TUNJUK MUKA SAHAJA, DIA DAH KENA SAMAN FITNAH, MEMANGLAH DIA KAKI FITNAH

Editorial

3 Jun 2022

Dua hari lalu media arus perdana melaporkan satu saman fitnah ke atas Rafizi Ramli, atas kenyataannya yang diklasifikasikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad (SEB) sebagai fitnah.

Kebiadapan yang menjadikan fitnah sebagai platform untuk mengangkat dirinya sebagai adi wira PKR, terutamanya ketika pemilihan PKR 2022, bukanlah sesuatu yang baharu.

Dia telah dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana kes membocorkan maklumat perbankan, namun telah dipercayai telah diselamatkan oleh ‘undang-undang rimba PH’ ketika PH masih berkuasa, manakla legasi PH itu diteruskan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Media melaporkan Rafizi Ramli telah menerima writ saman fitnah oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad (SEB) Shahril Shamsuddin.

Rafizi berkata beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, sambil menambah bahawa apa yang dikatakannya adalah untuk “melindungi kepentingan awam”.

Kita harap Rafizi jangan membawa sifat baculnya apabila nanti dia akan berkata di mahkamah, “Saya mohon maaf, saya hanya bergurau,” sebagaimana fitnah dalam kes fitnah cincin Rosmah Mansor yang dikatakan bernilai RM24 juta.

Beginikah pemimpin yang diagungkan dan dipuja-puja oleh pentaksub PKR, yang menjadikan fitnah sebagai platform untuk melonjakkan dirinya?

Tempoh hari Rafizi juga dikutuk kerana bercakap tanpa faktar tentang isu Sapura Energy dan kini kerana weweang bercakap tanpa fakta tetapi emosi sesedap rasa, dia berhadapan dengan saman fitnah pihak yang difitnahnya.

Tidak gunalah menang pemilihan PKR yang didakwa sendiri oleh bekas Ketua PKR Perak serta ratusan ahlinya bahawa berlaku penipuan apabila jumlah undi melebihi jumlah ahli berdaftar.

Antara isu yang berbangkit dan dikaitkan dengan bekas CEO Sapura Energy adalah tentang gaji tinggi syarikat tersebut.

Tetapi sebagaimana diperjelaskan oleh DSN, gaji tinggi CEO itu adalah hak Sapura Energy kerana semasa itu Sapura bukan GLC kerjaan. Ia menjadi GLC setelah kerajaan PH pimpinan Mahathir membeli 40% saham Sapura.

Apabila ia menjadi GLC dan padanya bergantung 300 vendor tempatan, serta menjadi sandaran 10.4 juta pendeposit ASB, maka amat wajar kerajaan mempertahankan Sapura yang dilihat lebih penting daripada syarikat GLC lain yang pernah di’bailout’ oleh Mahathir semasa 22 tahun dia berkuasa.

Writ saman itu dikeluarkan sebagai memfailkan saman terhadap Rafizi di mahkamah berhubung kenyataannya terhadap bekas CEO Sapura itu, ekoran desakan Najib Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan Sapura.

Rafizi mendakwa bahawa dia mahu melindungi kepntingan awam, tetapi kepentingan awam apa yang mahu dia lindungi sekiranya dia menolak cadangan untuk menyelamatkan Sapura yang menjadi sandaran 10.6 juta bumiputera yang merupakan pelabur ASB dengan deposit bernilai RM4 bilion.

Kontradik daripada tuduhan Rafizi, kemudahan bank Sapura telah dibekukan oleh kerajaan PN pada Oktober 2021 yang menyebabkan syarikat tersebut tidak mampu beroperasi seperti biasa dan tidak layak lagi untuk membida dan memenangi projek-projek baharu.

Hakikatnya Rafizi sengaja buat-buat buta tentang kepentingan Sapura, tetapi sebelum PRU14 heboh sangat hendak mengheret Mahathir ke mahkamah kerana telah bailout syarikat-syarikat kroni, dan Rafizi sering menjaja tentang kekayaan anak-anak Mahathir yang dikaitkan dengan Petron dan Kilang Arak San Miguel yang dikatakan antara terbesar di Asia.

Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

Lantas, sekiranya kerajaan membiarkan Sapura muflis maka ia juga akan merugikan PNB, KWSP dan tabung simpanan rakyat yang lain akibat hutang sebanyak RM10 bilion.

Ironinya, Sapura pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia dengan nilai RM30 bilion tapi kini hanya bernilai sekitar RM500 juta – RM650 juta sahaja.

Sapura mempunyai track rekod yang baik bagi menyiapkan projek-projek besar. Malangnya pandemik Covid19 juga telah menambahkan beban kepada Sapura kerana lockdown seluruh dunia yang telah menyebabkan projek-projeknya tergendala.

Rafizi mahu aset Sapura yang bernilai tinggi dijual dengan harga yang amat murah (firesale prices). Namun siapakah pembelinya kalau bukan konco-konco dan kroni PH-DAP-PPBM?

Komplot sedemikian sudah mereka kenakan pada Tabung Haji semasa PH berkuasa dengan muslihat untuk menyelamatkannya, sedangkan aset-aset Tabung Haji dijual pada kroni-kroni PH.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: