VIDEO – ADAKAH RAKYAT KELANTAN DIPERBODOHKAN OLEH PEMERINTAH DENGAN AIR KOTOR?

Editorial

15 Jun 2022

Adakah ketaksuban rakyat Kelantan terhadap pemimpin yang menunggang agama, telah menjadikan mereka reda selama 30 tahun meminum air kotor dengan aliran yang lembab?

Walaupun selama 30 tahun mentadbir negeri Kelantan, PAS masih mengikut rentak lama apabila memberi bermacam-macam alasan sebaik isu masalah air di negeri itu berbangkit.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar telah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri lain pun ada masalah air.

Sebagai analogi, adakah sekiranya negeri Kelantan ramai penagih dadah dan perogol, maka pemimpinnya akan berkata, “Negeri lain pun ramai penagih dadah dan perogol”?

Sebelum ini pemimpin PAS Kelantan selalu menuding jari mengatakan bahawa UMNO-lah punca masalah air kotor di Kelantan, sedangkan kini Menteri Alam Sekitar dan Air adalah Timbalan Presiden PAS, masakan masalah air masih menjadi persoalan besar ketika PKP melawan Covid19 dan ketika rakyat meraikan Aidul Fitri.

Masalah bekalan air kotor dan aliran lembab bukan sahaja menekan rakyat marhaen Kelantan tetapi turut berjangkit kepada pengurusan hospital sebagaimana didedahkan oleh pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana isu air telah menjejaskan operasi harian hospital berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Hampir setiap hari, bekalan air hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sebelum bekalan terputus berikutan penggunaan tinggi di hospital berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali, berkata setiap hari penggunaan air di hospital tinggi sehingga mencecah 500 gelen bersamaan 1,893 liter.

Kapasiti pesakit di hospital berkenaan adalah hampir 1,000 orang dan jumlah kakitangan pula seramai 4,000 orang dan jumlah berkenaan tidak termasuk waris pesakit yang menjaga dan mengunjungi hospital berkenaan.

Masalah kekurangan air ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu. Air adalah keperluan asas dan semestinya menjejaskan aktiviti harian hospital, sebagaimana dijelaskan oleh Dr.Selasawati.

Bagaimanapun katanya, bekalan air yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan.

Nampak sangat bahawa rakyat Kelantan telah diperbodohkan dengan air kotor yang diuruskan oleh syarikat lantikan mereka sendiri.

Lihatlah bagaimana Allah mengurniakan saliran air zam-zam yang bersih lagi suci atas nama Islam, lihatlah bagaimana Siti Hajar dikurniakan dengan air yang mengalir daripada mata air yang bersih lagi suci. Tapi nampaknya pemimpin serban besar Kelantan lebih bangga dengan bekalan air kotor, masam, payau dan dipertikaikan kesuciannya kepada rakyat.

Namun sampai bila kerajaan PAS Kelantan yang lebih 30 tahun mentadbir mahu memberi pelbagai alasan genjot untuk menunjukkan kesucian pemerintahannya yang tidak bertanggungjawab dan tidak efisien di negeri yang dikatajan ‘Serambi Mekah’ itu?

Terkini, alasan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah mengatakan pula bahawa air di negeri itu terlalu banyak tetapi tidak ada tempat untuk menyimpannya.

Isu air kotor belum diselesaikan kini pemimpin PAS mahu melobi pembinaan empangan air di Kelantan pula. Agenda tersembunyi sudah dapat dilihat oleh rakyat Kelantan, tidak lain daripada laba kontrak pembinaan empangan tersebut, serta industri bekalan elektrik daripadanya.

Sambutan Aidul Fitri menjadi hambar di Kelantan apabila air bertukar masin dan payau, manakala tekanan alirannya amat lembab dan kerap terputus hingga menjejaskan kehidupan rakyat.

Lebih memalukan apabila Menteri Alam Sekitar dan Air adalah pemimpin PAS sendiri.

Ramai yang merungut dan menyuarakan pandangan berkaitan permasalahan air tersebut dan mahu ia diselesaikan tetapi masih ditakuk itu juga.

Sebagaimana didedahkan oleh bekas pemimpin PAS, Datok Husam Musa, masalah air kotor di Kelantan bukan isu terpencil kerana 90 peratus daripada rakyat Kelantan menderitai kesan air kotor berkenaan.

Menurut Husam, masalah bekalan air di Kelantan mula menjadi serius sejak tahun 2010 lagi. Ketika itu, kerajaan Kelantan selalu membahaskan isu tersebut dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan dan mesyuarat Lajnah Politik PAS Kelantan.

Ahli Lajnah mencadangkan tindakan diambil terhadap pihak pengurusan yang sudah melakukan kesalahan berdasarkan laporan audit. Malangnya, tiada langsung tindakan diambil sehingga kini yang hampir menjangkau tahun 2023.

Tidaklah mengejutkan apabila parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan mengemukakan saman ke atas kerajaan negeri berhubung masalah air yang berlarutan di negeri itu lebih 30 tahun.

Rakyat Kelantan tidak boleh lagi diperbodohkan oleh penunggang agama apabila Ketua Putera Bahagian Pasir Mas, Suzainal Adnan Sukri berkata mereka telah melantik peguam untuk meneliti tuntutan yang akan difailkan terhadap kerajaan negeri.

Lastas amat wajar jika Kelantan dilabelkan sebagai ‘Negeri Air Kotor’.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: