KENAPA MAJLIS PEGUAM TIDAK MENJERIT DI PERHIMPUNAN SUPAYA MAHKAMAH BERIKAN KEADILAN KEPADA NAJIB RAZAK?

Editorial

19 Jun 2022

Beberapa tindakan pembelaan kes DS Najib Razak dalam megemukakan bukti pembelaan ditolak, bukti bahawa pelantikan Hakim Nazlan menjadi instrumen konspirasi juga diketepikan, dan terkini terdapat konflik kepetingan Nazlan, namun Majlis Peguam tidak pernah mahu bersuara tentang isu berkenaan di jalanan.

Terkini apabila Nazlan didapati menerima sogokan RM1.04 juta daripada dana 1MDB, Majlis Peguam mahu pula berkumpul di jalanan untuk menentang tindakan rakyat mempersoalkan perbicaraan yang adil terhadap DS Najib.

Dua hari lalu, 17 Jun, Presiden Majlis Peguam Karen Cheah menegaskan bahawa setiap individu berhak mendapat perbicaraan adil, termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Namun mengapakah perlu Majlis Peguam mengadakan perhimpunan mempertahankan kebebasan kehakiman, kononnya, yang lebih dilihat sebagai hipokrasi untuk mempertahankan Nazlan.

Hakikatnya sudah ada beberapa kes apabila hakim diheret ke mahkamah dan didapati bersalah kerana disabitkan dengan kes rasuah.

Mengapakah dalam isu dan kes Nazlan, Majlis Peguam amat menentang tindakan rakyat melalui medsos, membangkitkan keadilan dan hak DS Najib untuk dibicarakan di mahkamah setelah pelbagai kegenjotan prosiding terdedah?

Rakyat bukan mahu menganiaya Nazlan, tetapi hakikatnya rakyat mahu keadilan dan keluhuran badan kehakiman dipertahankan tanpa mengira bulu, darjat dan pangkat!

Mengulas dakwaan berulang peguam Najib, Shafee Abdullah bahawa anak guamnya itu dinafikan hak mendapat perbicaraan adil, Karen berkata, sesiapa yang didakwa di mahkamah mesti melalui proses sewajarnya.

“Setiap orang berhak memperoleh perbicaraan adil. Perkara ini (kes 1MDB Najib) telah pun dihadap ke mahkamah dan kita mesti percaya kepada sistem perundangan dan kehakiman negara,” katanya dalam sidang media.

Bagaimanakah rakyat mahu percayakan kepada system perundangan dan kehakiman negara apabila pelantikan Nazlan yang seperti tergocoh-gocoh dan misteri menggantikan Datok Sophian Abdul Razak, menjadi satu persoalan yang amat besar.

Bagaimana pula dengan isu pelantikan Ketua Hakim Negara oleh pemimpin PH yang dipersepsikan oleh rakyat, terlibat sebagai konspirator menjatuhkan kerjaya politik DS Najib Razak?

Sewajarnya pelantikan Ketua Hakim Negara dibincangkan dalam JCC (Joint Consultative Committee) di Parlimen supaya tiada prasangka bahawa pelantikan tersebut adalah pelantikan politik yang mengendong ‘conflict of interest’.   

Bagaimana pula dengan pendedahkan Tommy Thomas bahawa terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman negara?

Malahan Tommy mendakwa bahawa Mahathir telah mempergunakan mahkamah untuk menjatuhkan DS Anwar Ibrahim dan mengheretnya ke penjara.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pernah mendedahkan bahawa Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Pertama yang masuk campur urusan badan kehakiman negara, manakala DS Najib dituduh seelok-elok PH mengambil alih kuasa pemerintahan daripada BN selepas PRU14?

Pasukan peguam Najib mahu membatalkan pensabitan kes berkaitan SRC International dengan memberi alasan Hakim Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik berkepentingan.

Cheah berkata, “Kami bukan hakim, saya tidak fikir kami berada pada kedudukan membuat keputusan.”

Tapi hakikatnya mengapa kamu sebagai pemimpin ‘Majlis Peguam’ bersungguh-sungguh menjerit-jerit di jalanan mahu rakyat bersama kamu memberikan kebebasan kepada badan kehakiman.

Kenapa kamu tidak menjerit-jerit meminta badan kehakiman memberikan keadilan kepada DS Najib?

Adakah kamu sebahagian daripada konspirator?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: