KIT SIANG SAMAKAN MALAYSIA DENGAN SRI LANKA UNTUK BENARKAN STRATEGI ‘BUMI HANGUS’ DAP

Editorial

19 Mei 2022

Lim Kit Siang yang layak diberikan gelaran ‘Bapa Prejudis Malaysia’ tidak lekang daripada sikap buruk sangkanya terhadap negara yang dipimpin oleh pihak yang tidak mahu bersekongkol dengannya.

Apatah lagi pemimpin utama negara bukan daripada bangsa DAP.

Malahan dia telah menulis buku bertajuk ‘Time Bombs in Malaysia’ untuk mewajarkan peristiwa berdarah 13 Mei yang pada firasat akan berulang kembali.

Hakikatnya sekiranya sikap dan tingkah pemimpin DAP yang rakus, sebagaimana lagaknya pemimpin DAP seperti diperakui Mahathir, mungkin kesabaran kaum Melayu-Islam-Bumiputera tidak akan dapat dibendung.

Puak bangsa DAP bertingkah-laku sebagaimana gerila komunis berkuasa selama 2 minggu selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua di Tanah Melayu, sebelum kedatangan semula British untuk menganugerahkan kemerdekaan.

Mereka membunuh wewenangnya sesiapa sahaja yang mereka dendami dan mereka syaki bersekongkol dengan pihak British semasa Jepun menjajah.

Sedangkan kaum Melayu sedar bahawa matlamat Parti Komunis Malaya adalah untuk melaksanakan ideologi komunisme, dan menjadikan negara ini negara komunis.

Buruk sangka atau prejudis Kit Siang kali ini, adalah menyamakan kedudukan ekonomi Malaysia setara dengan Sri Lanka dan dengan itu Malaysia juga akan muflis.

Tetapi Kit Siang tidak nampak, mungkin kerana matanya yang terlalu sepet, bahawa Malaysia jauh daripada kesetaraan dengan Sri Langka kerana KDNK Malaysia tidaklah sama dengan Sri Langka, malah negara pulau kecil itu menghadapai masalah pinjaman asing dalam mata wang asing.

Sebagaimana kenyataan PM sehari dua lalu, KDNK negara telah meningkat sebanyak 5% berbanding sebelumnya.

Kit Siang buta tentang kebobrokan ekonomi semasa anaknya, yang merupakan ‘Akauntan Tidak Bertauliah’ menguruskan ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, sehingga mengisytiharkan bahawa negara akan muflis kerana hutang negara dispekulasikan sebagai RM1 trilion.

Kontradiknya selepas PH jatuh segalanya terbongkar apabila Tengku Zafrul mendedahkan sebaliknya, berbeza dengan pejudis yang dicanangkan oleh anaknya Lim Guang Eng.

Mungkin taktik ‘prejudis’ untuk menakutkan rakyat menjadi modus operandi Kit Siang bagi mendesak kemarahan rakyat supaya memberontak menentang kerajaan.

Apabila Kit Siang menyamakan pemberontakan rakyat Sri Lanka sehingga membakar rumah PM, dia mengatakan “protes terhadap kerajaan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat di Malaysia, tetapi ia adalah sesuatu yang tidak mustahil.

“Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063”

Sungguh aneh apabila Kit Siang amat prihatin terhadap Malaysia pada jangka waktu dia sudahpun reput dalam kubur sedangkan rakyat di Pantai Timur sedang menganyam kegembiraan dengan siapnya ECRL pada 2026 manakala rakyat Sabah dan Sarawak sedang menunggu siapnya lebuh Raya Pan Borneo tanpa sebarang tol tidak lama lagi.

Tempoh hari Timbalan Menteri Pertahanan DAP, Liew Chin Tong secara tidak sengaja mendedahkan modus operandi bangsa DAP tentang strategi peperangan ‘bumi hangus’ yang akan memusnahkan segala aset serta keperluan biologikal dan spiritual pihak musuh mereka.

Modus ‘bumi hangus’ juga adalah strategi, gerakan dan tindakan yang digunakan ke atas Iraq oleh Amerika semasa dan selepas Perang Teluk, untuk melumpuhkan Iraq dan menjadikannya negara papa kedana.

Apakah itu strategi bangsa DAP untuk merealisasikan ‘prejudis’ Kit Siang, meskipun pada ulang tahun Kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang ke-100 pada 2057 dan 2063 itu, dia sudahpun reput dalam tanah.

Di Malaysia, Chin Tong menuduh UMNO, MCA dan MIC telah melumpuhkan segalanya sebelum kalah dalam PRU14, namun apa yang sebenarnya yang diujarkan hanyalah retorik politik dan fitnah semata-mata.

Sebaliknya DAP-lah yang telah bertindak melumpuhkan kestabilan politik negara dengan strategi fitnah dan pembohongan.

Kontradiknya sebelum PRU14 aset negara adalah kukuh, ekonomi negara adalah kedua terbaik di rantau ini, dan berada di belakang China.

Sebagaimana rekod pada 5 April 2018 sebelum BN jatuh di tangan PH-DAP, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara dunia).

Status tersebut diperakui oleh agensi penarafan antarabangsa, Moody’s, Standard & Poor. Malahan Fitch Group Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran yang amat stabil pada skor A bagi tahun penilaian 2017.

Indeks Daya Saing Global (GCI) 2017 pula menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-23 paling berdaya saing daripada 137 negara dengan perkhidmatan awam Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Nilai Ringgit Malaysia berbanding USD ketika itu adalah USD3.0, antara yang terbaik dalam sejarah.

Namun hari ini nilai Ringgit jauh lebih rendah dengan kadar USD4.40 setelah dirosakkan PH dan rakan sekongkolnya Muhyiddin Yassin selepas PH tumbang.

Amat memalukan apabila kini nilai Bath Thailand naik berganda lebih baik daripada Ringgit.

Bursa saham Malaysia di bawah DAP-PH adalah terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, cukai SST hanya retorik politik dan kini GST mahu dikitar semula.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: