Editorial
6 Jun 2022
Rafizi Ramli telah berjaya mengalahkan Saifuddin Nasution dalam rebutan jawatan Timbalan Presiden, orang kedua berkuasa dalam PKR di belakang Presiden Anwar Ibrahim.
Semasa pemilihan Rafizi mengadu terdapat 54,000 pengundi hantu, tetapi keputusan berpihak kepada dirinya.
Adakah dia menang kerana sokongan pengundi hantu itu?
Dan adakah kewujudan pengundi hantu itu semuanya adalah strategi Rafizi yang sebelum ini amat mahir dalam soal penyelidikan maya kerana dialah yang mengendalikan organisasi penyelidikan dan CEO INVOKE?

Rentetan itu Farhash Wafa Salvador bekas Pengerusi PKR Perak yang mahu audit forensik dijalankan untuk menyiasat kemelut dalam pemilihan PKR kerana dia mendakwa jumlah undian melebihi jumlah pengundi, sebagaimana yang berlaku di Cabang Gombak.
Dengan itu juga terbangkit persoalan adakah Rafizi Berjaya mengalahkan Saifuddin kerana sokongan pengundi hantu?
Sedangkan Saifuddin yang dilihat sangat setia kepada Anwar dan PKR telah mudah dikalahkan.
Ironinya, Rafizi telah menghilangkan diri dari sfera politik PKR tetapi timbul semula menjelang Pemilihan 2022 PKR.
Kini setelah dia menang, dia hanya mendiamkan diri, adakah kerana kewujudan pengundi hantu telah memberi sokongan kepadanya untuk menduduki tempat kedua terpenting dalam PKR di belakang presiden?
Di samping itu Farhash juga mempersoalkan data dalam pemilihan PKR apabila dia mendakwa ada undi yang lesap dalam pemilihan Timbalan Presiden.
Rafizi Ramli memperoleh 68,992 undi, manakala Saifuddin Nasution Ismail mendapat 50,038 undi, bererti jumlahnya cuma 119,030 undi sahaja sedangkan jumlah pengundi sepatutnya ialah 147,000. Di manakah hilangnya lagi 27,970 undi?
Isu kehilangan undi ini hanya dilihat pada pengundi bagi jawatan Timbalan Presiden sahaja, belum lagi diselidiki dan dibangkitkan dengan pemilihan jawatan utama yang lain.
Dahulu semasa PRU13 Rafizi juga yang membangkitkan isu pengundi hantu sehingga mendesak Bersih mengheret rakyat untuk berdemonstrasi di jalanan.

Inilah bukti apa yang dia sendiri katakan, “Kerja kita adalah menghasut rakyat. Hari-hari kita hasut rakyat. Untuk menjatuhkan BN, dan kita telah Berjaya menjatuhkan BN.”
******
Tinggalkan Jawapan