PENGHINA MAHKAMAH SYARIAH HARUS DIAJAR SECUKUPNYA

Editorial

15 Mei 2022

Tindakan segolongan masyarakat yang dilihat sebagai anti-Islam, memperjuangkan kebebasan seks luar tabii dan hak asasi manusia, kini cuba mengganggu-gugat keputusan Mahkamah Syiah.

Apabila mereka diberi ruang sedikit, mereka akan menuntut lagi sebagaimana ‘diberi betis hendakkan paha’.

Ia sama seperti DAP yang cuba mencabar hak kaum pribumi, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan, sehingga membawa kepada usaha mereka untuk meratifikasikan ICERD.

Mereka membandingkan Malaysia dengan Arab Saudi dan Indonesia sebagai negara Islam yang menyokong ICERD sedangkan kedua-dua negara tersebut tidak terlibat dengan prinsip ‘jus soli’, apabila kaum pribumi memberi ikhsan kepada kaum pendatang asing untuk bermastautin di Tanah Melayu dengan syarat menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mahu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia iaitu konsep sama rata yang cenderung kepada komunisme.

Terkini PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam) melihat terdapat tindakan menghina dan memfitnah Mahkamah Syariah dengan agenda halus menjatuhkan kredibiliti serta menghakis kepercayaan rakyat terhadap kedaulatan Undang-Undang Syariah dan agama Islam.

Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahaya mendakwa, tindakan itu satu penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu dan DYMM Agong selaku Ketua Agama di peringkat negeri dan Persekutuan.

Tindakan Mahkamah Syariah terhadap Maria Chin memberi isyarat bahawa ahli legislatif perlu lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara tujuh hari ke atas Maria Chin berkuatkuasa serta-merta.

Hakim Mohamed Faouzi Mokhtar menjatuhi hukuman tersebut selepas mendapati Ahli Parlimen Petaling Jaya itu telah menghina mahkamah berkait dengan kes membabitkan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emelia Hanafi.

Dalam pada itu, PEMBELA melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan Maria Chin selaku seorang wakil rakyat yang telah menjadi contoh buruk dan mampu mendorong kelompok-kelompok tertentu untuk bertindak dan prejudis terhadap perundangan Islam.

“PEMBELA khuatir ia akan terus menjadi rakus memperlekeh perundangan Syariah di Malaysia yang pada mutakhir ini semakin menjadi-jadi,” katanya.

“Mahkamah Syariah hendaklah tegas memberi penghakiman tanpa campur tangan pihak luar ataupun dalaman mereka sendiri.

“Mahkamah Syariah juga tidak seharusnya diberi tekanan oleh mana-mana pihak di dalam membuat keputusan yang adil,” katanya.

PEMBELA juga mempersoalkan status pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU355 yang telah dipandang sepi oleh parti politik yang kononnya membawa panji Islam, tetapi mendiamkan diri setelah berkuasa.

PEMBELA juga menyeru rakyat Malaysia agar sensitif dan cakna terhadap isu-isu semasa terutamanya yang menggugat maruah dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja-Raja Melayu sebagai payung agama.

Bekas Pengerusi Kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin menuntut agar Mahkamah Syariah menambah hukuman penjara tujuh hari terhadap Maria Chin berhubung penghinaannya terhadap keputusan Mahkamah Syariah.

Faisal berkata, rayuan Maria terhadap hukumannya tidak seharusnya dipertimbangkan kerana “dengan secara terang-terangan tidak menghormati” melalui apa yang ditunjukkannya kepada badan kehakiman syariah.

Maria didapati bersalah menghina keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang menjatuhi hukuman penjara ke atas bekas isteri Faisal.

Maria seakan tidak mempunyai rasa kesal atau menyesal atas tindakannya.

Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak rayuan Maria sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang telah mencemarkan imej dan integriti Mahkamah Syariah.

Maria Chin didakwa menghina Mahkamah Syariah berhubung catatan blog pada September 2019 yang mengatakan “Wanita Islam masih didiskriminasi bawah sistem perundangan syariah Malaysia.”

Hantaran itu berhubung keputusan Mahkamah Syariah menjatuhi hukuman penjara ke atas seorang janda kerana melanggar arahan mahkamah dalam kes penjagaan bersama anak-anaknya dengan bekas suami.

YAA Hakim Fouzi Mokhtar menegaskan Maria sebagai ahli Parlimen sepatutnya menggunakan sumber yang ada untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai prosiding sebelum mengkritik.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: