VIDEO – MUSLIHAT MAHATHIR TOLAK PKR, TETAPI SEDIA MENERIMA DAP DAN AMANAH UNTUK MENENTANG UMNO

Editorial

5 Jun 2022

Aneh sekali apabila Mahathir menolak PKR tetapi sedia menerima DAP dan Amanah.

Premis yang boleh dilihat sebagai signifikan dengan gelagat terbaharu Mahathir ialah bahawasanya dia percaya PKR sudah meninggalkan PH, dan PH kini hanya terdiri daripada dua parti utama iaitu DAP dan Amanah.

Adakah Mahathir fikir dengan agendanya itu maka UMNO akan termakan umpannya supaya UMNO membuka pintu untuk bersama dengan PKR?

Kerjasama UMNO-PKR tidaklah mustahil tetapi agenda tersembunyi Mahathir ialah supaya akar umbi UMNO bertelagah dengan kerjasama tersebut kerana akar umbi UMNO tidak dapat menerima ‘peliwat’, pejuang LGBT dan penegak ‘pluralisme agama’ yang melihat semua agama sama.

Inilah Mahathir, sedangkan dalam waktu yang sama dia menunjuk-nunjuk kebenciannya terhadap Bersatu dan PAS, tetapi sebaliknya dia dahagakan kerjasama kaum Melayu sebagaimana falsafah dan ideologi ‘pejuang’ tanah air yang dikendongnya.

Siapakah ‘pejuang tanah air’ bagi Mahathir sehingga mahu bekerjasama dengan dengan DAP yang telah dua kali menganjurkan perhimpunan bekas gerila Komunis di Banting dan Kajang setelah PH mereka menang PRU14?

Siapakah ‘pejuang tanah air’ yang berjaya membawa masuk abu mayat sial ‘Chin Peng’ dan menaburkannya di kaki gunung Titiwangsa dan laut China Selatan yang merupakan bumi dan lautan ‘Tanah Melayu’?

Adakah Mahathir sudah lupa dengan perangai buruk Tony Pua yang dikutuknya sebagai rakus menjadi pemain utama mengganggu-gugat aset GLC Bumiputera dan menjual tanah-tanah Tabung Haji dengan harga lelong kepada kroni DAP?

Alasan dan krisis utama yang terlihat adalah keputusan Mahathir yang dibuat setelah PKR tidak mahu Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri.

Adakah Mahathir masih berangan-angan mahu mendududki kerusi PM sedangkan usianya telah ditelan zaman, dan sebagaimana dikatakan oleh MO Ibrahim dalam satu simposium di Afrika yang turut dihadiri oleh Mahathir, “Kemanakah pemimpin tua-bangka berusia lebih 90 tahun mahu membawa rakyatnya, ke kebur?”

Beberapa minggu yang lalu Mahathir dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak akan mempertahankan Parlimen Langkawi.

Rakyat pun tahu Parlimen Langkawi lewah dipenuhi oleh pendatang asing Filipina yang telah berikan kerakyatan. Adakah ribuan golongan ini pada hakikatnya yang menyokong Mahathir di Langkawi dan bukannya Melayu tulen rakyat jati Langkawi?

Kata Mahathir yang dijenamakan sebagai ‘Bapa perpecahan Melayu’ kepada sebuah akhbar Cina, “Saya tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada cara lain.”

Dr Mahathir memberitahu beliau akan terus bekerjasama dengan Amanah dan DAP kerana dua parti ini menyedari keperluan mempunyai parti teras Melayu.

Inilah kelingtong Mahathir terhadap perjuangan membela golongan Melayu kononnya, sedangkan semasa ‘Kongres Maruah Melayu’ di Shah Alam tempoh hari, dialah yang mengutuk dan memperlekehkan maruah kaum Melayu.

Dengan penuh muslihat dan paradigma ‘kelingnya’, Mahathir berkata, “DAP dan Amanah tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya.

Mahathir lupa apa kata pemimpin DAP tempoh hari setelah memenangi PRU14, “Use Malay to screw the Malays”.

Dia masih tidak sedar bahawa dia digunakan oleh DAP untuk ‘memperkosa’ kaum Melayu, hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan agama Islam.

Lihatlah bagaimana mereka cuba meratifikasi ICERD dan Statut Rom.

PH kini bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon Perdana Menteri manakala DAP dan Amanah pula tidak lagi yakin dengan Anwar Ibrahim, malah pada PRN Melaka dan PRN Johor, PKR tidak menggunakan logo PH.

Alasan yang diberikan oleh DAP dan Amanah ialah hanya Dr Mahathir mampu menarik sokongan ahli parlimen lain manakala Anwar gagal mendapatkannya biarpun telah diberikan masa yang secukupnya.

Inilah antara tipu muslihat Mahathir dan DAP untuk lagi sekali merompak aset GLC Bumiputera seperti Khazanah dan Tabung Haji serta memusnahkan kuasa politik Melayu-UMNO yang telah meletakkan kepercayaan kepadanya selama 22 tahun.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: