DS NAJIB SEWAJARNYA DIBEBASKAN DAN KES DIBATALKAN

Editorial

8 Jun 2022

Dengan terdedahkan kes transaksi wang sejumlah RM1juta daripada Jho Low ke dalam akaun Hakim Nazlan semasa dia menjawat jawatan General Counsel MayBank, dan juga Setiuasaha Syarikat MayBank maka sudah terang lagi bersuluh terdapatnya ‘conflict of interest’ apabila dia dilantik menghakimi kes SRC.

Malahan dia adalah antara pegawai MayBank yang terlibat dalam saranan penubuhan SRC, bukannya DS Najib sebagaimana didakwa dalam mahkamah sebelumnya.

Selain itu, ramai yang mendiamkan diri apabila hakim yang asal di Mahkamah Tinggi, Datuk Sophian telah diganti dengan cara ‘unceremoniously’ dan tempatnya telah diambil alih oleh hakim Nazlan secara misteri.

Apabila kes dibawa ke Mahkamah Rayuan, ia seperti sekadar membuat keputusan “cut and paste” sahaja apa yang diputuskan oleh Nazlan di Mahkamah Tinggi.

Persepsi ini terbina kerana bukti baharu tidak dikupas dan dihujah, malahan ditolak begitu sahaja, sedangkan ia penting sebagai bukti pembelaan untuk penghakiman yang adil dan saksama.

Adakah badan kehakiman negara sudah secara tersembunyi terlibat dengan suatu konspirasi politik yang dikuasai oleh tangan ghaib?

Maka, janganlah terkejut jika kes DSNR ini diumumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dan dikemukakan kepada khalayak.

Sebagai kesan kolateral, jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan, kerana kertas siasatan SPRM dan Polis telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan sehingga kini.

Peguam DS Najib Razak, TS Shafie Abdullah telah menyatakan bahawa pihak pembela telah memfailkan permohonan membatalkan kes yang sedang dibicarakan dan yang sudah dijatuhkan hukuman.

Inilah fakta ‘national embarassment’ yang sepatutnya menjadi manipulasi pihak konspirator yang mahu menjatuhkan DS Najib, dan bukannya klise ‘perompak Bugis’, ‘kluster mahkamah’ dan ‘kleptokrat’ sebagaimana selalu mereka jaja terutamanya Muhyiddin, Mahathir, pemimpin PAS, DAP dan blok pembangkang yang lain.

Antara faktor kukuh dan sangat “sahih” untuk membatalkan kes adalah bahawa penghakiman Hakim Nazlan itu sendiri adalah satu kesalahan, kesilapan dan percanggahan dengan fakta kes.

Bahkan boleh dikatakan satu penipuan maklumat.

Ketika menggulung hujah, Nazlan telah menyatakan bahawa DSNR menubuhkan syarikat SRC semata mata untuk menjadikan dirinya instrument pencurian.

Namun, kemudian didapati melalui dokumen rasmi Maybank dan minit mesyuarat Maybank yang terbocor dan tersebar bahawa Nazlan sendiri yang terbabit dalam meluluskan penubuhannya.

Ini mendedahkan satu bentuk sifat tidak amanah daripada pihak pendakwa dan mahkamah.

Menurut TS Shafie, undang-undang dan SOP perundangan, Nazlan sepatutnya mengisytiharkan dirinya sebagai tidak layak mendengar kes kerana beliau ada “konflik kepentingan” sebagai bekas pegawai MayBank dan General Counsel.

Paradoksnya, Nazlan tergocoh-gocoh dilantik untuk menghakimi kes, seperti cuba menutup bangkai gajah.

Selain itu, secara tidak jujur hakim Nazlan telah menyembunyi maklumat, bahkan membuat penghakiman yang boleh dikira sebagai “berbohong dan bercanggah” dengan fakta dan bukti.

Sungguh ironi sekali apabila dalam perbicaraan kes ini pihak pendakwa pula yang banyak muslihat dan bertindak penuh tipu-helah.

Maka, keseluruhan kes jika mengikut “standard” antarabangsa atau ikut perundangan telus, sudah boleh dibatalkan, dan dibubarkan.

Bagaimanakah orang kena tuduh akan mendapat pengadilan jika hakim dan pendakwaraya ada berkepentingan?

Sebaik sahaja TS Shafie membuat kenyataan media berkenaan pihaknya memohon kes untuk dibatalkan, pihak pendakwa tidak pula berani memberi respons dan seperti biasa berdiam diri.

Ramai rakyat tidak mengikuti perbicaraan dalam prosiding mahkamah tetapi mereka telah membuat konklusi berdasarkan keputusan hakim dan apa yang hakim telah putuskan.

Sedangkan ‘hakim’ itulah yang sepatutnya dibicarakan atau diseret menjadi saksi memberi keterangan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: