VIDEO – KADAR KEHADIRAN PEMILIH YANG RENDAH, ISYARAT PKR AKAN KALAH KERANA KESAN DOMINO

Editorial

25 Mei 2022

Pemimpin PKR meuar-uarkan bahawa ia mempunyai 1.1 juta ahli parti. Sekiranya data ini benar dan direkodkan oleh RoS maka, hebatlah PKR.

Namun sekiranya ia hanyalah suatu data palsu maka RoS seharusnya mengambil tindakan.

Walau bagaimanapun, beberapa media arus perdana telah melaporkan bahawa kehadiran ahli dalam Pemilihan PKR 2022, amatlah rendah.

Misalnya Sinar Harian melaporkan hanya 12% ahli anggota yang telah keluar mengundi yang selesai pada 22 Mei lalu, manakala Berita Harian pula melaporkan hanya 10% sahaja ahli yang tampil mengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, PKR mempunyai 1,118,423 ahli yang layak mengundi namun setakat ini hanya 87,199 atau  7.8 peratus yang telah mengundi. 

Undi fizikal tidak mendapat sambutan iaitu setakat ini hanya 20,813 yang telah keluar mengundi. Manakala, 64,314 anggota telah mengambil bahagian untuk pengundian dalam talian.

Adakah ini benar-benar menunjukkan bahawa kadar keluar mengundi ahli PKR amatlah rendah, atau hakikatnya jumlah ahli PKR sememangnya kecil?

Jika dibuat ‘forensik’ ke atas kadar keluar mengundi yang rendah ini, maka beberapa dapatan boleh dijadikan isyarat kepada masa depan terdekat PKR.

Pertamanya, sekiranya jumlah ahli yang keluar mengundi itu sebegitu kecil, ia juga membenarkan fakta bahawa sejumlah besar ahli iaitu kira-kira 80-90% daripada jumlah yang didaftarkan telah keluar meninggalkan parti atau dengan kata-kata lain, mereka tidak lagi setia kepada PKR.

Fakta ini menjadi benar kerana ia selari dengan kekalahan teruk PKR di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak, malahan pada tujuh PRK sebelum PH tumbang tempoh hari.

Kedua, kadar keluar mengundi pada pentas nasional adalah rendah pada pemilihan PKR mungkin ditandai oleh minat pemilih yang amat rendah terhadap calon-calon yang bertanding.

Lihatlah apa natijahnya menerima kepulangan Rafizi Ramli yang sudah terkenal dengan fitnah hasutan dan pembohongannya, manakala kehadiran Farhash Wafa Salvador, yang dilabelkan sebagai samseng PKR di Gombak untuk menentang MB Selangor, Amirudin Shari juga dilihat sebagai satu pertandingan yang dangkal, meskipun penyokong masing-masing ramai yang keluar mengundi.

Ketiganya, kadar keluar mengundi yang rendah, mungkin juga ditandai oleh kepercayaan yang rendah terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Di sinilah letaknya persoalan sama ada Anwar Ibrahim yang sudah berusia 74 tahun masih relevan atau sewajarnya digantikan sahaja oleh pemimpin pelapis.

Malahan dalam kalangan rakan sekongkol PH sendiri, sudah ada suara-suara yang mendesak agar Anwar meletakkan jawatan dan digantikan dengan tokoh lain.

Usahlah dipersoalkan latar sejarah Anwar sebagai peliwat, penyokong LGBT, penyokong pluralisme agama, serta kes pencabulan baru, dan pendirian bekas PM PH, Mahathir Mohamad yang ‘tidak mahu seorang peliwat menerajui negara’.

Keempatnya adakah keputusan PRN Melaka, Johor dan Sabah telah merencatkan semangat ahli-ahli PKR, lantas hilang sokongan mereka dan mendesak mereka supaya mengabaikan pemilihan parti?

Krisis kepercayaan terhadap perjuangan reformasi juga sudah malap apabila pada hakikatnya reformasi diwujudkan untuk menentang pemimpin diktator, tetapi dengan mudahnya Anwar memadamkan sejarah dan menerima pemimpin kuku besi itu sebagai rakan ‘pakatan’.

Fakta kelima adalah kesan ‘manifesto bukan kitab suci’, fitnah dan hasutan yang diterajui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, janji palsu Anwar sendiri tentang ‘hari ini PH menang, esok harga minyak turun’ dan macam-macam lagi retorik politik yang jijik, telah menyebabkan ahli sedar dan insaf tentang parti yang lahir di tepi jalan ini.

Fakta keenam, ialah kejadian-kejadian yang disifatkan sebagai gengsterisme semasa pemilihan parti, rasuah beli undi, dan pengundi palsu, telah menyebabkan ahli-ahli bosan dengan PKR yang selari dengan simbol ‘mata satu dajal’ yang dijadikan logo parti.

Kesimpulannya, meskipun pandangan ini bukanlah satu ‘forensik politik’ yang emperikal, namun ia adalah isyarat bahawa PKR akan kalah teruk pada PRU15 nanti.

Fenomena politik ini juga merupakan pengaruh ‘kesan domino’ setelah PKR kalah teruk di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: