PEMIMPIN DAP ANTHONY LOKE HIPOKRIT KERANA BANTAH PEMBINAAN LEBUH RAYA DAN PENGAKUTAN REL

Editorial

29 Mei 2022

Amat dangkal cara pemimpin DAP berfikir dan bertindak.

Bekas Menteri Pengangkutan PH, Anthony Loke mengeluarkan kenyataan bahawa kesesakan lalu-lintas di Lembah Klang tidak boleh diselesaikan dengan hanya membina lebih banyak lebuh raya dan pengangkutan kereta api.

Premis yang cuba diketengahkan Loke adalah supaya projek pengangkutan awam sedemikain dihentikan. Sebaliknya adakah kerana projek-projek tersebut tidak diberikan kepada kroni-kroni DAP?

Loke berhujah memandangkan penggunaan pengangkutan awam agak rendah, bermakna semakin ramai orang akan menggunakan kenderaan sendiri.

Hakikatnya Loke tidak melihat bahawa pembinaan rumah kediaman pencakar langit di Lembah Kelang adalah punca utama yang menjadikan Lembah Kelang sesak dan padat, lantas menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Lihatlah apabila terbinanya rumah pencakar langit, jumlah penduduk menjadi padat tertumpu pada radius yang kecil, sedangkan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai dua kenderaan.

Loke membidas kenyataan Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan tiga projek lebuh raya baru Lembah Klang.

Lebuh raya baru yang diluluskan ialah Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link), Lebuhraya Putrajaya – Bangi (PBE) dan Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-Node).

Kadar peningkatan penduduk di Wilayah Persekutuan adalah tinggi manakala penghijrahan penduduk negeri lain ke Wilayah Persekutuan juga tinggi kerana tumpuan kerjaya, perniagaan dan industri amat padat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain lebuh raya baru, beberapa laluan rel baru sedang dalam pembinaan atau sedang dirancang seperti MRT2, MRT3 dan LRT3.

Mengambil maklum mengenai semua projek itu, Loke berkata persoalan yang perlu ditangani ialah punca penggunaan pengangkutan awam kekal rendah.

Bagaimanakah tidak rendah sekiranya rakyat juga yang menjadi sasaran industri kereta tempatan, penumpuan aktiviti perindustrian dan perniagaan di tengah-tengah bandar raya KL serta aktiviti industri perkhidmatan.

Jika Loke menentang pembinaan lebuh raya dan rel di KL maka sebagai pemimpin DAP dia juga harus lihat betapa ligatnya DAP membina jambatan kedua PP dan lebuh raya berkembar, manakala dengan tamaknya mendesak pembinaan lebuh raya terowong bawah tanah serta penambakan laut sehingga menjejas ekosistem alam sekitar dan ekonomi para nelayan. 

Pulau Pinang sudah mempunyai dua jambatan yang menghubungkannya dengan tanah besar semenanjung, kini tercetus pula idea untuk membina jabatan ketiga Pulau Pinang.

Adakah Loke lupa tentang projek mega pengangkutan yang cuba diketengahkan oleh pemimpin PH ketika mereka berkuasa?

Kemudian apa pula yang sudah terjadi dengan projek hebat ‘kereta terbang’ PH?

Kemudian anehnya DAP merungut dan mendakwa kerajaan BN menghalang projek pembangunan di Pulau Pinang kerana ditangguhkan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang menerajui PN pada 2020.

Di samping itu DAP Pulau Pinang juga mendakwa BN ada telah membatalkan permohonan pinjaman RM2 bilion untuk projek LRT di negeri itu.

Kenapa hendak merungut sekiranya projek LRT tidak membantu mengatasi kesesakan jalan raya?

DAP juga mendakwa BN menghalang Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) dan menangguhkan projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang.

Hakikatnya Lim Guan Eng yang menangguhkan projek lapangan terbang Pualau Pinang itu ketika Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa. Lim adalah menteri kewangan ketika itu.

Penangguhan itu dibuat kerana Lim Guan Eng mahu ia diambil alih oleh kroni-kroni DAP dan PH.

DAP juga cuba bersandiwara setelah mengkhianati rakyat Pulau Pinang berhubung janji mereka untuk memansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang jika PH memenangi PRU 2018.

Sebaliknya, Lim Guan Eng, Menteri Kewangan bertaraf kerani akaun itu membenarkan tempoh konsesi tol dilanjutkan selama 20 tahun lagi sehingga 2058.

Ini bermakna warga Pulau Pinang (serta cucu-cicit mereka) perlu membayar tol selama 38 tahun lagi berbanding 18 tahun lagi setelah diskaun 18% diberi.

DAP telah membodohkan rakyat Pulau Pinang kerana diskaun tol adalah kecil, tetapi sebaliknya tempoh konsesi digandakan, maka jumlah tol yang akan dibayar warga Pulau Pinang adalah jauh lebih besar.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: