HAKIM WENG KWAI MAHU SPRM DEDAH SEGERA HASIL SIASATAN TERHADAP NAZLAN

Editorial

19 Mei 2022

Setelah bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membidas pihak yang cuba melindungi siasatan ke atas Hakim Nazlan, kini bangkit pula bekas Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Mah Weng Kwai meluahkan perasaan beliau terhadap pencabulan keluhuran dan integritI badan kehakiman yang cuba menyekat siasatan SPRM.

Mah Weng Kwai berkata, “Isu berkenaan siasatan terhadap hakim Nazlan telah menjadi isu kepentingan awam.”

“Ia perlu didedahkan kepada orang awam dan seluruh negara.

“Pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik badan kehakiman” tegas YAA Weng Kwai.

Kenyataan YAA Mah Weng Kwai itu adalah pandangan kedua daripada tokoh kehakiman negara selepas kenyataan yang dibuat oleh bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang menolak sebarang sekatan siasatan meskipun ke atas hakim.

Pandangan tokoh seperti YAA Mah Weng Kwai mempunyai kredibiliti, berwibawa, dan amat signifikan kerana beliau adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan juga bekas Presiden Majlis Peguam.

Kenyataan Meng Kwai sebagaimana tersiar dalam Malaysia Today, mahu siasatan SPRM ke atas Nazlan didedahkan kepada masyarakat awam secepat mungkin kerana ia mempunyai kepentingan awam.

Secara tidak langsung pandangan Mah Weng Kwai adalah kontradik dengan pandangan Ketua Hakim Negara YAA Tun Maimun Tuan Mat yang mentafsirkannya sebagai mencabuli kesucian badan kehakiman.

Sebaliknya bagi YAA Weng Kwai, kes Nazlan telah menjejaskan integriti badan kehakiman negara.

Pada 22 April, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia telah membuka kertas siasatan berikutan laporan yang dibuat mengenai transaksi kira-kira RM1 juta ke dalam akaun bank Nazlan.

Nazlan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu, mengatakan ia “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dan bertujuan untuk menjejaskan kredibilitinya sebagai hakim.

Sebaliknya Weng Kwai, membidas bahawa orang ramai masih belum dimaklumkan tentang hasil siasatan SPRM sama ada terdapat wang sedemikian dalam akaun bank Nazlan, walaupun laporan polis telah difailkan pada Mac dan April.

“Kini sudah pertengahan Mei, sudah tentu tidak sukar bagi SPRM mendapatkan semua penyata bank milik Nazlan,” katanya pada sidang media hari ini.

Nazlan, yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017, dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 3 Feb 2022.

Beliau adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd dua tahun lalu.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengesahkan sabitan itu, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana salah guna kuasa dan menyeleweng dana sejumlah RM42 juta milik SRC. Rayuan Najib masih belum selesai di Mahkamah

Kenyataan YAA Weng Kwai sangat signifikan kerana orang awam akan membuat spekulasi sendiri dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kes tersebut mempunyai kepentingan awam.

Sekiranya pada kes Najib Razak, semuanya didedahkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan walaupun Najib Razak adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, maka tiada sebab siasatan terhadap Nazlan tidak boleh didedahkan.

Nazlan disiasat atas penglibatan langsung yang diterjemahkan oleh khalayak media sebagai suatu kemungkinan bahawa dia telah menerima sogokan wang di dalam akaunnya sejumlah lebih RM1 juta yang dikatakan diterima daripada Jho Low yang kini masih bebas.

Nazlan juga disiasat kerana wang terbabit diterima Ketika menjawat jawatan sebagai General Council di MayBank.

Kedudukan keputusan kes Najib boleh dirombak jika didapati Nazlan sah telah menerima sogokan atas kapasitinya sebagai General Council MayBank dan pegawai yang meluluskan penubuhan syarikat SRC.

Tiada siapapun yang maksum dan bebas daripada tindakan mahkamah serta siasatan SPRM demi keadilan.

Namun kontradiknya siasatan ke atas DS Najib dibuat dengan kadar yang amat pantas seelok-elok PH berkuasa, meskipun siasatan dikatakan belum lagi lengkap.

Menjejaskan lagi tuduhan ke atas Najib apabila penubuhan SRC adalah atas saranan Najib, tetapi sebaliknya ia adalah saranan MayBank dan Nazlan sebagai General Council.

Namun, Nazlan seperti cuba dilindungi oleh pihak badan kehakiman yang dilihat mencacatkan kedudukan badan itu sendiri sebagai penegak keadilan dan kesaksamaan.

Hakim Maimun mendakwa tindakan SPRM adalah bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, sedangkan siasatan ke atas Nazlan adalah dalam bidang kuasa SPRM.

Sudah ada banyak precedence apabila hakim didakwa oleh SPRM mahupun PDRM dan didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah.

Malahan sebelum ini sudah ada Hakim yang didakwa kerana salah guna kuasa dan rasuah sebagaimana berlaku di Kuantan dan Kuala Kubu Bahru.

Kini, telah terbangkit banyak keraguan terhadap tuduhan ke atas DS Najib selain maklumat yang cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa dari pengetahuan pihak pembela, seolah olah pendakwa takut ia boleh memenangkan pihak pembela.

Malahan bahan bukti pembelaan telah ditolak oleh pihak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Lantas ia membenarkan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa bapanya Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin telah merancang suatu konspirasi menjatuhkan Najib sejak 2014 lagi.

Adakah konspirasi sedemikian merupakan keadilan baik kepada Najib mahupun kepada keluhuran badan kehakiman negara?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: