ANWAR, FORENSIKLAH DAHULU HANTU DALAM PKR, SEBELUM SIBUK DENGAN RETORIK DAN KELINGTONG KAMU

Editorial

16 Mei 2022

Pemilihan PKR yang telah bermula pada 13 Mei sehingga 22 Mei ini sedang dicabul oleh pengundi hantu dalam kalangan penyokongnya sendiri.

Isu dan polemik tentang pengundi hantu dalam PKR bukan perkara baharu tetapi telah pun meletup pada Pemilihan PKR 2018 lagi.

Apakah yang DS Anwar Ibrahim telah buat untuk memforensik masalah dan kemelut ‘pengundi hantu PKR’ ini yang berleretan kepada Pemilihan PKR 2022 yang sedang berlangsung?

Semasa debat ‘Isu Sapura Energy’ bersama DS Najib, sebagaimana biasa Anwar berlagak seperti dia amat prihatin dan peka terhadap isu yang melanda negara, sedangkan apa yang berlaku dalam kelambu parti sendiri tidak dapat diselesaikan dan diabaikan.

Pastinya pemerhati masih ingat apabila dia berkata “esok kita akan berjumpa Peguam Negara untuk menyemak semula kes Forex-BNM” yang hakikatnya melibatkan Raja Penyamun Malaysia, Mahathir Mohamad yang merupakan konconya dalam PH.

Anwar juga sibuk dengan saranan ‘forensik’ ke atas Sapura, sedangkan isu utama ialah menyelamatkan Sapura daripada muflis sebelum Jun ini, dan soal forensik sebagaimana amalan jabatan Bomba, mahupun PDRM yang hanya wajar dan biasa dilakukan setelah mangsa terkorban atau tersungkur di hospital.

Lantas taktik forensik yang Anwar cadangkan tidak akan menyelamatkan Sapura.

Baru-baru ini sebelum berlangsungnya Pemilihan PKR, Naib Presidennya Rafizi Ramli telah membangkitkan isu 54,000 ‘pengundi hantu’ dalam PKR.

ADUN PKR Rawang, YB Gan Pei Nei pernah membuat laporan polis mengenai pengundi hantu dalam PKR pada Okt 23 2018.

Kemudiannya, media arus perdana seperti Bernama, MyMetro dan beberapa lagi telah melaporkan kewujudan ‘pengundi hantu PKR’ di Selayang dan beberapa cabang lagi.

Bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin juga pernah mendakwa bahawa ada pihak menggunakan taktik kotor pengundi hantu dalam pemilihan PKR di Gombak yang turut dicemari kekecohan termasuk membabitkan kejadian memukul sesama ahli.

Pada 2013 Anwar pernah memfitnah BN menggunakan ‘pengundi hantu’ yang diimport daripada Bangladesh, sehingga blok pembangkang mengadakan demonstrasi ‘Blackout 505’, tetapi nampaknya pengundi-pengundi hantu itu sudah meresap masuk ke tubuh PKR sendiri.

Sebagaimana dakwa Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, pelbagai insiden yang melanda ketika pemilihan PKR termasuklah kewujudan pengundi hantu menunjukkan apa yang diperkatakan kepada Barisan Nasional (BN) sebelum ini tersimbah ke muka PKR sendiri.

Kekecohan demi kekecohan serta pelbagai dakwaan lain oleh kalangan pimpinan mereka sendiri menunjukkan parti terbabit telah dihinggapi dengan pelbagai unsur skandal menjadikan parti tersebut penuh dengan kontroversi.

Lantas Anwar harus memforensikkan partinya dahulu sebelum kelingtong kepada rakyat untuk menunjukkan keprihatinan dan keefisienannya sebagai pemimpin.

Pada debat ‘isu Sapura’ yang baharu lalu, rata-rata majoriti penganalisis dan pemerhati melihat Anwar gagal membentangkan fakta ekonomi sebaliknya sebagaimana biasa dia hanya beretorik, atau dalam bahasa pasar dia hanya bijak ‘kelingtong’.

Kosa kata ‘forensik’ telah menjadi kata kunci Anwar, dan kini menjadi klise dalam medsos sebagai sindiran kepada Anwar.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: