Editorial
28 Mei 2022
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin telah mengambil keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia dan sekali gus meninggalkan PPBM Pimpinan Muhyiddin yang selama ini lebih sesuai dilabelkan sebagai ‘abah katak’.

Malahan pendedahan Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli dan beberapa lagi yang diugut oleh orang-orang Muhyiddin supaya melompat ke kolam PPBM, adalah suatu kemaluan besar, malah bagi bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, ia diklasifikasikan sebagai jenayah rasuah.

Setelah ‘Langkah Sheraton’, kerajaan PN yang didominasi oleh Muhyiddin telah membentuk ‘kerajaan katak’ sebagaimana diterjenahkan oleh penganalisis politik, malah PPBM telah memecah rekod ‘kabinet katak’ yang paling ramai dalam sejarah parlimen negara.
Daripada 31 ahli parlimen PPBM, 25 daripada mereka adalah pemimpin PKR dan UMNO yang telah melompat, termasuk Zuraida dan Azmin Ali.

Nampaknya sogokan jawatan menteri buat Zuraida tidak lagi penting kerana apa yang lebih penting ialah survival politiknya, dengan ideologi dan matlamat yang selari dengan hala tuju serta prinsip dirinya.
Kekalahan PPBM di PRN Johor, PRN Melaka, dan perpecahan ahli yang dicabuli dengan kelahiran parti serpihan Pejuang, serta tohmahan dan label ‘pengkhianat’ terhadap Muhyiddin adalah antara faktor yang telah menjadikan PPBM tidak lagi relevan.
Muhyiddin bukan sahaja telah mengkhianati PH, tetapi mengkhianatti Tun Mahathir, sebelumnya Tun Abdullah Badawi dan paling menjengkelkan ialah mengkhianati UMNO serta DS Najib Tun Razak sebagaimana diperakui oleh Mukhriz Mahathir.
Sebagai ‘parti katak’ PPBM menjadi bertambah tidak relevan apabila RUU Anti Lompat parti sedang hangat dan menggelegak dengan sokongan yang boleh dikatakan oleh semua blok pembangkang serta blok kerajaan.
Cawangan dan Bahagian PPBM hari demi hari terbubar di seluruh negara, malah terus berkubur di Negeri Sembilan dan nazak di beberap negeri yang lain.
Jangan katakan Zuraida sahaja, malah beberapa lagi pemimpin PPBM akan mengangkat kaki menginggalkan gerabak yang diterajui kepala ‘pengkhianat’.
Segala kenyataan Muhyiddin selama ini terutamanya semasa PRN Melaka dan Johor yang mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’ hanyalah retorik serta ‘psywar’ untuk menyedapkan hati penyokongnya, tetapi realiti dan pragmatiknya PPBM sudah rebah dan nazak.

Kini apabila Zuraida mengisytiharkan dirinya keluar PPBM, maka secara automatisnya ramai melihat Zuraida harus meletakkan jawatan kerana PBM bukan parti komponen dalam blok kerajaan.
Tampa lengah, Muhyiddin dan orang-orang kananya, kelam kabut menuntut bahawa jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Zuraida itu adalah hak PPBM.
Hakikatnya keputusan menentukan siapa yang harus dilantik sebagai menteri kabinet adalah PM, Ismail Sabri kerana itu adalah kuasa perogatifnya dan bukan hak Muhyiddin, kecuali Ismail Sabri adalah keldainya.
Sudah terdengar bisikan halus yang mengatakan, bukan sahaja Zuraida yang akan meninggalkan PPBM, tetapi beberapa lagi ahli parlimen akan turut jejak langkah Zuraida.
Rakan rapat Zuraida yang sebelum ini yang turut melompat ke PPBM, Azmin Ali juga sedang kepanasan memikirkan parti yang dia tumpangi adalah parti kolam katak yang tidak lagi relevan.

Pemergian Zuraida adalah suatu ketempangan buat Azmin kerana Zuraida adalah rakan yang sebelum ini banyak membantu survival politik Azmin. Lantas sudah ada suara halus yang menjangkakan Azmin juga akan mengikut jejak langkah Zuraida.
Muhyiddin dan orang-orang kuatnya harus rasa malu, kerana kalut mahu kemukakan nama baru untuk mengambil alih kementerian Zuraida.
Nampak sangat Muhyiddn, Fahysal dan orang-orang kuat PPBM yang kelam kabut ‘booking’ jawatan menteri pimpinan Zuraida sebelumnya, hanya menonjolkan sikap gila kuasa dan pangkat.
Sekiranya Ismail Sabri tunduk kepada tekanan Muhyiddin, maka sahlah dia adalah keldai atau mungkin juga ‘boneka Muhyiddin’.
Lebih bijak bagi Ismail Sabri untuk bertindak membubarkan parlimen daripada dipersepsikan sebagai ‘keldai’ Muhyiddin.
*******
Tinggalkan Jawapan