PM JANGAN JADI KELDAI DIN PAGOH YANG UGUT TUNTUT JAWATAN MENTERI ZURAIDA

Editorial

20 Jun 2022

Muhyiddin Yassin harus sedar bahawa PPBM (Bersatu) tidak lagi relevan, kerana ramai yang telah meninggalkan parti, hanya kewujudannya dalam kerajaan sahaja yang menjadi bayangan kabur ‘nyawa-nyawa ikan’ yang sedang dihadapi oleh parti serpihan UMNO itu.

Caption: Di mana-mana sahaja di seluruh negara Bahagian PPBM dibubarkan

Malahan mengekalkan PPBM dalam kerajaan hanya akan memusnahkan imej masa depan UMNO-BN kerana mereka banyak mempergunakan kedudukan dan kuasa kabinet untuk ‘membunuh’ UMNO.

Lihatlah bagaimana menteri-menteri kabinet PPBM gagal menangani isu kenaikan harga barang yang kini menjadi persepsi bahawa kemelut tersebut adalah konspirasi PPBM untuk merosakkan nama baik UMNO-BN yang didukung oleh PM, Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO.

Isu katak politik meninggalkan PPBM bukan isu terpencil, kerana PPBM seluruh Negeri Sembilan sudah berkubur, PPBM seluruh Perlis juga akan berkubur setelah Bahagian Kangar bubar, malahan pembubaran PPBM merebak di mana-mana sahaja.

Lihatlah bagaimana DUN Bukit Gambir yang menjadi DUN Muhyiddin juga hancur pada PRN Johor tempoh hari. Patutlah dia sebagai penyandang pun ‘kecut telur’ tidak berani hendak bertanding kerana tahu PPBM hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan tiada lagi akar umbi. Hanya Muhyiddin sahaja yang perasan dan mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’.

PPBM hanya mengharapkan kekuatan yang ada pada PAS, dan mahu menjadikan PAS sebagai keldai mereka, tetapi rakyat telah tunjukkan bahawa sama ada dengan bantuan PAS atau tidak, rakyat tidak dapat menerima pengkhianat dan pemimpin ‘kerajaan katak’.

Kini setelah Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin meninggalkan PPBM untuk bersama dengan Parti Bangsa Malaysia yang baharu ditubuhkan, PPBM menjerit-jerit, meracau-racau, dan memaksa PM supaya serahkan jawatan menteri itu kepada PPBM, sedangkan katak-katak dalam PPBM menunggu masa untuk melompat menjelang PRU15 ini.

Muhyiddin tetap menegaskan mahu supaya jawatan menteri yang sedang disandang Zuraidah diganti dengan Ahli Parlimen PPBM juga. Malahan Ketua PPBM Bahagian Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi mengugut, jika Ismail Sabri mahu kekalkan Zuraida, beliau perlu gugurkan seorang menteri UMNO.

Nampaknya mereka cuba mengugut PM Ismail Sabri, sedangkan mereka juga yang sedang berbincang dengan pembangkang untuk bersekongkol untuk menjatuhkan UMNO-BN pada PRU15 nanti, setelah PAS dilihat tidak menjanjikan masa depan dan apa-apa laba kepada PPBM.

Masa depan PPBM sedang menuju kegelapan, malahan PPBM akan menjadi artifak sejarah dan tercatat sebagai parti ‘pengkhianat negara’.

Terkini Muhyiddin sedang menghadapi dilema, kerana didapati menerima sogokan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sejumlah RM1.3 juta sebagaimana didedahkan dalam mahkamah.

Memusnahkan lagi imej Muhyiddin, dia telah berbohong bahawa dia berada di luar negara pada tiga tarikh sogokan diberikan, sedangkan rekod laporan media menunjukkan dia sihat dan berada di dalam negara.

Mohd Isa menegaskan, “Ismail Sabri sepatutnya menggunakan kuota UMNO dan bukannya ‘mencuri’ kuota PPBM jika mahu kekalkan Zuraida”.

Dengan realiti pembubaran parlimen akan diisytiharkan tidak lama lagi setelah tempoh matang penggal hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, adakah perlu PM Ismail Sabri melayani kehendak Muhyiddin dan katak-kataknya?

Daripada realiti lanskap politik terkini, DS Ismail Sabri mahu jawatan itu dikekalkan kepada Zuraida supaya kesinambungan usaha beliau mentadbir dan menguruskan kementeriannya dapat diteruskan, meskipun setelah meninggalkan PPBM.

Kuasa prerogatif berada di tangan PM dengan perkenan DYMM Agong. Tiada faedahnya membuang katak dan mengambil katak baharu sedangkan sememangnya sifat katak adalah melompat, sama ada mencari mangsa atau mencari kolam untuk kesinambungan hayatnya!

Harap PM Ismail Sabri tidak menunjukkan ‘presedent’ bahawa beliau mudah diperkeldaikan oleh Muhyiddin.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: