Editorial
7 Jun 2022
Kemenangan Rafizi Ramli dalam Pemilihan PKR 2022 bagi jawatan Timbalan Presiden telah dipertikaikan oleh segolongan pemimpin PKR.
Sebelum ini Rafizi mengadu dan heboh dalam media bahawa terdapat 54,000 pengundi hantu, yang mengingatkan khalayak media tentang dakwaan PKR tentang 40,000 pengundi hantu Bangladesh semasa PRU13.

Namun walaupun terdapat 54,000 pengundi hantu dalam kalangan pemilih PKR, Rafizi tetap menang, dan begitu juga ketika PKR menang besar di Selangor dan telah menguasai kerajaan Selangor.
Tindakan Rafizi sama seperti mitos “pencuri yang menjerit pencuri, pencuri, pencuri, tetapi hakikatnya dialah pencuri”.

Farhash Wafa Salvador, bekas Pengerusi PKR Perak telah membangkitkan isu jumlah undian melebihi jumlah pengundi PKR, dan meminta supaya audit forensik dijalankan untuk siasatan terperinci, malah kongres PKR 2022 terpaksa ditangguh.
Kini pelakon, penerbit dan pengarah Afdlin Shauki yang tewas merebut jawatan Ketua Bahagian Setiawangsa dalam pemilihan PKR, telah membuat laporan polis hari ini terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik apabila mendakwa wujudnya banyak penipuan.
Dalam kenyataan media, Afdlin menyatakan bahawa laporan polis dibuat terhadap JPP kerana gagal bertindak apabila aduan kelemahan diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

Dia telah membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kerana antara lain banyak perkara yang mereka lakukan telah menimbulkan syak wasangka dan wujud perkara yang terang-terangan salah.
Afdlin telah membuat laporan kepada JPP sebelum ini tetapi tidak ada maklum balas, malahan mereka hanya menyepikan diri.
Afdlin turut mendakwa terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.
“Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750 undi namun demikian setelah pengundian fizikal tamat jumlah undi rasmi yang dikemaskini dalam sistem JPP adalah 528 undi, berlaku perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja,” kata Afdlin.
Beliau juga mendakwa pengiraan kertas undi juga dibuat tanpa wakil calon dan bagaimana proses pengiraan dibuat tidak didedahkan.

JPP juga didakwa turut melakukan kesalahan apabila melantik bekas Setiausaha Bahagian Setiawangsa sebagai Penyelaras tempat mengundi dan ‘suami kepada salah seorang calon wanita bahagian’ untuk bertugas di dewan tempat mengundi semasa hari pemilihan.
“Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka ini mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding dan tiada jaminan ketelusan dan integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali dan berkepentingan,” kata Afdlin lagi.
Dalam pemilihan lalu Afdlin tewas dalam saingan merebut jawatan ketua bahagian PKR Setiawangsa.
Bahagian itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.
Dengan itu amatlah wajar bagi RoS membatalkan terus pendaftaran PKR sebagai organisasi politik, kerana terlalu banyak terdapatnya penipuan.

Walau bagaimanapun ia adalah selari dengan sikap dan perangai Rafizi Ramli, yang sudah terkenal sebagai kaki fitnah, penipu, penghasut dan pembohong jika dirujuk beberapa kes mahkamah sebelum ini.
Walau apapun, adakah rakyat akan memilih pemimpin dan parti yang penuh dengan kemelut penipuan pembohongan dan fitnah ini pada PRU15 nanti?
*****
Tinggalkan Jawapan