Editorial
26 Mei 2022
Ibarat meludah ke langit, tetapi kahak kotor dari mulut yang mengunyah khinzir itu, jatuh kembali ke muka sendiri.
Demikianlah lagak Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang sebelum ini pernah diserang oleh konco-konco Dr Mahathir kerana menggambarkan alam kubur Mahathir yang meriah bersama Lee Kuan Yew ketika mengadap meja mahjong.

Kali ini Kor Ming tanpa menyelidik, telah secara hentam keromo cuba mengutuk pihak PDRM kerana tidak menggunakan kenderaan tempatan model SUV Proton X70 sebagai kenderaan jabatan PDRM, sedangkan pada pengetahuan dia, Polis Kenya telah memilih Proton X70 sebagai kenderaan mereka.
Premis yang cuba dibawa oleh minda jahat pemimpin DAP ini ialah polis negara luar amat menghargai kemampuan Proton X70, tetapi negara pengeluarnya sendiri tidak memberi tempat pada Proton X70.

Meskipun Kor Ming sekadar mengemukakan soalan melalui laman Tweeter @NgaKorMing namun soal ‘semantik dalaman’ (indepth meaning) penuh dengan kutukan kepada pihak kerajaan terutamanya pengurusan PDRM.
Ciapannya berbunyi, “Polis kenya pun pakai Proton X70. Mengapa PDRM tak buat begitu?”
Pelbagai jawapan akan terbangkit daripada semantik dalaman itu.
Antaranya, PDRM tidak menghargai kereta keluaran Malaysia, PDRM membazir wang rakyat menggunakan kenderaan negara luar yang lebih mahal, daya tahan kenderaan keluaran tempatan tidak diyakini, orang luar tahu menghargai kenderaan Malaysia, tetapi kerajaan Malaysia sendiri tidak tahu menilai langsung, dan macam-macam lagi rantaian jawapannya.

Kontradik daripada tuduhan dan hasutan Kor Ming, pihak PDRM telahpun mengisytiharkan SUV Proton X70 sebagai kenderaan peronda rasmi sejak Jun 2020 lagi, di samping kenderaan Proton Inspira dan Preve yang sedia ada.

Justeru kenyataan Kor Ming ditafsirkan sebagai kenyataan menghasut sebagaimana bidasan DS Najib Tun Razak terhadap kenyataannya itu.
Pada saat-saat menjelang PRU15 ini, macam-macamlah hasutan akan terpantul pada mulut pemimpin DAP dan pembangkang yang lain, untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka prihatin dalam soal perbelanjaan negara, sebaliknya semasa mereka berkuasa, mereka memberikan gambaran negara akan muflis pula kerana kerajaan sebelumnya boros konon.
Setelah dibidas, Kor Ming cuba melompat dengan kuntow Cina ulu untuk putar kata-katanya, dengan kenyataan bahawa DS Najib tidak faham soalan dia kerana dia bertanya “kenapa PDRM turut guna model Honda Civic, sedangkan ia bukan kereta buatan Malaysia?”
Persoalannya, apa hak Kor Ming hendak menggangu urusan pemilihan model kenderaan PDRM yang mempunyai jawatankuasa pemilihnya sendiri dalam konteks model kenderaan, kemampuannya, kemantapan, kestabilan di jalan raya, daya tahannya dan kelajuan memecut dalam konteks kenderaan membanteras jenayah.
Nanti sekiranya pihak penjenayah menggunakan model BMW atau Mercedes dan tiada daya saing daripada kenderaan PDRM, Kor Ming akan mengutuk lagi, untuk menonjolkan betapa lembabnya PRDM.
Lebih baiklah Kor Ming letakkan syarat kepada penjenayah supaya jangan gunakan model lain selain daripada model kenderaan cap ayam ‘made in Balakong’.
Kor Ming seharusnya menjawab kenapa kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP semasa Lim Guan Eng memegang tampuk pemerintahan sebagai Ketua Menteri, telah mengguna Mercedes S-Class manakala Exco Kerajaan negeri mengguna Toyota Camry dan tidak Proton Saga buatan negara?
Begitulah juga semasa Chow Kon Yeow menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri PP, kenderaan model Mercedes dan Toyota Camry juga digunakan.
Semasa Guan Eng diangkat menjadi Menteri Kewangan bertaraf ‘kerani akaun cap ayam’, kenapakah dia telah merancang membeli 32 unit Velfire untuk para Menteri dan 4000 unit Honda Accord untuk pegawai tinggi kerajaan yang lain?
Adakah kereta Velfire itu ‘made in Kodiang’?
Oleh itu Kor Ming, cukuplah, jika hendak kritik kerajaan dengan fakta-fakta jitu pun meleset, apatah lagi menjadi pemimpin kerajaan sebagaimana PH telah memerintah selama 22 bulan penuh lintang-pukang, haru-biru, porak-peranda dan kacau-bilau.
******
Tinggalkan Jawapan