AMBIGA DAN BAR COUNCIL BUKAN MAHU LINDUNG NAZLAN, TAPI MAHU LINDUNG KONSPIRASI PH

Oleh Sirajuddin Ahmad

12 Mei 2022

Cuba Tukar sahaja nama Nazlan itu kepada nama Najib.

Kemudian tukar nama Gopal Sri Ram kepada nama Shafie Abdullah, peguam Najib.

Nah saksikan ‘drama unfold’ dari segala penjuru akan laungan bertukar 360 darjah.

Pasti jeritan “justce is dead”, “black day for justice”; dan sebagai nya akan terpacul keluar dari mulut yang sama.

Jika mahu lebih parah lagi, anggap lah Zeti Akhtar itu ada lah Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor belum didakwa dakwa lagi macam Zeti hari ini.

Saksikanlah wayang tinggi production dengan dramanya. Inilah kedudukan negara pada hari ini.

Sama seperti agama, yang menyeleweng dan penunggang agama adalah mereka yang berkelulusan agama.

Orang jahil agama tidak akan tunggang agama kerana dia pun tidak faham apa agama suruh dan larang.

Dia tidak tahu hendak ‘swing’ fatwa dan hukum untuk kepentingan diri.

Sebabnya mudah. Kerana dia pun tidak faham agama kerana jahil.

Siapa pula yang akan seleweng fatwa dan hukum hakam agama untuk kepentingan?

Tidak lain dan tidak bukan orang yang ada pelajaran agama.

Orang jahil akan sesatkan diri sendiri, bahkan dia pun tidak tahu salah atau betul atau dia sudah tersesat.

Hanya yang tahu agama dan ada belajar agama sahaja akan mainkan fatwa atau hukum hakam.

Begitu juga dengan undang undang.

Yang jahil undang undang tidak tahu konar baring undang undang.

Yang boleh main undang-undang pusing kiri kanan hanya yang tahu undang-undang sahaja.

Dalam isu kita, berkenaan kes terbaru seorang hakim didapati ada wang gelap dalam akaunnya, tambah lagi hakim itu terkait menjadi hakim dalam kes yang dia ada terbabit, kita dapati kejutan, bahawa pihak pro Pakatan Harapan pula yang mengeliat dan terkena rasukan.

Apabila Nazlan Ghazali didapati memilki wang gelap dalam akaun nya seperti yang terdedah baru baru ini, maka paling melenting dan terasa pedas cili ada lah pihak pro Pakatan Harapan.

Kenapa? Nazlan Ghazali yang dipersoal, namun Pakatan Harapan yang gelabah.

PH suka rasuahkah?

PH katanya antirasuah. Kononlah.

Pasti ada sesuatu yang sangat ditakuti oleh Pakatan Harapan apabila hakim Nazlan didapati ada wang dipercayai dari Jho Low.

Nazlan terlondeh seluarnya oleh Raja Petra Kamaruddin, sehingga hari ini terus mati akal hendak menafikannya.

Malah lebih buruk lagi bukan sekadar miliki wang yang Nazlan tidak dapat jelaskan sumber dan sebab, bahkan Nazlan juga terdedah ada terbabit sama dalam penubuhan syarikat SRC.

Ketika dia berjawatan di Maybank, dia memberi hujah penggulungan bahawa OKT Najib Razak ada berniat mahu mencuri apabila menubuhkan SRC.

Maka Nazlan jelas berbohong dalam ucapan menjatuh hukum terhadap DSNR.

Jika kes ini berlaku diluar negara , dua perkara akan terjadi, pihak jujur yang mentadbir perundangan akan ‘sacked’ Nazlan, bahkan akan  mendakwa nya dan kes di gugur serta merta atas sebab”lack merit” dan hakim ada ‘Conflict of interest”.

Jika saksi berbohong pun kes hilang kredibiliti , ini ikan pula hakim yang berbohong.

Dalam isu terkini apabila Ambiga dan Bar Council serta pemimpin Pakatan Harapan jatuh panik , ia difahamkan mereka tahu ada sesatu yang rakyat tidak tahu.

Menghalang Nazlan didakwa adalah menghalang soal jawap dalam mahkamah.

Jika mereka boleh menangpun kerana pengaruh, namun yang sangat mereka takuti adalah sesi soal jawap dalam mahkamah.

Sesi soal jawab boleh mendedahkan banyak perkara berkaitan konspirasi bahawa selain “fake manifesto’ Pakatan Harapan juga lahir kan ‘fake cases’.

PH amat takut jika Nazlan diaseret kerana bakal terdedah kerja kerja Gopal Sri Ram dari hal perlantikan Nazlan sehingga penyiapan skrip kes terhadap Najib.

Maka, sebab itulah ketakutan utama PH, Ambiga dan Bar Council.

Berani kerana benar sepatutnya diamalkan oleh mereka mereka ini.

Kami dimaklumkan, Ambiga ada pertalian persaudaraan bersama Sri Ram.

Hatta, bukan mahu selamatkan Nazlan sebagai keutamaan, tetapi mahu selamatkan keseluruhan kartel konspirasi.

Jika terdedah apa terjadi di sebalik tirai.

Ketika Nazlan dibicara pasti akan terdedah berkenaan kospirasi PH terhadap Najib Razak.

Maka, pihak Ambiga , Bar Council dan Pemimpin PH bukan mahu selamatkan Nazlan atau konon konon serangan terhadap badan kehakiman, ia hanya decoy dan ‘false flag operation’ sahaja.

Apa yang mereka cuba lindungi adalah konspirasi untuk mengenakan Najib Razak, itulah yang sebenarnya.

My News Online

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: