12 Mei 2022
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengesyorkan supaya kerajaan segera membersihkan semua lantikan perkhidmatan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dahulu.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pemerhati politik itu berkata, mereka ini sangat bahaya dan menjadi duri dalam daging.
“Sejak dahulu lagi, apabila majlis diterajui ultra kiasu, mereka sangat bias dalam tindakan,” katanya.
Pada masa sama, beliau tertanya-tanya berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan cuba mencampuri urusan kehakiman negara ini.
Prof Ridhuan Tee secara sinis berkata, berbanding ketika PH memerintah, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar, ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan.
“PH memasukkan orang-orang mereka. Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar. Sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam.

“Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa,” katanya.
Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan tidak memberi muka kepada ultra kiasu, meskipun mereka mahir dalam selok belok undang-undang.
“Kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang meskipun mereka ini ‘pakar’ perundangan.
“Peguam ultra kiasu ini sangat licik, jika isu menyebelahi mereka, mereka akan didiamkan. Jika tidak, heboh satu dunia. Strategi lapok ini telah mereka pakai sejak dahulu. Sebab itu, sukar untuk peguam muslim tembusi menerajui badan ini,” katanya.

Beliau harap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekumpulan peguam ultra kiasu yang mahu berdemonstrasi, berjalan demi keadilan, kononnya, mahu memberikan ingatan kepada kerajaan agar tidak campur tangan dalam sistem kehakiman negara.
Tertanya-tanya juga, sejak bila pula kerajaan yang terdiri daripada PM dan Kabinetnya cuba mencampuri urusan kehakiman negara kita ini. Kenyataan mereka jelas, tidak akan mencampuri urusan tersebut, biarkan ia bebas.
Berbanding ketika PH memerintah, habis pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar atau ditamatkan/dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan. PH memasukkan orang-orang mereka.
Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar.
PH sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam. Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa.
Kini, SPRM kembali kepada orang asal, diterajui oleh orang dalam SPRM sendiri. Hanya kerana SPRM mahu menjalan siasatan terhadap laporan ‘salah laku’ hakim, maka dikatakan kerajaan ada campur tangan.
Ridhuan mendakwa, “Peguam ultra kiasu protes, mahu berjalan demi keadilan, sebagai tindak balas kerajaan membenarkan SPRM menyiasat adanya laporan mengenai ‘salah laku’ seorang hakim. Sedangkan SPRM bertindak dalam ruang lingkup kuasa mereka berhubung laporan yang dibuat.”
“Jika nak berjalan, pergilah berjalan, tiada siapa halang. Kalau boleh berjalan jauh sikit, 10 km ke atas. Baru pro. Tetapi ingat, jangan ganggu orang lain.
“Biarkanlah SPRM buat siasatan. Apa yang ditakutkan jika tidak bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah.”
-Ismaweb
*******
Tinggalkan Jawapan