SELEPAS ANWAR TERSUNGKUR, ISHAM PULA CABAR MAHATHIR UNTUK WACANA TERBUKA

Editorial

14 Mei 2022

Setelah debat Anwar lawan Najib dalam isu menyelamatkan Sapura Energy, kini Ketua Penerangan UMNO Selangor Isham Jalil, pula mencabar Tun Mahathir untuk wacana terbuka.

Mungkin ada yang mengatakan Mahathir tidak mempunyai kudrat lagi untuk berhujah dalam sesi wacana terbuka sedemikian, apatah lagi sekiranya pandangan beliau dicabar dan salah guna kuasa semasa menjadi PM selama 22 tahun 22 bulan didedahkan.

Malahan akhir-akhir ini jelas terlihat bagaimana Mahathir tercungap-cungap untuk berhujah baik di Parlimen mahupun dalam sebarang sidang media.

Namun sebagai ahli parlimen, yang masih terhegeh-hegeh mempertahankan kerusinya, malah mahu dicalonkan sebagai PM lagi sekali sekiranya ada sokongan, maka Mahathir wajar menyahut cabaran Isham itu, walaupun sudah berusia 96 tahun.

Mungkin pihak ambulans dan pakar perubatan IJN perlu sama berada dalam dewan wacana sekiranya ia menjadi realiti.

Isham mencabar Mahathir untuk berdebat dengannya secara terbuka dengan tujuan membincangkan hala tuju negara secara ilmian dan berhemah.

Sebagaimana kata Isham, “Kepada Yang Berhormat Tun Mahathir, dengan segala hormat saya ingin menjemput Tun untuk berwacana dengan saya pada bila-bila masa yang Tun berkelapangan. Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan hala tuju negara secara ilmiah dan berhemah.

“Contohnya berkenaan isu matawang ringgit yang kian lemah, soal ekonomi, isu ‘Rule of Law’, dan masa depan Malaysia dan cadangan-cadangan penyelesaiannya,” cabar Isham, hari ini.

Sekiranya sedemikian rupa platform wacana yang Isham mahukan, pastinya Mahathir akan terperangkap dengan jerat Isham untuk menelanjangkan salah guna kuasa, rasuah, kronisme, nepotisme serta authorianisme Mahathir semasa dia berkuasa dahulu dan terkini.

Sebagai mewakili golongan muda di negara ini Isham mahu sekurang-kurang Mahathir menjawab pelbagai kemusykilan yang menjadi polemik dalam medsos.

“Oleh itu daripada Tun dan saya asyik komen dan berbeza pandangan di Facebook sahaja, mungkin elok kita bersemuka dan bertukar pandangan secara terbuka.

“Wacana ini mungkin akan dapat mencambahkan pemikiran dan membantu rakyat melihat pandangan-pandangan dan penyelesaian dari perspektif generasi Tun dan juga generasi saya untuk kepentingan masa depan Malaysia. Jika Tun sudi, kami amatlah berbesar hati,” kata Isham lagi.

Sebelum ini ramai yang menuding jari pada Mahathir sebagai tokoh yang secara tersembunyi merupakan ‘tangan ghaib’ dalam pelbagai isu yang dikaitkan dengan konspirasi menjatuhkan DS Najib sehingga kepada campur tangan politik dalam badan kehakiman negara serta perlindungan terhadap kroni-kroninya.

Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, semasa PH berkuasa dan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat adalah antara persoalan yang menjadi perdebatan dalam medsos.

Perkara yang amat ketara adalah apabila Mahathir mengarahkan Gopal Sri Ram menemui Peguam Negara (bekas) Apandi Ali untuk menahan Najib tanpa sebarang alasan perundangan.

Mungkin semua persoalan ini boleh Mahathir jawab dengan jujur sebagai seorang Muslim yang takut kepada balasan Allah di akhirat kelak dan sebagai seorang Muslim yang perlu menafikan sebarang dakwaan yang ditanggapi sebagai fitnah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: