SEJAK 2014 SERING BERLAKU PERGADUHAN SEMASA PEMILIHAN PKR, ANWAR TAK BUAT FORENSIK?

Editorial

17 Mei 2022

Pada Pemilihan PKR 2020, ibu pejabat PKR di Tropicana bagaikan dilanda ribut-taufan apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil maki-hamun, menjerit-jerit dengan api kemarahan, “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan telah menikam parti itu dari belakang.

Mereka seperti diserang ‘sawan babi’ apabila membelasah Naib Presiden, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin.

Dimuat turun daripada The Star

Nampaknya persepsi rakyat bahawa PKR sebagai parti yang melahirkan golongan samseng, yang dikatakan lahir di jalanan, tanpa mengenal ketamadunan, apatah lagi dipimpin oleh seorang bekas banduan, adalah jelas dan nyata.

Tingkah-laku samseng, bergaduh sesama sendiri sebagaimana dilihat pada Kongres AMK PKR 2019 di Melaka, sehingga ada yang parah-berdarah, bukan lagi perkara yang aneh bagi ahli-ahli PKR.

Rakyat tidak seperti bekas PM tua Malaysia yang mudah lupa rakaman sejarah yang berentetan tentang sikap tidak bertamadun ahli PKR, baik yang muda mahupun yang dewasa.

YB Fahmi Fadzil, ahli parlimen PKR Lembah Pantai, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti yang diasaskan oleh gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim itu “merupakan parti yang lahir di atas jalan raya.”

Maka rakyat juga tidak hairan jika tingkah-laku ahli-ahli PKR seperti samseng jalan raya juga.

Rakyat juga tidak lupa tentang peristiwa berdarah pada hari Pemilihan PKR di Kuala Langat 2014. Oleh ktidak berpuas hati, atau mungkin kerana diupah, anggota JPP, ahli PKR dibelasah oleh penyokong pemimpin tertentu dalam kem PKR yang dikepalai oleh dua pemimpin yang bermusuhan.

Anggota JPP,PKR dibelasah oleh ahli yang tidak berpuas hati
Dimuat naik daripada YouTube

Persepsi yang sama juga dilontarkan oleh Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak apabila segelintir pemimpin berjawatan tinggi dalam PKR gemar menimbulkan kekacauan.

Tapi hakikatnya Farhash sendiri pernah diburu polis kerana terlibat dalam pergaduhan di kompleks sukan Ampang awal September lalu (2019).

Pada 2019, Rafizi lari ketakutan dengan amokan ahli PKR semasa pemilihan parti di Keningau Sabah. Rafizi dilaporkan telah dipukul oleh ahli yang marah kerana mempercayai ada unsur penipuan dalam pemilihan parti.

Insiden berdarah juga berlaku di Seberang Jaya semasa Pemilihan PKR 2018 apabila terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan lantas membaling kerusi dan hinggap di kepala seorang ahli.

Pergaduhan itu tercetus apabila ahli PKR yang hadir pada sidang media itu menjerit dan membantah keputusan pemilihan dan mengesa keputusan dibatalkan selepas berlaku masalah dalam proses pemilihan di beberapa pusat di negeri terbabit.

Pergaduhan juga berlaku semasa Pemilihan PKR di Merbok Kedah pada 2018.

Memang benarlah sebagaimana kata Fahmi, pergaduhan serta tingkah-laku yang tidak bertamadun telah menjadi ‘resmi’ dalam parti PKR yang dilahirkan di jalanan.

Terkini pemilihan PKR 2022 yang bermula sejak 13 Mei lalu juga telah dicemari dengan kekecohan dan pergaduhan di beberapa negeri ketika pengundian dijalankan.

Pemilihan di Port Dickson kecoh sehingga FRH dikerah untuk menyekat sebarang kejadian yang tidak diingini.

Proses pengundian telah dicabuli dengan protes yang dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa bukan kumpulan ‘MB’.

Mereka tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang didakwa memihak kepada calon yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Di Rembau Negeri Sembilan, beberapa ahli PKR mendakwa sistem pengundian dalam talian membenarkan ahli baru mengundi tetapi perlembagaan PKR mensyaratkan mereka tidak layak berbuat demikian.

Di Pulau Pinang dan Perlis, mereka sesama ahli pun bergaduh kerana ‘pondok panas’ promisi calon didirikan terlalu berdekatan antara satu dengan yang lain.

Gan Ay Ling, penyandang Timbalan Ketua Cabang PKR Kangar, mendakwa pondok panas milik dua lagi calon, Noor Amin Ahmad dan Amar Amran terletak kurang 200 meter daripada lokasi pengundian, iaitu jarak minimum yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR.

Di Cabang PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, kekecohan dilaporkan berlaku kerana provokasi antara kumpulan yang memancing pengundi bagi menyokong calon mereka.

Jelas gejala budaya gaduh dalam Pemilihan PKR bukanlah perkara baharu, ia seakan-akan sudah menjadi darah-daging PKR.

Mengapa Anwar tidak buat ‘forensik’ dan bedah-siasat untuk mempertahankan integriti PKR yang dikatakan berdiri atas paksi ‘keadilan’.

Jika pergaduhan, rusuhan, dan amokan menjadi ‘resmi’ PKR di samping sikap suka memburuk-burukkan rakan dalam parti, bagaimanakah rakyat boleh diyakinkan dengan keupayaan Anwar untuk memegang tampuk pemerintahan sebagai PM?

Atau adakah kerana PKR dilahirkan dengan hanya ‘satu mata’ sahaja?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: