorial
21 Jun 2022
Guan Eng dalam ciapan Tweeternya telah mengutuk SPRM sebagai bertindak memilih kasih dan darjat apabila kes UKSB yang melibatkan Muhyiddin yang telah diketahui sejak 2018 tidak disiasat, sebaliknya DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang diheret ke mahkamah.
Ciapan Guan Eng melalui Tweeter mencatatkan, “Tindakan SPRM sebegini rupa amat mengecewakan. Jelas bahawa terdapat amalan dua darjat dan pilih kasih yang dilakukan oleh SPRM. Jelas bahawa SPRM telah gagal dan telah digunakan sebagai alat politik.”

Sudah terang lagi bersuluh Guang Eng amat hipokrit dan pandai berpura-pura, sedangkan dia lupa bahawa kes sogokan UKSB terhadap Muhyiddin Yassin dan beberapa orang lagi sebagaimana diperakui oleh saksi kes telah berlaku sebelum Ogos 2018.
Lantas, siapakah yang telah menggunakan SPRM sebagai alat politik?
Guan Eng berpura-pua tidak tahu atau mungkin dia buta bahawa ketika itu PH yang berkuasa, dan kerajaan PH yang telah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pada Jun 2018, manakala peguam PKR, Latheefa Koya kemudiannya dilantik pada Jun 2019 sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Sebelum itu Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah Syukri Abdul pilihan Mahathir, juga adalah lantikan PH bermula pada Mei 2018.
DS Dr Zahid Hamidi telah didakwa pada bulan Oktober 2018 yang pada ketika itu, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah lantikan politik PH sendiri.
Hipokrit melampau atau hakikatnya Guan Eng cuba berpura-pura lupa atau bodoh kerana tidak mahu salahkan Latheefa Koya atau Tommy Thomas mahupun Syukri Abdul yang jelas merupakan lantikan PH.

Kenapa Guan Eng tidak mempersoalkan kenapa mereka bertiga ini menutup mata ke atas kes Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri yang telah menerima sogokan UKSB pada tarikh Ogos 2018 ketika PH berkuasa?

Lebih menjengkelkan lagi apabila pada 3 September 2018, setelah Latheefa Koya dilantik, dan badan perundangan negara dikuasai oleh Tommy Thomas, kes rasuah pembelian Banglo yang melibatkan Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, telah digugurkan oleh pendakwaraya, di tengah-tengah perbicaraan dan Guan Eng dibebaskan dan dilepaskan.
SPRM di bawah kuasa Latheefa Koya pula kononnya terkejut dengan pengguguran kes Guan Eng itu. Ia menjadi drama hebat yang dihentikan dengan klimaksnya yang mengejutkan.

Lihatlah kes yang hampir serupa pada 2015 yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, telah berakhir dengan tertuduh dipenjarakan selama 12 bulan.
Guan Eng juga berpura-pura lupa apabila kes rasuah Terowong Bawah Laut tidak pula dibawa ke mahkamah.
Kerana apa Guang Eng? Tidakkah kerana Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah barua kamu dan PH meskipun siasatan telah siap pada 2018?
******
Tinggalkan Jawapan