Editorial
22 Mei 2022
Tidak lama dahulu semasa PH berkuasa, Guan Eng pernah memfitnah rakyat Sarawak bahawa negeri kenyalang itu akan muflis, sama seperti perangai bapanya Kit Siang yang menghasut rakyat bahawa Malaysia akan muflis seperti Sri Lanka.
Bagi pihak rakyat Sarawak, pemimpin SUPP iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak menentut agar pengerusi DAP itu memohon maaf atas fitnah tersebut.
Guan Eng yang pernah membohongi rakyat bahawa dia adalah Akauntan Bertauliah dan kemudiannya dilantik menjadi Menteri Kewangan PH telah membuktikan kebodohannya dalam pengerusan kewangan negara.

Hakikatnya Guan Eng dengan kelulusan yang ada padanya, hanya layak dilantik sebagai kerani akaun sahaja dalam konteks kerjaya hari ini.

Perangai Guan Eng yang suka menghasut rakyat dengan pandangan prejudis terhadap negara dan mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia, selain Pulau Pinang, dilihat seiring dengan gelagat ayahnya yang sedang disiasat PDRM kerana tulisan berbaur hasutan bahawa rumah PM akan dibakar sebagaimana berlaku di Sri Lanka.
Media melaporkan semalam, siasatan Polis terhadap Kit Siang telah dibuat kerana Ciapannya yang diklasifikasikan sebagai hasutan dan mengganggu ketenteraman awam.

Tuntutan maaf SUPP juga tertuju kepada pemimpin DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang ditafsirkan sebagai membenarkan fitnah Guan Eng dan mahu Sarawak muflis.
Kenyataan Guan Eng itu amat mengguris hati rakyat Sarawak dan dia telah membuat ramalan dangkal bahawa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun, iaitu pada tahun 2022.
Gejala fitnah dan hasutan dalam diri Guan Eng sama sahaja dengan Kit Siang yang amat buruk sangka kepada pihak yang tidak menyokong mereka.

Malahan Kit Siang telah menulis dalam bukunya ‘Time Bombs in Malaysia’ sebagai wacana yang melihat Malaysia akan lagi sekali dimusnahkan oleh ‘Tragedi 13 Mei’ dalam konteks perpaduan nasional.
Namun dilihat pada pemerintahan DAP di Pulau Pinang, ribuan kaum Melayu terpaksa berpindah kerana banyak kampong Melayu telah dirampas dan dimusnahkan atas nama pembangunan.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Khere Chiang turut membandingkan kos projek ART Sarawak yang bernilai RM6 bilion dengan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri pula RM6.3 bilion.
Sarawak masih mempunyai rizab berjumlah RM29 bilion, manakala Pulau Pinang hanya mempunyai kurang RM2 bilion dan berdasarkan perbandingan tersebut, Pulau Pinang harus muflis dahulu dan bukannya Sarawak.
******
Tinggalkan Jawapan