MAHATHIR DIMALUKAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Editorial

21 Jun 2022

Belum pernah berlaku dalam sejarah moden politik antarabangsa, seseorang pemimpin asing yang menjadi tetamu dimalukan secara terbuka oleh tuan rumah sambil disaksikan pihak media seluruh dunia!

Lebih aib, ia mendapat liputan luas oleh pelbagai agensi berita dunia apabila Perdana Menteri China, Li Keqiang tampak ‘hilang sabar’ dalam nada sinis menegur keras Dr. Mahathir Mohamad pada sidang akhbar di Beijing pada Ogos 2018, tidak lama setelah Mahathir diangkat sebagai PM Malaysia ke-7.

Paling dahsyat, lawatan rasmi lima hari Perdana Menteri tertua dunia itu ke China, lebih memalukan apabila menerima ulasan negatif media di China termasuk akhbar utama berbahasa Inggeris milik pemerintah, China Daily.

Bukan itu sahaja, komentar disiarkan stesen penyiaran tempatan milik kerajaan China sendiri, CGTN yang liputan siarannya dapat disaksikan di seluruh dunia, ternyata berjaya mengaibkan imej dan reputasi Mahathir yang kononnya hebat sangat.

Sambutan hambar Presiden China, Xi Jinping terhadap Perdana Menteri PH itu dengan raut masam Mahathir sudah jelas memberi gambaran buruk mengenai hubungan diplomatik Putrajaya-Beijing pada era PH.

Ia jauh berbeza dengan suasana mesra bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang dirai ceria oleh Presiden Republik Rakyat China itu, malah diberi sambutan hangat umat Islam ketika beliau hadir menunaikan solat di sebuah masjid di sana.

Tiada ‘buah tangan’ besar dibawa balik oleh Mahathir dari China, sebaliknya beliau lebih membawa ‘muka masamnya’ dan meletakkan imej Malaysia sebagai bodoh selain dijadikan bahan jenaka antarabangsa.

Kuasa ekonomi terbesar dunia itu yang kini menjadi pesaing kepada Amerika Syarikat (AS), khabarnya akan bertindak ‘menghukum’ Malaysia ekoran pelbagai kenyataan ‘bodoh’ dikeluarkan pemimpin kanan PH yang bebal itu terhadap China.

Ini termasuk dakwaan tanpa bukti kononnya kerajaan BN sebelum tewas PRU14 lalu meminta rasuah sehingga 30 peratus ke atas China untuk beberapa projek mega yang bernilai puluhan bilion ringgit. Antaranya Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Mahathir yang nyata tiada bukti untuk menyokong tuduhan jahatnya itu kemudian mengisytiharkan China bersetuju membatalkan dua projek berkenaan.

Tidak hairanlah, ramai terkejut apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sepatutnya pergi ke China dua bulan sebelum itu, tiba-tiba pula dilaporkan terpaksa diganti dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Spekulasi bahawa Kedutaan China di Kuala Lumpur telah mendapat arahan Kementerian Luar di Beijing supaya tidak mengeluarkan visa terhadap Setiausaha Agung DAP itu, telah tertular, dan sekali gus memberi petanda negatif ke atas maruah dan reputasi Mahathir.

Selain itu Mahathir juga telah dikutuk oleh Ahli Parlimen (MP) India, Shri Ravindra Kishore Sinha sebagai pemimpin yang ‘mentalnya tidak lagi berfungsi’.

Tulisan Ravindra dalam ‘The Capital Post’ melontarkan kritikannya terhadap Mahathir yang telah berulang kali menabur retorik ke atas India, sebagai membuktikan bahawa Mahathir tidak lagi berfungsi dalam keadaan mental yang normal.

Mahathir juga pernah bermusuh dengan kepimpinan Britain pada 1981, seelok-elok dia diangkat sebagai PM Malaysia ke-4, kerana isu Guthrie sehingga membawa kepada dasar ‘Buy British last’.

Namun pada September 2018, Mahathir telah dimalukan apabila dia dengan angkuh mengumumkan bahawa pengasas syarikat teknologi tinggi British, Sir James Dyson bersetuju mendirikan kilang kereta elektrik di Malaysia.

Hakikatnya Dyson lebih suka bekerjasama dengan Singapura dan melabur di negara tersebut dan bukannya Malaysia.

Sebelum ini, Mahathir pernah mengutuk George Soros sebagai bertanggunjawab ke atas krisis mata wang 1998.

Namun sabahat baik Mahathir itu, membidas dan mencacinya sebagai ‘Corrupt Moron’ atau ‘moron yang kaki rasuah’.

Soros juga telah mengeluarkan kenyataan yang sungguh memalukan Malaysia, “Tiga anak lelaki kamu bernilai USD8 bilion. Dari mana mereka peroleh wang tersebut? Sudah pasti, rasuah. Kamu lebih bodoh daripada apa yang orang lain percaya. Berbilion ringgit digunakan untuk membina menara kembar Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa (rakyat). Menara itu berdiri tegak sebagai simbol kebodohan dan ketidakbertanggungjawaban. Dan kini (kamu) hendak membina jambatan dari Melaka ke Sumatra melintasi laut antarabangsa? Kenapa (kamu) tidak membina jambatan ke bulan? Aku yakin kamu masih boleh dapat 20% (rasuah).”

Malahan kata Soros lagi, “Kamu berani menitiskan air mata buaya semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

Karektor Mahathir sebagai ‘kaki gaduh’ sememangnya sudah lama diketahui oleh rakyat Malaysia.

Meskipun pada zaman Tunku Abdul Rahman, kedudukan Mahathir dalam dunia politik masih baru, dia sudahpun menaburkan fitnah ke atas Tunku melalui surat yang memaki-hamun Tunku dan disebarkan salinannya ke seluruh pelosok, khususnya kepada pemimpin Melayu-UMNO. Hal ini boleh ditonton melalui pengakuan Allahyarham Tunku dalam video berikut.

Perkara yang paling mengejutkan ialah kematian Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah yang pernah menuntut supaya royalti minyak daripada Petronas untuk Sabah ditingkatkan secara yang wajar.

Pastinya Tengku Razaleigh Hamzah (KU Li) tahu rahsia kematian Allahyarham Tun Fuad dan siapakah dalangnya kerana Ku Li juga berada dalam kapal terbang sejurus sebelum penerbangan berlepas yang telah membunuh beberapa ahli kabinet Sabah. Namun Ku Li terselamat kerana menerima panggilan telefon supaya meninggalkan pesawat itu sebelum ia berlepas.

Sebagaimana dilaporkan dalam Sabah Sarawak Merdeka.com, Tun Fuad Stephens telah membantah perjanjian penyerahan kuasa petroleum Sabah kepada Petronas, kerana baginya perkara itu harus dibawa ke mesyuarat kabinet dahulu.

Tragedi 6 Jun, 1976 itu telah membunuh semua penumpang penerbangan.

Penumpang lain yang terkorban ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, Penolong Menteri Darius Binion, Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.

Ramai berpendapat bahawa tragedi tersebut yang amat menyayat hati rakyat Sabah adalah perbuatan khianat pihak tertentu ke atas Tun Fuad yang membantah perjanjian penyerahan kuasa petroleum Sabah kepada Petronas.

Mahathir pernah menuduh DS Najib merompak dana sejumlah RM2.6 bilion yang hakikatnya adalah derma politik daripada kerajaan Arab Saudi.

Di tengah-tengah kemelut tuduhan itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa Arab Saudi telah memberi sumbangan derma RM2.6 bilion kepada DS Najib Tun Razak. 

Kenyataan Adel juga konsisten dengan apa yang dilaporkan oleh New York Times bahawa wang itu sememangnya datang daripada kerajaan Arab Saudi.

Malah pada Sidang Kemuncak KL 2019 (KL Summit), 53 daripada 56 pemimpin negara Islam dunia telah boikot persidangan tersebut yang dilihat sebagai usaha Mahathir yang cuba ‘menggantikan OIC’.

Mahathir juga tersilap langkah apabila menjemput kepimpinan tinggi Turki dan Iran untuk turut bersama, sedangkan Turki amat memusuhi Iran dalam krisis di Syria dan juga di Iraq.

Di Afrika dalam satu Forum Ekonomi yang turut dihadiri oleh Mahathir, Pengerusi Yayasan MO Ibrahim, Mohammed Ibrahim. telah mengkritik golongan muda kerana membenarkan pemimpin tua menerajui negara pada satu forum di Kigali yang turut dihadiri oleh Presiden Ruwanda, Paul Kagame, juga pemimpin Afrika yang lain seperti Olusegun Obasanjo, Nkosazana Dlamini-Zuma and William Ruto dan juga Mahathir.

Kata MO Ibrahim, “Ke manakah pemimpin tua berusia lebih 90 tahun mahu membawa kita? Ke kubur?”

Mahathir juga turut mencipta pergaduhan dengan Singapura tentang isu air dan jambatan bengkok tetapi anehnya dia jugalah yang telah melepaskan ‘Pulau Batu Puteh’ milik negara kepada Singapura!

Sikap ‘kaki gaduh’ Mahathir, sememangnya sudah popular dalam kalangan ahli politik Malaysia, dan kini ia sudah menjadi pandemik yang menjalar kepada dunia geopolitik pula. Malahan Mahathir terkenal sebagai ‘Diktator Dunia yang Popular’ mengikut senarai Ranker.

Adakah Malaysia akan selamat di tengah-tengah kancah resesi ekonomi dunia sekarang ini, setelah nama Malaysia amat buruk pada kaca mata dunia?

Inilah hakikat mengapa prestasi ekonomi Malaysia jatuh merudum setelah PH berkuasa selepas PRU-14 pada 2018.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: