HADI AWANG DAN PEMIMPIN PAS SUDAH DIJANGKITI VIRUS HIPOKRASI

Editorial

14 Mei 2022

Sudah sering kali khalayak media mempertikaikan bagaimana ‘fatwa’ Abdul Hadi Awang boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa PAS.

Kenyataan Presiden PAS itu berubah-ubah dan menjadi cemuhan orang ramai berikutan kenyataan terbaharunya bahawa ‘Haram bekerjasama dengan musuh’ setelah Muhyiddin mencari ruang kerjasama dengan PH.

Anehnya sebelum ini Abdul Hadi pernah mengeluarkan ‘fatwa’ “Haram sokong UMNO, wajib sokong DAP sampai kiamat”. Tidakkah dunia belum lagi kiamat, lantas ‘umat Islam’ seharusnya terus wajib menyokong DAP yang merupakan komponen PH.

Ketika dia mengeluarkan ‘fatwa’ wajib menyokong DAP, PAS turut menjadi ahli komponen PH.

Dalam satu kenyataan lain, Abdul Hadi juga mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa ‘umat Islam wajib berbohong untuk menjaga kemaslahatan’.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah terdapat kalangan pemimpin PAS berbohong bukan mengelakkan kemaslahatan tetapi cuba menyelindungi kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat.

Lihatlah apa yang berlaku dalam krisis air di Kelantan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Ammar telah menyalahkan kerajaan BN sebagai punca krisis air kotor Kelantan yang berpanjangan itu.

Sedangkan PAS telah memerintah Kelantan selama 6 penggal (30 tahun) tetapi masalah air kotor masih tidak dapat diselesaikan.

Terkini Timbalan MB Kelantan, Nik Mohd Amar mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan RM7 bilion kepada Kelantan untuk memulihkan krisis air kotor Kelantan.

Namun bekas Exco Kelantan Husam Musa pula mendakwa Kelantan hanya memerlukan RM3 bilion dan bukannya RM7 bilion sebagaimana dituntut oleh Nik Mohd Amar. Adakah ini ‘satu pembohongan untuk menjaga kemaslahatan’?

Kemudian, bagaimanakah Nik Ammar masih berdolak-dalik menyalahkan UMNO sebagai punca krisis air kotor Kelantan sekiranya sudah PAS sudah memerintah selama 30 tahun dan mendakwa Kelantan makmur di bawah pemerintahan PAS?

Pada tahun 1990 kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70% (Thames Water) dalam KWSB.

Tetapi kemudiannya pada 29 April 1999, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli keseluruhan saham Thames Water PLC dalm KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB.

Sejak itulah KWSB setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air, lantas, bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.

Tapi malangnya sejak itu jugalah bermulanya krisis air kotor Kelantan sehingga rakyat Kelantan menyindir, “sekirannya mahu merasai teh tarik percuma, datanglah ke Kelantan”.

Dalam isu Muafalat Nasional (MN), rasanya rakyat Melayu-Islam sudah muak dengan permainan dolak-dalik PAS yang mencabuli Piagam MN yang ditandatangani pada 2019, setelah PAS disogok dengan jawatan menteri dan GLC oleh Muhyiddin Yassin.

Mereka mengutuk UMNO dan menolak MN kerana UMNO tidak mahu menerima Bersatu dalam MN. Persoalannya bagaimanakah UMNO boleh menerima Bersatu sekiranya Bersatu ditubuhkan untuk membunuh UMNO, sebagaimana PAN (Amanah) ditubuhkan untuk menggantikan PAS?

Kemudiannya setelah melihat Muhyiddin Yassin bertungkus lumus dalam ‘Langkah Carey’ untuk merayu agar PH sudi menerima PPBM pada PRU15, barulah PAS mula sedar, bahawa mereka diabaikan.

Kerjasama PN dengan PH adalah satu mimpi ngeri kerana kewujudan parti ‘kafir harbi’ dalam PH yang menjadi musuh Islam, sedangkan pengikut jahil PAS percaya mengundi PAS akan membawa mereka ke syurga.

Bukan itu sahaja, terdapat pentaksub dalam PAS yang mengangkat ‘fatwa’ bahawa ‘mengundi UMNO akan membawa umat Islam ke neraka.’

Baner yang digunakan oleh pihak yang ‘menunggang agama’ ini nampaknya selari dengan ‘Amanat Hadi’ yang telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini, yang kemudian diselamatkan oleh Piagam ukhuwah Muafakat Nasional.

Tapi rupa-rupanya Muafakat Nasional juga hanyalah drama mainan PAS. PAS lebih utamakan parti pengkhianat yang telah mencabuli mandat rakyat demi mengangkat Muhyiddin sebagai PM ke-8.

Kesilapan PAS dibuktikan pada PRN Melaka, PRN Johor dan juga PRN Sarawak, apabila mereka kalah dengan begitu teruk sekali.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: