VIDEO – MAHATHIR TELAH ROSAKKAN KELUHURAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA

Editorial

14 Jun 2022

Ia bukan lagi ‘cakap-cakap kedai kopi’ yang boleh dibuang ke longkang, tetapi ia telah menjadi satu realiti apabila konspirasi Dr Mahathir Mohamad’ yang dirancang untuk menjatuhkan DS Najib sememangnya satu kebenaran.

Banyak fakta sejarah yang menyokong sikap ‘jahat’ Mahathir apabila rata-rata semua bekas PM telah menjadi mangsanya, dan juga Timbalan Perdana Menteri seperti DS Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.

Cuma persoalannya, partama, adakah benar DS Najib tersabit dengan kes ‘rompakan’ melalui SRC dan 1MDB sebagaimana yang menjadi sasaran utama konspirasi itu?

Kedua, adakah wajar DS Najib diserang sebegitu rupa yang lebih menonjolkan sikap dendam kesumat seorang yang mengaku ‘muslim’ tetapi amat rakus dengan kuasa yang telah berdekad-dekad (22 Tahun dan 22 bulan) berada dalam tangannya?

Ketiga, adakah badan kehakiman negara telah dipergunakan bagi melampiaskan segala agenda konspirasi yang dilihat sungguh zalim dan tidak berperikemanusiaan?

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamad pernah membangkitkan isu bahawa Mahathirlah PM pertama yang telah masuk campur dalam urusan badan kehakiman negara.

Kenyataan yang mengejutkan itu daripada Tun Hamid Mohamad telah disahkan pula oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, bahawa sememangnya wujud campurtangan Mahathir dalam badan kehakiman negara.

Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz yang merupakan orang lantikan Mahathir semasa dia berkuasa sebagai PM, nampaknya juga terlibat dalam kes 1MDB yang dikaitkan dengan DS Najib Razak. Ahli keluarganya telah disahkan oleh kerajaan Singapura sebagai terlibat menerima wang sogokan daripada Jho Low sejumlah kira-kira RM100 juta.

Namun ironinya, kes Zeti ini tidak dikendalikan sepantas kes DS Najib yang diheret ke mahakamah sehingga rumah beliau digeledah pada waktu malam sampai menjelang pagi, sehingga DS Najib tak dapat hendak tidur dalam biliknya sendiri.

Pernah juga balaci Mahathir, Peguam Gopal Sri Ram telah diarahkan oleh Mahathir ke rumah Peguam Negara Apandi Ali supaya mengeluarkan surat arahan menangkap DS Najib tanpa sebarang alasan perundangan. Apakah misteri di sebalik semuanya ini?

Kemudian Malaysia, malahan dunia dikejutkan dengan ‘national embarrassment’ apabila Hakim Nazlan Ghazali dikatakan telah menerima dana daripada 1MDB sejumlah RM1.04 juta ketika dia berkhidmat dengan MayBank.

Lantas adakah keabsahan bagi Nazlan untuk menghakimi kes DS Najib sekiranya terdapat ‘konflik kepentingan’?

Nazlan juga telah dilaporkan menggantikan Hakim Datok Sufian Abdul Razak untuk menghakimi kes DS Najib di Mahakamah Tinggi secara yang amat misteri.

Kehilangan Jho Low dengan alasan longgar bahawa amat payah untuk mengekstradisinya ke Malaysia supaya dapat dijadikan saksi, sama ada kepada pihak pembelaan dan pendakwaan juga membangkitkan pelbagai persoalan.

Adakah Jho Low sengaja tidak mahu diekstradisi oleh pihak PDRM atau dia telah dilindungi kerana bimbang DS Najib akan menang kes, sekiranya Jho Low mendedahkan segala-galanya.

Kenyataan Tommy Thomas, bahawa Mahathir telah mempergunakan mahkamah untuk memusnahkan imej dan kerjaya politik DS Anwar Ibrahim juga telah membangkitkan persoalan, “Adakah taktik kotor yang sama telah digunakan oleh Mahathir untuk memusnahkan imej dan kerjaya politik DS Najib”?

Lantas semua bongkah-bongkah persoalan itu telah tersusun seia-sekata untuk mendakwa bahawa Mahathir telah merosakkan kesucian dan keluhuran badan kehakiman negara.

Selain itu hanya Allah sahaja yang tahu misteri di sebalik segala konspirasi tang disusun oleh Mahathir.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: