NETIZEN DAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA DENGAN KONSPIRASI KENAIKAN HARGA BARANG. SIASAT KONSPIRASI DIN PAGOH, SIAPA MENTERI MITI, MENTERI EKONOMI, MENTERI KEWANGAN, MENTERI KOMODITI, MENTERI MAFI, DAN SIAPA PENGERUSI MPN?

Editorial

6 Jun 2022

Rata-rata netizen mula terpengaruh dengan fitnah, pembohongan dan perangsaraf pihak musuh UMNO-BN.

Apatah lagi apabila ‘Red Bean Army’ DAP sudah mula menggiatkan dakyah mereka dengan fitnah dan pembohongan, dan cuba menutup konspirasi konco-konco PH yang kini berada dalam kerajaan.

Tidak kurang juga pemimpin DAP yang terkenal dengan mulut biadap mereka yang sudah menjadi budaya bangsa DAP, cuba mempengrauhi rakyat dan menuding jari kepada UMNO sebagai bertanggungjawab akan kenaikan harga barang harian, serta kemelut inflasi ketika ini.

Di samping krisis inflasi yang melanda dunia, pandemik Covid19 yang masih menjalar, serta Perang Rusia-Ukraine yang mempengaruhi eksport bahan makanan, landskap politik Malaysia menjelang PRU15 juga tidak lekang daripada konspirasi PPBM (Bersatu) untuk menjatuhkan UMNO.

Mereka sudah kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Johor, malah orang Din Pagoh sendiri kalah di DUN Gambir yang sebelumnya disandang olehnya pada PRN Johor.

Setelah kalah teruk, Din Pagoh mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai Presiden PPBM, tetapi sebagaimana biasa, dia akan berkata ahli-ahli PPBM masih mahu dia kekalkan jawatannya.

Paradoksnya apabila, terdapat pemimpin PPBM yang keluar meninggalkan parti sebagaimana ditunjukkan oleh Zuraida Kamaruddin.

Hari ini musuh-musuh UMNO termasuk DAP dan konco-konconya seperti mengatur konspirasi untuk menyalahkan UMNO dengan menjadikan Perdana Menteri sebagai proksi UMNO terhadap kenaikan harga bahan makanan.

Namun kontradiknya siapakah menteri-menteri yang bertanggungjawab secara kolektif dalam krisis kenaikan harga bahan makanan itu, yang menjadikan indeks inflasi melonjak naik?

Rakyat dan netizen (warganet@wargamaya) hendaklah bertanya siapakah menteri-menteri yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan utama dalam kemelut kenaikan harga bahan makanan tersebut.

Cubalah siasat siapakah Menteri Kanan Ekonomi dan juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Dia ialah Azmin Ali yang merupakan orang kuat PPBM dan kesayangan Din Pagoh.

Siapakah Menteri Kewangan? Dia ialah Tengku Zafrul yang merupakan menteri paracut PPBM yang amat tidak prihatin terhadap masalah rakyat apabila cuba menyekat pengeluaran KWSP milik rakyat.

Siapakah Menteri Perladangan dan Komoditi yang terpalit dengan isu minyak masak yang sukar didapati oleh peruncit? Dia ialah Zuraida Kamaruddin dari PPBM. Malah dia kini dia dikatakan tidak tahan dengan kemelut ‘penjual menyorok’ bahan masakan itu untuk keuntungan segera, dan mengambil keputusan meletakkan jawatan dan meninggalkan PPBM!

Siapakah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang secara langsung harus bertanggungjawab dengan kekurangan dan kenaikan harga ayam, tetapi sebaliknya mendiamkan diri, seakan-akan bukan tanggungjawabnya. Dia ialah Ronald Kiandee juga orang kuat PPBM.

Rakyat juga harus tahu siapakah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, tetapi tidak berusaha untuk memulihkan negara. Inilah bapa pengkhianat yang cuba mendapatkan sokongan daripada pemimpin pembangkang dan mendakwa sudah mempunyai 119 sokongan ahli parlimen untuk menjatuhkan PM Ismail Sabri.

Inilah juga pengkhianatan yang telah mengatur ‘Langkah Sheraton’ untuk menendang Tun Mahathir sebagai PM Pakatan Harapan tempoh hari dengan agenda tersembunyi untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai PM.

Namun dengan Ordinan Darurat, dia merompak dana negara tanpa perlu disemak-imbang oleh parlimen, setelah parlimen digantung. RM600 bilion lesap tanpa penjelasan dan pembentangan di parlimen.

Dia jugalah yang melaksanakan ‘PKP separuh masak’ sehingga ekonomi rakyat punah-ranah dan menderita dan dia telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai 10 negara paling teruk di dunia dalam konteks menyekat pandemik Covid19.

Bersama-sama dengan Menteri Ekonomi dia berjaya meloloskan tularan Covid19 melalui kluster perkilangan yang dipenuhi oleh pendatang asing untuk memadatkan tembolok golongan kapitalis, tetapi mengekang rakyat marhaed dan ekonomi harian mereka.

Lantas, rakyat dan netizen janganlah percaya dengan perangsaraf atau psywar musuh-musuh UMNO yang menjadikan PM sebagai proksi UMNO untuk menjijikkan nama baik UMNO, sedangkan dalam barisan kabinet penuh dengan orang-orang DIN Pagoh yang goyang kaki dan tidak bertindak sewajarnya untuk mengekang dan menurunkan harga bahan makanan rakyat.

******

Advertisement

One thought on “NETIZEN DAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA DENGAN KONSPIRASI KENAIKAN HARGA BARANG. SIASAT KONSPIRASI DIN PAGOH, SIAPA MENTERI MITI, MENTERI EKONOMI, MENTERI KEWANGAN, MENTERI KOMODITI, MENTERI MAFI, DAN SIAPA PENGERUSI MPN?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: