PEROMPAK DANA NEGARA YANG PANDAI MENYAMAR

Editorial

29 Mei 2022

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas CEO CIMB yang pakar dalam hal kewangan dan perbankan, telah membidas pentadbiran Lim Guan Eng dengan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pinjaman Bon Samurai dari Jepun.

Dana yang digunakan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, bukan datang daripada penjanaan kewangan PH, sebagaimana yang didakwa oleh DS Najib.

Malah dalam hal yang paling asas, Lim Guan Eng bukanlah ‘Akauntan bertauliah’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh konco-konconya untuk mewajarkan kebolehannya dalam menguruskan kewangan negara ketika PH berkuasa.

Lebih daripada itu Presiden MCA, DS Wee Ka Siong telah mendedahkan bahawa Lim Guan Eng telah gagal semasa mendapatkan perakuan status ‘akauntan bertauliah’ daripada MIA (Malaysian Institute of Accountants).

Isu ini sejajar dengan pendedahan bahawa ramai pemimpin PH yang menggunakan sijil akademik palsu untuk mengelabukan mata rakyat.

Dengan itu tidak hairanlah jika Tun Daim Zainuddin, melabelkan pemimpin PH sebagai ‘BODOH’, dan kerajaan PH lebih dikenali sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ (kerajaan yang dikuasai golongan pemimpin bodoh, teruk, dan jahil, yang tidak tahu menguruskan pentadbiran negara).

Dari situlah baru rakyat sedar dan tahu mengapakah golongan kakistokrat ini mencanangkan fitnah hutang BN RM1 trilion dan beriya-iya menakutkan rakyat bahawa negara tidak ada wang dan negara akan bankrap, ketika mereka berkuasa.

Pelabur asing telah lari ketika PH berkuasa, nilai ringgit jatuh merudum, Bursa Saham KL terburuk di dunia, lantas kos sara hidup naik mendadak apabila harga barang import tutur naik kerana jatuhnya nilai Ringgit.

Tiba-tiba apabila PN mengambil alih kuasa di bawah TS Muhyiddin Yassin, tanpa berlengah kerana keprihatinan kepada rakyat dan survival ekonomi negara, telah meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM250 bilion serta tambahan RM10 bilion untuk membantu SME.

Kontradiknya ketika pembentangan Bajet 2019, Lim Guan Eng telah tanpa sedar membentangkan bahawa hutang negara semasa BN berkuasa adalah RM686 bilion, dan bukannya RM1 trilion sebagaimana yang PH uar-urakan sebelumnya.

Paradoksnya, kadar hutang negara di bawah PH mendadak naik dan pada ketika PH tumbang, mereka telah benar-benar berjaya meningkatkan jumlah hutang negara kepada angka RM1 trilion.

Fitnah bahawa BN mengumpul hutang negara sebanyak RM1 trilion telah dijadikan modal kempen PH sebelum mereka memenangi PRU14.

Rakyat termakan dengan fitnah ini, termasuk isu GST dan 1MDB, sedangkan dalam isu GST, PH sendiri yang mahu mengitarnya semula setelah mereka menggantikannya dengan SST yang tidak menguntungkan negara.

Ironinya kenapa setelah PH tumbang, sebagaimana penjelasan Tengku DS Zafrul, Menteri Kewangan bahawa kerajaan tidak perlu membuat pinjaman daripada negara luar, kerana kedudukan kewangan negara adalah kukuh?

Semasa PH berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

Kesemua aset berkenaan termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

Adakah rakyat cuba diperbodohkan oleh Mahathir dan Guan Eng semasa mereka mengendalikan kewangan negara atau ada muslihat untuk merompak wang negara?

Apakah yang telah Guan Eng lakukan pada wang Petronas sejumlah RM82 billion yang dijarah pada 2019?

Sebagaimana didedahkan oleh Datuk Mohamad Hasan, terdapat 17 kes penjualan harta negara oleh Lim Guan Eng, namun kemanakah perginya wang hasil jualan tersebut kerana tiada rekod dalam belanjawan negara?

Rakyat juga tertanya-tanya ke mana perginya wang Tabung Harapan sejumlah RM 202.7 juta?

Ia menjadi lebih ironi apabila Mahathir membuat kenyataan terakhir sebagai PM Interim bahawa negara mempunyai simpanan dana bernilai RM2 trilion. Jadi di manakah letaknya dakwaan mereka bahawa negara akan bangkrap?

Segala pembohongan kerajaan kakistokrasi PH ini harus dibongkar.

Sehingga ke hari ini Mahathir masih menjaja bahawa DS Najib adalah perompak, sedangkan laporan bajet 2017 dan sebelumnya telah menunjukkan bahawa beliau telah mengendalikan kedudukan kewangan negara dengan cara yang amat baik.

Hakikat ini dibuktikan apabila kedudukan kewangan Malaysia pada 2017 telah mendapat pengiktirafan badan dunia seperti Bank Dunia, IMF dan agensi penarafan kredit Fitch serta Standard and Poor, apabila kedudukan kewangan negara mencapai tahap antara tertinggi dalam ranking dunia.

Nampaknya selama 22 bulan PH berkuasa di tangan Mahathir, dengan pengurusan kewangan Lim Guan Eng, penipuan dan rompakan terus berlaku sebagaimana ia berlaku 22 tahun semasa Mahathir berkuasa.

Barry Wain dalam bukunya ‘The Malaysian Maverick’ mendakwa Mahathir telah menjoli kira-kira RM100 bilion semasa dia berkuasa selama 22 tahun, manakala George Soros menggambarkan Mahathir sebagai ‘the corrupt moron’ yang telah menjadikan menara kembar Petronas sebagai simbul rasuah, kronisme dan nepotisme terbesar dirinya sendiri.

Lantas, siapakah perompak-lanun negara yang sebenarnya dan mengapakah SPRM dan Peguam Negara tidak berani mengambil tindakan?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: