Editorial
18 Mei 2022
Sungguh menjengkelkan apabila Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan saranan DS Najib supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy yang sedang berhadapan dengan status muflis.
Hakikatnya saranan DS Najib adalah demi menyelamatkan pelaburan ASB dalam Sapura.

Isu menyelamatkan Sapura pada hakikatnya ialah isu yang menjadi tanggungjawab kerajaan setelah PH mengambil alih 60% daripada saham Sapura dan mengangkatnya menjadi badan GLC kerajaan.
Dengan tarafnya sebagai syarikat ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia, ia harus diselamatkan kerana kira-kira 10.6 juta pendeposit ASB kini bergantung pada aktiviti industri petroleum Sapura, serta 3,000 syarikat vendor tempatan, dan 10,000 pekerja tempatan yang akan turut terjejas sekiranya Sapura muflis.
Mahathir lupa bahawa semasa dia menjadi Perdana Menteri, dialah yang menjadi bapa bailout termasuk syarikat perkapalan ‘Konsortium Perkapalan Berhad’ milik anaknya Mirzan Mahathir yang juga pemilik Petron Malaysia dan Petron Corporation.

Keadaan menjadi lebih lucu apabila anaknya Mukhriz Mahathir yang dilabelkan sebagai bekas MB Kedah yang gagal, juga cuba menyalahkan DS Najib sebagai pemimpin yang mahu menyalahgunakan rizab negara untuk menyelamatkan Sapura yang hakikatnya adalah GLC kerajaan.
Lantas bantahan Mahathir dan Mukhriz ke atas saranan DS Najib adalah satu hipokrasi yang amat nyata.

Rakyat masih ingat apabila pada tahun-tahun 1980-an setelah dia diangkat menjadi PM, Mahathir telah menswastakan hampir semua jabatan kerajaan seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekomunikasi Malaysia, Jabatan Perkhimatan Pos, Jabatan Air dan dengan dasar penswastaan wujudlah TV3, Universiti dan Kolej Swasta, hopital swasta yang mencekik darah, lebuh raya swasta dan macam-macam lagi.
Tidak pernah ada perkhidmatan air kumbahan (Indah Water Konsortium) kerana ia juga menjadi tanggunggung jawab Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Alam Sekitar, kecuali demi mengkayakan kroni-kroni Mahathir.
Dasar penswastaan Mahathir telah mencekik leher rakyat dengan bil-bil perkhidmatan yang meningkat saban masa.
Sejak awal ia diswastakan, IWK telah menghadapi masalah kewangan, apabila menanggung hutang sebanyak RM700 juta, lantas rakyatlah yang menjadi mangsa.
Tidakkah Mahathir juga lupa bahawa dia telah ‘bailout’ Konsortium Perkapalan Berhad (dimiliki oleh Mirzan Mahathir) dan yang mempunyai hutang sebanyak RM1.7 bilion, menggunakan dana daripada Petronas?
Mahathirlah juga yang menjual Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tanpa tender terbuka kepada Tajuddin Ramli yang tidak tahu apa-apa tentang pengendalian syarikat penerbangan dan kemudiannya menyelamatkan Tajuddin dengan membayar RM8 sesaham sedangkan saham itu didagangkan pada harga rendah iaitu hanya RM3.60 di pasaran terbuka.
Mahathir juga telah mengorbankan wang rakyat apabila menyelamatkan Time Dotcom Bhd yang dibebani dengan hutang RM5 bilion.
Mahathir juga yang bailout Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA) milik Renong dan Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR) menggunakan hampir RM600 juta daripada KWSP yang masih menyebabkan KWSP terpaksa hapus kira RM135 juta dengan kerugian saham RM96 juta?
Mahathir jugalah yang menganugerahkan konsesi Lebuhraya Utara Selatan kepada UEM (yang kemudiannya membentuk PLUS) dan kemudian memberikan mereka pinjaman sebanyak RM1.6 bilion iaitu separuh daripada harga tender RM3.2 bilion.
Apakah alasan untuk Mahathir memberikan PLUS terma yang terlalu mahal yang termasuk kenaikan tahunan kadar tol dan peningkatan jumlah trafik yang dijamin?

Apakah asas Mahathir memberikan kontrak kepada Ekran Bhd untuk membina Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak tetapi kemudian mengambil alih pembinaan empangan itu dengan menyelamatkan Ekran hampir RM200 juta untuk kerja yang tidak siap?
Bagaimana pula dengan ‘bailout’ Maminco di pasaran bijih timah London yang sebaliknya Maminco kerugian RM150 juta?
Tidakkah Mahathir yang menjadi teraju kepada skandal Forex-BNM dalam pasaran pertukaran matawang asing yang akhirnya menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian hampir RM9.3 bilion?
Mahathir juga harus jawab isu skandal Perwaja Steel dan berapa banyak dana awam telah digunakan untuk ‘bailout’ Perwaja Steel ini?
Mahathir juga telah mencekik leher rakyat apabila memaksa Tenaga Nasional Berhad menerima syarat yang amat tidak adil dan tidak wajar untuk membeli tenaga daripada pengeluar tenaga swasta?

Mahathirlah juga yang telah menswastakan kedai perubatan kerajaan kepada Southern Task Sdn Bhd yang kemudiannya menaikkan harga ubat yang dilihat membebankan rakyat.
Lantas tak usahlah Mahathir dan Mukhriz hendak hentam dan menghina DS Najib hanya kerana Najib mahu menyelamatkan Sapura Energy dan wang deposit 10.6 juta milik Melayu-Bumiputera dalam saham ASB.
******
Tinggalkan Jawapan