VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?

Editor

18 Jun 2022

Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan.

Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. “Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan ada sokongan tertentu daripada istana,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari 16 Jun lalu.

Kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, yang sering keluar-masuk IJN itu dilontarkan apabila DS Najib menerima undangan DiRaja ke istana oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mei lalu.

Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.

Hakikat campur tangan politik dalam badan kehakiman negara telah diperakui oleh Tommy Thomas, bekas Peguam Negara lantikan politik kerajaan PH, serta penglibatan hakim yang menjatuhi hukuman ke atas DS Najib di Mahkamah Tinggi bagi kes SRC International.

Tommy Thomas juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mahathir telah menggunakan mahkamah (modus operandi yang sama) terhadap Presiden PKR DS Anwar Ibrahim sehingga dia merengkok di penjara selama beberapa tahun. Dengan modus operandi yang sama, kini dia bergelut untuk mengheret DS Najib pula ke penjara.

Malahan bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah secara terbuka memperakui bahawa Mahathirlah Perdana Menteri Pertama yang masuk campur urusan badan Kehakiman Negara.

Anaknya Mukhriz Mahathir juga telah memperakui bahawa bapanya Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah berkomplot untuk menjatuhkan Najib sejak 2014 lagi.

Lihatlah bagaimana bekas Peguam Negara, TS Apandi Ali mendedahkan tindakan Mahathir meminta Gopal Sri Ram memujuknya supaya menangkap DS Najib tanpa sebarang peruntukan undang-undang, sebagaimana Mahathir menggunakan ISA untuk menyumbat musuh politiknya ke dalam penjara dalam ‘Operasi Lalang’. Pastinya Lim Kit Siang, Mat Sabu, Dr Chandra Muzaffar, Pengasas Suaram Kua Kia Soong dan ramai lagi.

Bekas Diktator terkenal dunia itu, berfikir dia masih lagi ‘Harimau Asia’ yang sudah reput taring, tapi hakikatnya dia hanyalah ‘paper tiger’ yang lunyai dan telah dikeronyok.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: