KELDAI DAN TUAN PUNYA KELDAI KINI BERPERANG BESAR

Editorial

31 Mei 2022

Sebelum ini Muhyiddin sanggup buat apa sahaja untuk memenangi hati Tun Mahathir, sehingga sanggup mengkhianati Presiden UMNO untuk bersekongkol dengan ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib, meskipun dia sedar Mahathir adalah ‘bapa perpecahan Melayu’.

Hakikat ini dibuktikan oleh kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa Muhyiddin sudah sekian lama sejak 2014 lagi menjadi ‘keldai’ Mahathir dan melayani apa juga kehendak Mahathir kerana baginya Mahathir adalah ‘the King Maker’ meskipun Mahathir sendiri mahu meletakkan dirinya sebagai ‘The King’ sepanjang hayat.

Muhyiddin kelihatannya amat setia pada Mahathir sebagaimana setianya seekor keldai yang sentiasa tunduk kepada kehendak dan arahan tuannya.

Kerana kesetiaan itulah Muhyiddin juga bermati-matian mahu melihat DS Najib diheret ke penjara, meskipun pelbagai polemik terbangkit tentang perjalanan perbicaraan terhadap kes yang dikaitkan dengan DS Najib.

Malahan DoJ Amerika Syarikat serta ejen FBI telah menolak sebarang kaitan kes 1MDB dengan DS Najib, kontradiknya Mahkamah Rayuan Malaysia pula bertindak menolak bukti pembelaan yang dilihat sebagai satu pencabulan ke atas hak pihak tertuduh.

Apa yang lebih menyakitkan hati rakyat yang simpati terhadap DS Najib adalah konspirasi yang melibatkan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, serta lantikan ‘budak-budak kita’ dalam PDRM sebagaimana diperakui oleh Menteri Dalam Negeri dan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Namun kerana desakan politik yang berteraskan nafsu serakah peribadi, Muhyiddin melalui ‘Langkah Sheraton’ telah mengkhianati Mahathir pula, sehingga Perdana Menteri PH itu terpaksa meletakkan jawatan, keluar daripada parti Bersatu yang ditubuhnya, dan membentuk pula Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Mahathir menjangkakan bahawa ramai ahli parlimen dalam Bersatu akan melompat ke Pejuang tetapi malangnya harapan Mahathir itu meleset, malahan Dr Maszalee Malik, bekas Menteri Pendidikan PH yang telah turut serta untuk bersama dengan Pejuang, telah lari keluar ke PKR, kerana dia melihat Pejuang tiada masa depan.

Kini menjelangnya PRU15, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir telah berjanji akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi meskipun pengerusinya Tun Mahathir memaklumkan telah menarik diri daripada bertanding.

Pejuang juga akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi mereka atas tiket Bersatu pada PRU ke 14 lalu.

Lantas ini bermakna, Pejuang akan menentang Bersatu di kawasan parlimen dan DUN yang dimenangi Bersatu pada PRU14.

Lantas dengan itu juga, sekurang-kurangnya akan berlaku pertanding tiga-penjuru apabila kerusi Bersatu adalah juga merupakan kerusi tradisioanl UMNO-BN.

Janji Mukhriz, “Tentu kami akan pertahankan semua kerusi-kerusi yang telah dimenangi (atas tiket Bersatu sebelum ini) dan yang belum dimenangi.”

Lantas nampaknya Muhyddin yang dahulunya dilabel sebagai ‘keldai’ Mahathir, kini akan ‘diperangi’ oleh tuannya sendiri.

Walau apapun kesan pertandingan antara Bersatu dan Pejuang, PRN Melaka dan Johor telah membuktikan bahawa parti Bersatu telah kalah teruk, dan di PRN Johor, manakala Pejuang telah kalah di semua 42 kerusi yang ditandingi dan hilang wang deposit pada kesemua kerusi tersebut (kerana memperolehi kurang daripada 8% jumlah undi pemilih yang berdaftar di kawasan yang ditandingi).

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: