FBI TIDAK DAKWA NAJIB TERLIBAT

11 Mei 2022

Seorang pegawai FBI dalam testimoninya di Mahkamah US memberitahu bahawa sejumlah AS$756 juta berkaitan 1MDB telah dipindahkan ke akaun DS Najib.

Namun itu tidak membawa apa-apa makna untuk mendakwa DS Najib bersalah, kerana sesiapa sahaja boleh memasukkan wang ke akaun anda, apatah lagi sekiranya akaun bank anda itu adalah di bawah pengetahuan pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan anda .

Sebenarnya, cerita ini bukanlah perkara baru kerana tajuk berita yang sama “RM3b masuk ke akaun Najib” telah heboh dan tersebar di media Malaysia sejak tahun 2018.

Berikut ialah senario analogi atau hypotetikal untuk memahami situasi yang dihadapai oleh DS Najib. Sesiapa yang telah mengikuti perbicaraan 1MDB-SRC pasti akan mudah memahaminya:

Katakan anda seorang pekerja sosial.

Seorang rakan anda yang hakikatnya merupakan seorang yang pandai berpura-pura tanpa anda sedari, telah memberitahu anda bahawa terdapat seorang ahli perniagaan yang amat kaya, benar-benar mahu menyokong usaha anda dan ingin membantu anda melalui bantuan kewangan.

Anda pergi bercakap dengan ahli perniagaan itu bersama-sama dengan rakan anda, dan lantas ahli perniagaan yang kaya itu mengesahkan dia mahu menyumbang dan menyokong usaha anda dengan sokongan dana.

Pada mulanya, rakan anda memberikan anda RM5,000 melalui akaun bank anda, yang diterima daripada ahli perniagaan tersebut.

Tapi kemudiannya, rakan anda itu telah merompak sebuah bank.

Daripada rompakan itu, dia kemudian mendepositkan RM26,000 ke dalam akaun anda yang rakan anda membohongi anda bahawa wang tersebut juga adalah sumbangan daripada ahli perniagaan itu.

Sekiranya anda kemudiannya dituduh oleh mahkamah kerana terlibat dalam rompakan bank atau dilabelkan sebagai perompak bank, adakah adil bagi anda?

Itulah sebabnya ‘konteks’ pemindahan wang itu penting diberikan pertimbangan siasatan untuk mengetahui dari mana datangnya wang yang telah didepositkan ke dalam akaun anda dan bukan hanya berdasarkan “wang telah didepositkan ke dalam akaun anda.”

Dalam kes Najib, Jho Low mengatur agar Najib mengadap dan berkomunikasi dengan Raja Abdullah pada waktu Arab Spring dan Almarhum Raja berkata beliau sangat menyokong Najib dan ingin menyumbang kepada Najib dan negara pimpinan Najib supaya parti pemerintah terus memerintah demi memastikan kestabilan dalam negara apatah lagi Malaysia adalah negara Islam moderat.

Najib diberitahu bahawa Raja Abdullah akan memberi sumbangan sehingga AS$1 bilion.

Mengapa Raja Abdullah memberi wang yang begitu banyak? Sumbangan sebanyak sedemikian kepada negara Islam bukan perkara baharu bagi Arab Saudi, kerana sebelumnya beberapa negara juga telah menerima sumbangan sebegitu. Begitu juga pada era Mahathir.

Secara kebetulan, mahkamah Switzerland dalam kes bekas Raja Sepanyol telah mendapati baginda tidak melakukan sebarang kesalahan kerana menerima AS$100 juta daripada Raja Abdullah yang pada waktu yang sama Najib juga menerima dana daripada Arab Saudi.

Tidak dinafikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta diterima oleh DS Najib daripada Arab Saudi yang dipindahkan terus daripada akaun bank milik Menteri Kewangan Arab Saudi – seperti yang disahkan oleh kenyataan SWIFT, Ambank dan juga SPRM.

Masalahnya ialah selepas itu, AS$681 juta (atau isu RM2.6b yang dihebohkan) juga kemudiannya dipindahkan pada Mac-April 2013 sebelum PRU13 ke dalam akaun Najib yang Jho Low juga memberitahunya adalah daripada Raja Abdullah.

Najib kemudian mengembalikan sebahagian besarnya ke akaun pengirim kira-kira lima bulan kemudian selepas pilihan raya. (Dalam kebanyakan media, anda akan membaca bahawa Najib menerima AS$681 juta tetapi kemudian memulangkan hanya AS$620 juta – membayangkan bahawa Najib menyimpan selebihnya iaitu AS$61 juta.)

Ini tidak benar kerana anda harus melihat kadar tukaran wang asing ketika itu.

Apabila Najib menerima wang itu, ia segera ditukar daripada USD kepada Ringgit dan kadar pertukaran ketika itu adalah USD$1=RM3.00 tetapi apabila Najib memulangkan dana yang sama dalam akaun banknya kepada pengirim pada Ogos 2013, Ringgit telah menyusut 10% kepada USD$1 = RM3.30.

Oleh itu baki Ringgitnya hanya boleh membeli USDS$620 juta, yang dipulangkannya.

Dalam keterangannya, ejen FBI itu juga mengesahkan bahawa Najib telah memulangkan USD$620 juta itu kepada pengirim.

Bermakna bahawa daripada USD$756 juta, USD$681 juta (dalam nilai ringgit) sememangnya telah dikembalikan – manakala kira-kira USD$75 juta lagi menjadi pertikaian yang genjot.

Sekarang bandingkan ini dengan apa yang dikatakan oleh ejen FBI berkenaan:

1. Jho Low mencuri AS$1.42 bilion

2. Khadem al-Qubaisi dari IPIC mengambil AS$472.8 juta

3. Mohd Al Badawy dari Aabar mengambil $76.6 juta

4. Tim Leissner mengambil AS$73.4 juta

5. Roger Ng mengambil AS$35.1 juta

6. Sejumlah 16 tokoh di Malaysia yang tidak dikenali (mungkin 1MDB, pegawai kerajaan dan tokoh politik) juga mengambil jumlah wang yang tidak ditentukan sebagai sogokan.

Jadi bagaimanakah DS Najib boleh dituduh sebagai dalang 1MDB dan mencuri berbilion-bilion jika “saham” Najib adalah kurang daripada yang lain dan Najib tidak menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi atau menyembunyikan mana-mana daripadanya di luar negara – tidak seperti yang ada dalam senarai FBI?

Adalah penting untuk diberikan perhatian bahawa ejen FBI tersebut mendakwa wang itu masuk ke dalam akaun Najib dan dia berkata ia adalah untuk kegunaan pilihan raya – manakala itulah yang Raja Abdullah mahukan iaitu untuk mengekalkan kemenangan Najib dan kestabilan politik negara.

Ejen FBI itu tidak pernah berkata Najib mencuri wang itu mahupun menggunakannya untuk kegunaan peribadi.

Tidak seperti Lim Guan Eng dan Syed Saddiq, inilah sebabnya Najib tidak pernah didakwa kerana mencuri wang atau penyelewengan dana tetapi didakwa di bawah AMLA, yang bermakna kemasukan wang ke akaun yang dianggap daripada aktiviti haram, tetapi belum disiasat habis-habisan.

Jadi, anda mungkin mengatakan bahawa Najib bodoh kerana dipergunakan atau ditipu oleh Jho Low.

Tetapi anda harus ingat bahawa bank pelaburan terbesar di dunia yang DS Najib sandarkan untuk menstrukturkan urus niaga 1MDB, mengumpul dana dan mengagihkan dana juga mengaku bertanggungjawab dan membayar RM16.4 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia.

Manakala Ambank yang Najib harapkan untuk memastikan dana yang diterimanya adalah sah, juga telah mengaku bertanggungjawab apabila salah seorang pegawai mereka bekerjasama dengan Jho Low untuk menyembunyikan transaksi akaun daripada Najib dan membayar RM2.83 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan.

KPMG atau “Klynveld Peat Marwick Goerdeler” iaitu sebuah badan audit bertaraf dunia, dan Deloittes yang DS Najib harapkan untuk memberi amaran kepadanya atau 1MDB jika ada apa-apa yang tidak kena dengan akaun 1MDB juga gagal menjalankan tugas mereka sedangkan mereka dibayar RM350 juta untuk tujuan pengauditan dan khidmat nasihat.

Apa yang lebih menyedihkan, terdedah pula kes keluarga bekas Gabenor BNM yang telah mengenali Jho Low selama bertahun-tahun dan telah menerima sekurang-kurangnya RM700 juta daripada Jho Low untuk disembunyikan dalam akaun luar negara.

Gabenor BNM-lah yang menasihati Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri dan dialah yang diarahkan oleh Najib untuk memantau akaun banknya untuk transaksi yang mencurigakan berkaitan dengan penerimaan dana dari luar negara.

Agensi di bawah BNM juga bertanggungjawab untuk meluluskan pemindahan dana oleh 1MDB ke akaun luar negara yang kemudiannya dapati telah salah diluluskan untuk dipindahkan ke akaun luar pesisir palsu dalam masa yang singkat dan dana berkenaan lesap begitu sahaja.

Terdapat juga maklumat bahawa suami Zeti Akhtar Aziz, iaitu Tawfiq Ayman, adalah rakan kongsi perniagaan Samuel Goh dan bersama-sama memiliki sebuah syarikat dan dia telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun luar pesisir palsu untuk pemindahan dana 1MDB.

Jika bekas Gabenor BNM ini telah menjalankan tugasnya, tiada transaksi yang mencurigakan akan memasuki akaun Najib. Lantas Najib juga tidak akan pernah membuka akaun bank secara khusus untuk menerima dana asing itu.

Jika bekas Gabenor BNM ini telah menjalankan tugasnya dengan jujur, tiada wang 1MDB akan hilang kerana agensi itu akan menyekat semua pemindahan asing ke akaun palsu oleh 1MDB.

Tetapi yang paling aneh, apabila bekas Peguam Negara PH, Tommy Thomas telah mengisytiharkan bahawa “adalah di bawah pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya memudahkan Jho Low dalam 1MDB”. Namun penyiasatan ke atas bekas Gabenor itu dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan. Ia membuktikan bahawa isu ini disembunyikan daripada umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung 2020.

– Lim Sian See dalam New Malaysia Herald

*Artikel ini adalah terjemahan daripada siaran New Malaysia Herald tulisan Lim Sian See

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: