Editorial
4 Jun 2022

DS Najib dikhabarkan sudah mendapat persetujuan Peguam DiRaja Queen Councel, United Kingdom, yang amat luas pengalaman perundangan Common Law British dan pembelaan di United Kingdom, manakala undang-undang Malaysia adalah merupakan legasi undang-undang tersebut dan bukannya ‘Rule of the Jungle’ sebagaimana diperakui sendiri oleh Peguam Negara PH, Tommy Thomas.
Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (Queen’s Counsel) dari United Kingdom secara dasarnya bersetuju mewakili DS Najib Razak dalam rayuan bekas Perdana Menteri itu berhubung kes SRC.
Beliau diperakui mempunyai keabsahan kelayakan khas dan pengalaman sedia ada yang tidak dimiliki dalam kalangan peguambela dan peguam cara di Malaysia, menurut pasukan pembelaan Najib.

Usaha DS Najib untuk mendapatkan pembelaan sokongan daripada QC United Kingdom mendapat kritikan daripada balaci-balaci konspirasi yang pada hakikatnya telah merancang menjatuhkan DS Najib sejak 2014 lagi.
Pardoksnya mereka buta bahawa Mahathir pernah menggunakan QC dalam kes krisis Perlembagaan untuk memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Mahathir ketika itu telah ditentang oleh ‘Law Fraternity’ Malaysia, telah mendapatkan khidmat QC.
Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik.
Lihatlah sahaja bagaimana Hakim Nazlan Ghazali yang telah menjatuhi hukuman penjara 12 Tahun ke atas DS Najib dan denda RM210 juta, telah terkait dengan rasuah sogokan wang Jho Low ke dalam akaunnya.
Manakala tuduhan bahawa penubuhan SRC adalah ‘idea’ DS Najib juga meleset apabila laporan minit mesyuarat MayBank telah membuktikan bahawa ia bukan idea DS Najib.

Mohd Nazlan yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya pada 2012 dalam MayBank, iaitu selaku setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang kumpulan Maybank.
Bukan DS Najib yang mengesyorkan atau mengemukakan kertas kabinet penubuhan SRC sebagaimana didedahkan SRPM, sebaliknya bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas cadangan tersebut.
Manakala bekas ‘menteri tersebut yang merupakan kroni Mahathir’ telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.
Namun, hakim tidak mahu menerima bukti baharu ini walaupun ia membabitkan saksi pendakwaan.

Lantas, DS Najib sememangnya wajar mendapatkan khidmat QC Jonathan Laidlaw untuk pembelaan ke atas dirinya memandangkan kesnya jelas satu penganayiaan dan konspirasi musuh politik.
Biar pihak luar khususnya United Kongdom, menjadi saksi dan menyebarkan apa terjadi kepada perbicaraan dan tahu compang-campingnya sedangkan DS Najib dilihat sebagai dibuli oleh mahkamah yang dikawal oleh tangan ghaib, malahan mempengaruhi Majlis Peguam sehingga mengugut untuk mengadakan demonstrasi jalanan membela ‘hakim yang merupakan perasuah’.
Peguam utama DS Najib, Muhammad Shafee Abdullah dalam afidavitnya menyokong permohonan Laidlaw mewakili perayu dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada Ogos ini.
Laidlaw yang terlibat dalam 109 kes di Mahkamah Rayuan dan House of Lords (kini Mahkamah Agung), mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam pelbagai kes rasuah di UK dan dalam bidang kuasa luar UK.
Laidlaw juga pernah terlibat dalam apa yang dianggap sebagai pendakwaan kes penipuan terbesar di UK bagi pihak Kumpulan Allseas yang mengakibatkan individu disabitkan kesalahan kerana penipuan melibatkan EU100 juta.
Peguambela utama DS Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, “Saya benar-benar percaya tidak ada peguam bela dan peguam cara lain di Malaysia yang memiliki kelayakan, pengalaman dan kepakaran yang sama dengan pemohon khususnya bagi tujuan memajukan kes perayu dan membantu Mahkamah Tinggi dalam menentukan isu-isu yang serius, kompleks atau baru. yang akan timbul dalam rayuan itu.”
Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala.
Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!
******
Tinggalkan Jawapan