Editorial
20 Mei 2022
Kes Yasin Sulaiman yang telah ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya dengan alasan untuk dijadikan ubat bagi penyakit bipolar yang dialaminya telah mendapat ulasan daripada Pengrarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kenyataan Datuk Ayob Khan juga membidas kenyataan Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman, kononnya Yasin Sulaiman akan mendapat sanjungan awam sekiranya dia menetap di Barat.
Nampaknya kenyataan Syed Saddiq boleh diterjemahkan sebagai suatu prejudis dan penghinaan terhadap undang-undang negara.

Berikut adalah sebahagian daripada apa yang telah dimuat turun daripada kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Ayob Khan:
Kalau sesiapa mempunyai masalah kemurungan atau bipolar atau apa juga penyakit, maka dia hendaklah dapatkan rawatan doktor di hospital bukan mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang.
Dia mengalami ketagihan ganja, tak dapat nak beli ganja yang sudah diproses, lantas dia tanam ganja untuk memudahkan dirinya mendapatkan bekalan. Dia pula nak jadi doktor sendiri.
PDRM adalah badan penguatkuasa undang-undang.
Kalaulah ada undang-undang yang mengatakan pemilikan ganja dan penggunaan ganja adalah satu kesalahan ataupun termasuk dalam akta racun, maka ia adalah satu kesalahan untuk memiliki ganja.
Dengan itu PDRM akan mengambil tindakan untuk menangkap siasat dan tuduh di mahkamah selagi undang-undang itu tidak dipinda, dan selagi undang-undang itu menyatakan ia adalah satu kesalahan maka PDRM akan menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang tersebut.
Dalam konteks kesalahan menanam ganja, keslahannya terkandung dalam Seksyen 6B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, menanam pokok ganja adalah satu kesalahan dan kalau disabitkan dengan kesalahan itu makan pesalah akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 6 sebatan.
Seksyen 6B ini boleh diberikan pengecualian oleh Menteri Kesihatan untuk mana-mana Jabatan Awam menanam pkok ganja bagi tujuan kajian, penyelidikan, dan percubaan (eksperimen) perubatan.
Setakat ini kajian telah menunjukkan bahawa ganja ini memang membawa kesan psikoaktif, sakit jantung dan sebagainya.
Sekiranya ada mana-mana individu yang ada masalah seperti kemurungan keresahan, gangguan bipolar, dan sebagainya maka dia perlu dapatkan rawatan di hospital melalui pakar psikatri, dan pakar ini yang menentukan dos pengambilan ganja itu.
Bukan individu yang sakit itu menanam pokok ganja wewenangnya dan dia pula yang menentukan sendiri dos atau berapa bayak ganja yang dia perlu ambil untuk mengubat ketagihan atau penyakitnya. Dia nak jadi doktor sendiri? Macam penagih yang cucuk sendiri.
Ikut lojikpun pihak yang menanam ganja itu pun sudah jelas tidak betul (salah).
Jika kita ada masalah, pergilah jumpa doktor. Jika mengambil dan bertindak sendiri sebegitu, maka semua orang bolehlah tanam ganja.
Hal ini jelas bagi PDRM, dan PDRM akan bersikap tegas, dan kami akan mengambil tindakan.
Sama ada tertuduh akan dikenakan hukuman dalam perbicaraan mahkamah sehingga dia disabitkan atau tidak disabitkan, maka itu bukan urusan PDRM.
Contohnya dalam kes (Nevin Tan) anak hartawan (Vincent Tan), pihak PDRM mencadangkan dia dituduh di bawah Seksyen 6B (tanam ganja) dan 39B (mengedar dadah), dan kertas siasatan dihantar kepada pihak Peguam Negara.
Namun kes telah ditukar oleh Pejabat Peguam Negara kepada Seksyen 15(1) Akta Penggunaan Dadah.

Keputusan mahkamah, bukan urusan PDRM itu urusan badan kehakiman.
Kalau ada yang prejudis bahawa PDRM memilih dan mengambil tindakan berbeza ke atas ikan jerung dan ikan bilis, itu tidak benar kerana dalam statistik PDRM terdapat semua lapisan, iaitu golongan kelas atasan, Jabatan Awam dan juga kelas bawahan.
PDRM akan tangkap jika ada kes yang jelas dalam siasatan, buka kertas siasatan dan ajukan kepada pejabat Peguam Negara.
Tidak ada istilah sambil lewa pada jerung dan sebagainya itu adalah tidak benar. PDRM akan tangkap jika ada kes.
Masyarakat harus ingat dalam konteks kes dadah, bukan hanya PDRM sahaja yang terlibat, sebaliknya banyak agensi lain yang terlibat, jangan lihat hanya kelemahan pihak PDRM sahaja.
Jika sah ada kes dalam isasatan PDRM maka tindakan akan diambil tidak kira ke atas sesiapa juga, malah ada kes di Johor yang melibatkan Inspektor Polis bahagian narkotik, mereka dibuang kerja dsb.
Tidak ada tolak ansur jika mereka terlibat.
******
Tinggalkan Jawapan