DAP TIDAK HORMAT DYMM AGONG- BAGINDA YANG BERKUASA MEMUTUSKAN PEMBUBARKAN PARLIMEN

Editorial

8 Jun 2022

SUA DAP Anthony Loke seperti sasau apabila dia lupa bahawa kuasa membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 adalah kuasa DYMM Agong, meskipun atas nasihat Perdana Menteri(PM).

Meskipun terdapat ura-ura tentang tarikh PRU15, apabila situasi politik negara amat tidak stabil setelah PH tumbang kerana peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai PM kerajaan PH, kemudiannya diambil alih oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang dikatakan ‘tidak mendapat mandat rakyat’, namun kemelut politik berterusan menggugat kestabilan ekonomi negara.

Terkini meskipun PM adalah DS Ismail Sabri tokoh pemimpin UMNO tetapi komposisi menteri kabinet yang terpaksa disusun mengikut kehendak Muhyiddin-PPBM kerana dia mendominasi PN, keadaan pentadbiran dan pengurusan negara menjadi amat tidak stabil.

Lihatlah bagaimana Muhyiddin melobi di sana-sini untuk mencari sokongan agar kerajaan sedia ada ditumbangkan, dan dirinya diangkat sebagai PM ke-4 penggal ini (setelah PRU14).

Loke telah mengkritik PM Ismail Sabri yang dengan tuduhan ‘tidak konsisten’ dalam hal menentukan tarikh PRU15, namun dibidas oleh Ismail kerana kuasa menentukan pembubaran parlimen dan memberi laluan kepada PRU15 adalah kuasa DYMM Agong.

Anthony Loke sebelum ini di Facebook beliau berkata, Perdana Menteri perlu konsisten dan tegas dalam pendiriannya berkaitan tarikh pilihan raya.

Ismail Sabri berkata sebagai Perdana Menteri walaupun beliau diberi mandat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menasihatkan baginda Seri Paduka berhubung pembubaran Parlimen namun Al-Sultan Abdullah boleh menolak sekiranya tidak bersetuju.

PM DS Ismail membidas, “Saya tidak boleh katakan tarikh tertentu, kalau saya sebut tarikh, saya telah mendahului Yang di-Pertuan Agong, salah dari segi perlembagaan. DAP punya perangai mungkin dia tidak hormat Yang di-Pertuan Agong tapi saya hormat Yang di-Pertuan Agong dan saya patuh pada perlembagaan,” katanya sebagaimana dilaporkan MYKMU.

DS Ismail Sabri, dalam satu wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo berkata PRU15 tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat, namun dalam ucapannya di Konvensyen Barisan Nasional pada Rabu lalu beliau mengatakan tidak akan melengah-lengahkan pembubaran parlimen walaupun sesaat jika gabungan itu telah bersedia.

Menurut Perdana Menteri, beliau tiada kuasa untuk menetapkan tarikh pilihan raya kerana semuanya terletak kepada keputusan DYMM Agong.

“Kabinet akan berikan mandat kepada saya untuk menghadap DYMM Agong dan kuasa terakhir adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda boleh tentukan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau bersetuju.

“Seri Paduka Baginda boleh menolaknya kalau baginda tidak bersetuju. Saya tidak boleh katakan tarikh yang tepat kerana itu kerana saya akan ambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong,”

DS Ismail Sabri terus membidas kenyataan SUA DAP itu dengan memberikan contoh ketika Dr Mahathir berkuasa, “Cuba kamu semak dari kenyataan Perdana Menteri dahulu, ada atau tidak Perdana Menteri dahulu menetapkan tarikh PRU. Kalau tanya Dr Mahathir waktu itu, dia akan kata ‘saya belum dapat ilham”.

Dalam perkembangan terkini, DYMM SPB YDP Agong semasa sambutan Hari Keputeraan DYMM telah bertitah bahawa baginda mahu kestabilan politik negara dizahirkan segera sebagaimana titah baginda, “Beta benar-benar berharap agar segala percaturan politik dapat diselesaikan segera demi untuk mengelak negara daripada terjerumus ke kancah defisit keyakinan yang boleh menjejaskan imej dan masa hadapan negara.”

Sebagaimana dilaporkan oleh Edisi Siasat, dari aspek semantik, maksud dalaman daripada bahasa istana adalah supaya ‘PRU15 diadakan dengan kadar segera’.

Dengan kata-kata lain ia diterjemahkan oleh rakyat bahawa DYMM Agong mahu mandat rakyat dikembalikan supaya kerajaan yang direstui rakyat dapat diwujudkan melalui PRU15 berdasarkan prinsip demokrasi sedia ada.

Pastinya dengan titah DYMM Agong sebagaimana dizahirkan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi, pemimpin DAP yang sasau seperti Loke faham kedudukan Perdana Menteri dalam hal menentukan tarikh PRU15.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: