DEBAT ISU SAPURA – SEBAGAIMANA LAZIMNYA, ANWAR HANYA BIJAK BERETORIK TAPI TANDUS FAKTA

Dr. Mamat Desa

14 Mei 2022

Ramai yang menjangkakan ‘Debat Isu Sapura’ antara DS Najib Tun Razak dan DS Anwar Ibrahim di Matic akan memperlihatkan kehebatan DS Anwar yang sememangnya bijak memanipulasi dan memutar fakta di samping kebolehannya berpidato dengan gaya ekspressi yang hebat.

Sememangnya itulah yang berlaku, tetapi lawannya DS Najib Tun Razak telah menenggelamkan bakat pidato Anwar yang boleh diterjemahkan sebagai sekadar retorik atau dengan bahasa kampung ‘sembang kari’.

Antara isu yang Anwar putar-belit ialah pengakuannya tentang “keefisienan GST” tetapi dia cuba juga memberi ruang untuk membela tindakan kerajaan PH menghapuskan GST dan menggantikannya dengan SST yang telah ditolak ratusan negara dunia dengan alasan pengangguran.

Hakikatnya pelaksanaan SST oleh kerajaan PH yang sekaligus menolak GST adalah tindakan ‘bodoh’ yang meminggirkan Malaysia daripada 160 negara di dunia yang telah melaksanakan GST, tidak termasuk 8 negara yang bukan ahli PBB.

Anwar tidak melihat isu pelaksanaan GST juga menjadi penyebab kejatuhan nilai Ringgit, tetapi dia cuba membangkitkan isu DOJ, sedang FBI mendedahkan penglibatan CEO Goldman Sachs, Tim Leissner, Roger Ng dan 16 tokoh yang dipercayai cuba diselindungi oleh PH. Hakikatnya FBI tidak kaitkannya dengan DS Najib.

Butakah Anwar bahawa antara faktor pengangguran adalah kerana kurang semaraknya sektor industri, pertanian, pembuatan, perniagaan dan lain-lain yang boleh dilonjakkan oleh pemerolehan dana kerajaan melalui GST, dan ini berlaku pada era PH, sehingga pemimpin mereka gelabah dengan telahan bahawa negara akan muflis?

Hakikatnya SST meloloskan golongan kapitalis dalam sistem pencukaian negara, dan sekaligus merencatkan pemerolehan pendapatan kerajaan melalui pencukaian terhadap golongan ini.

Malahan Anwar secara tidak langsung mengiayakan tindakan Lim Guan Eng membela kroni-kroninya dalam sektor perniagaan sedangkan GST bukan tertuju pada penganggur sebagimana menjadi tomahan Anwar.

Bagi kes Forex-BNM Anwar lagi sekali beretorik dengan kenyataannya bahawa dia akan membawa isu ini kepada Peguam Negara, sedangkan Peguam Negara hari ini adalah lantikan Bersatu yang dahulunya adalah konco PH.

Sebagaimana lazimnya dia akan berkata “esok saya akan membawa isu ini kepada Peguam Negara,” sebagaimana kempen PRU14, “hari ini PH menang esok harga minyak akan turun” yang menjadi klise yang amat jijik kepada rakyat sebagai ‘sembang kari’ yang penuh hipokrasi.

Sedangkan rakyat tahun siapakah bekas Gobenor Bank Negara ketika isu ini diangkat untuk disiasat tempoh hari dan menjadi kes ‘NFA’ (“no further action”).

Anwar seharusnya menjawab soalan DS Najib, menagapa “No Further Action.” Jika Anwar menjadikan alasan terdapat ‘figura awam’ yang terlibat, maka jelaslah bahawa dia terkekang dengan ‘pengkhianat’ itu yang tidak berani Anwar hendak dedahkan walaupun khalayak tahu siapakah dia yang telah ‘merompak’ lebih RM 30 bilion pada 1994 yang kini bernilai RM100 bilion.

Malah hari ini terbongkar kes keluarga bekas Gobenor Bank Negara yang didakwa terlibat dalam kes rasuah 1MDB. Sekiranya dia bersekongkol dengan pihak perasuah 1MDB (Jho Low) apa yang boleh diharapkan ketika dia masih berkuasa untuk membongkar kes Forex BNM?

Lantas, memang wajarlah sekiranya ramai yang menterjemahkan hujah Anwar sebagai retorik@sembang kari.

Isu menyelamatkan Sapura pada hakikatnya ialah isu yang menjadi tanggungjawab kerajaan setelah PH mengambil alih 60% daripada saham Sapura dan mengangkatnya menjadi badan GLC kerajaan.

Dengan tarafnya sebagai syarikat ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia, ia harus diselamatkan kerana kira-kira 10.6 juta pendeposit ASB kini bergantung pada aktiviti industri petroleum Sapura, serta 3,000 syarikat vendor tempatan, dan 10,000 pekerja tempatan yang akan turut terjejas sekiranya Sapura muflis.

Tanpa prejudis, hakikatnya Anwar adalah lulusan Pengajian Melayu (sastera) dari Universiti Malaya yang menjadi persepsi orang ramai tentang kurangnya ilmu perekonomian negara dan pengendalian sekrot berkenaan.

Minda Anwar sebenarnya menggelupur kerana banyaklah daripada apa yang dia hujahkan adalah kelemahan yang terkandung dalam era 22 bulan PH berkuasa serta salah guna kuasa oleh Perdana Menteri PH.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: