Editorial
10 Mei 2022
Parti cauvinis Cina, DAP, sedang melobi untuk mendapatkan gelaran nasional yang muluk-muluk kepada pemimpin mereka, Lim Kit Siang yang dicanangkan sudah bersara.
Namun majoriti rakyat Melayu-Islam yang dibenci Kit Siang, pastinya menolak sebarang gelaran muluk-muluk untuk Kit Siang kecuali yang sesuai dengan sikap dan sifat perjuangannya yang anti-perpaduan kaum, anti-Melayu, anti-Islam dan seringkali prejudis terhadap masa depan negara.
Dia pernah dicemuh sebagai pencetus peristiwa berdarah 13 Mei, malahan dia bukanlah tokoh politik DAP yang lahir di Tanah Melayu, sebaliknya didakwa lahir di Funan China pada 1941 dan bermigrasi bersama bapanya ke Tanah Melayu pada 1957 dan menetap di Batu Pahat. Sila rujuk FB-HanyaDiKelate dan The Unspinners.

Namun apa yang lebih signifikan dan ketara tentang Kit Siang ialah sikapnya yang amat prejudis tentang Malaysia dan masa depan Malaysia, kecuali jika Malaysia diperintah oleh DAP.
Tapi malangnya setelah DAP mendominasi kerajaan PH selama 22 bulan selepas PRU14, situasi negara amat tidak stabil baik dari aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.
Kit Siang sering melaungkan bahawa negara akan dilanda lagi dengan tragedi berdarah 13 Mei sebagaimana dia huraikan dalam bukunya ‘Time Bombs In Malaysia’.

Intipati bukunya itu tidak lain adalah satu wacana ‘prejudis’ atau buruk sangka untuk menakutkan rakyat tentang perbalahan kaum sebagaimana berlakunya peristiwa 13 Mei.
Malahan ada pandangan yang mengatakan bahawa 13 Mei itu tercetus daripada api perkauman yang dicipta oleh Lim Kit Siang sendiri.
Ideologi yang didukung oleh Kit Siang sering bertentangan dengan hakikat bahawa kaum Cina adalah pendatang dalam sejarah penjajahan British di Tanah Melayu.
Dengan ikhsan pemimpin kaum Melayu, mereka dibenarkan kekal bermastautin malah diberikan taraf warganegara Tanah Melayu melalui dasar ‘jus soli’ sebagaimana diperakui oleh Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan.


Namun di mana-mana negara Asia Tenggara kaum Cina ditolak mentah-mentah malah dibenci oleh kaum pribumi, misalnya di Indonesia, Sri Lanka, Kampuchea, Vietnam dan juga Australia.



Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein pada 1969, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan 13 daripada 28 kerusi DUN Selangor menjadi punca tragedi 13 Mei, yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

DAP yang bersekongkol dengan Gerakan pada PRU 1969 di Selangor, pada hakikatnya tidak menang kerana gabungan mereka telah mendapat 13 kerusi manakala Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) telah memperoleh 14, manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.
Namun sebagaimana rakusnya bangsa DAP pada PRU14 (2018), mereka berlagak sombong sehingga menghalau MB Selangor, Datok Harun Idris keluar dari Selangor seperti dilaporkan oleh MAGERAN, ketika berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969, iaitu dua hari selepas PRU pada 10 Mei 1969.

Pandangan Kit Siang sentiasa memberi dampak yang amat negatif terhadap masa depan negara terutamanya kepada minda kaum Cina supaya mereka terus menyokong DAP serta ideologinya yang menentang beberapa perkara asas dalam Perlembagaan dalam hal hak istimewa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan agama Islam.
Daripada beberapa keratan akhbar, amatlah cocok sekiranya Lim Kit Siang diberikan gelaran ‘Bapa Prejudis Malaysia’.






Pada 27 Julai 1968, pada satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, Lim Kit Siang telah menyatakan bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”.
Pada 24 Ogos 1968, dalam satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, Lim Kit Siang telah berhujah bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.
Pada 7 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, Lim Kit Siang telah memberitahu hadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.
Pada 29 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah menegaskan bahawa “dasar Perikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera.
Pada 12 Februari 1969, pada satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang berucap, “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.”
Pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, Lim Kit Siang telah menyatakan “kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah dan “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain. Selain itu kerajaan bercadang untuk menghantar warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”. Semua ini adalah fitnah berlaka.
Pada 11 Julai 1969, KDN telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan Lim Kit Siang di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dengan itu, serta banyak lagi maklumat dakyah Lim Kit Siang, maka wajarlah dia diberikan gelaran nasional “Bapa Prejudis Malaysia”.
***
Tinggalkan Jawapan