JANGANLAH BOHONG DIN, RASALAH PULA BERADA DALAM KANDANG OKT DI MAHKAMAH?

Editorial

18 Jun 2022

Dalam perbicaraan terkini, kes DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.

Ketika ditanya Ahmad Zaidi, siapakah ‘TSM’ yang tercatat di dalam lejar tersebut, saksi itu menjawab, “Tan Sri Muhyiddin”.

Saksi ke-17 itu kemudian memberitahu mahkamah bahawa dana itu dibayar secara tunai kepada Muhyiddin pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.

Pada 4 Jun 2018 sebanyak RM300,000; 4 Julai 2018 sebanyak RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000,” katanya.

Tan mengaku pada 2018, Muhyiddin ialah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid selain mengesahkan projek UKSB (VLN) masih di bawah KDN.

Tan juga bersetuju dengan peguam itu bahawa ‘MOR’ di dalam lejar tersebut merujuk kepada ‘Minister Of Rural’ (Menteri Luar bandar) iaitu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, dan bayaran berkenaan diperakui sebagai bayaran politik.

Sementara itu, saksi tersebut tidak bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang turut mewakili Ahmad Zahid bahawa beliau bersama dua pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani bersubahat melakukan jenayah, pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.

Melucukan apabila di luar mahkamah, Muhyiddin pula memberi reaksi bahawa sedang menjalani rawatan kanser, dengan menyiarkan beberapa laporan kehadirannya dalam beberapa acara rasmi ketika tempoh itu bayaran berkenaan dibuat.

Hakikatnya pada semua tarikh yang diberikan telah dibuktikan oleh laporan media bahawa dia berada dalam keadaan sihat walafiat.

Kontradik dengan sangkalan Muhyiddin portal Malaysia Gazette bertarikh 4 Jun 2018, menunjukkan Muhyiddin, sebagai Menteri Dalam Negeri, cukup sihat untuk membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari berkenaan.

Pada 4 Julai 2018, Muhyiddin masih belum menjalani pembedahan pada masa itu sebagaimana laporan berita yang mengumumkan Presiden Bersatu berjaya menjalani pembedahan pada 12 Julai 2018.

Laporan berita dan hantaran di media sosial telah menunjukkan Muhyiddin dibenarkan keluar hospital pada 7 Ogos 2018 dan kembali ke Malaysia serta mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada 14 Ogos.

Pada 23 Ogos 2018 Muhyiddin telah didakwa menerima RM500k sebagaimana saksi perakui di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Lantas, apa salahnya sekiranya Muhyiddin diberikan peluang terhormat untuk berada dalam kandang ‘Orang Kena Tuduh’, sebagaimana sedang dialami oleh DS Najib Tun Razak dan juga DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: