DULU FITNAH BN ADA 40K PENGUNDI HANTU, KINI ADA 54K DALAM PKR PULA

Editorial

10 Mei 2022

Pakar fitnah PKR, Rafizi Ramli sudah gelabah apabila dia mendakwa dalam PKR ada 54 ribu ahli hantu yang akan menjadi pemilih pada Pemilihan PKR pada 13-22 bulan ini.

Sebagai pakar formula songsang, khalayak media dapat merasakan bahawa dia akan kalah dalam usaha merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kepada lawannya Saifuddin Nasution sekiranya pengundi hantu itu adalah belaan Saifuddin.

Daripada aspek psikologi, kalau nanti dia kalah, maka bolehlah dia persalahkan kewujudan pengundi hantu sebagaimana PH kalah pada PRU13 dahulu kerana BN ada 40 ribu pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh.

Hebatnya strategi tuduhan kewujudan pengundi hantu sebelum PRU13 itu sehingga mereka menggerakkan demonstrasi jalanan untuk memburukkan BN dan SPR.

Akibatnya sesiapa yang berkulit gelap ala-Bangla menjadi mangsa prejudis sebagai pengundi hantu sehingga ada yang dipukul.

Tapi nampaknya formula strategi kempen Rafizi dengan mereka-reka cerita pengundi hantu ini, seperti makan parti sendiri.

Khalayak media dan rakyat jelata akan berfikir bahawa pengundi hantu 40 ribu yang menjadi penyokong BN pada PRU13 dahulu rupa-rupanya sudah menyerap masuk ke dalam PKR. Malahan kini mereka sudah beranak-pinak dan jumlah mereka meningkat kepada 54 ribu.

Cuma Rafizi, tidak menjelaskan secara spesifik, di hutan negeri manakah pengundi hantu ini berlonggok. Namun sudah tentu bukan di Melaka dan Johor kerana PKR kalah teruk di kedua-dua PRN tersebut.

Dari sisi lain Rafizi mendakwa terdapat 1,500 nama daftar pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.

Apabila diselidiki pihak pemilik nombor telefon berkenaan sendiri tidak menyedari sudah didaftarkan sebagai ahli PKR.

Selain itu, terdapat juga pendaftaran keahlian parti yang tidak bersertakan nombor kad pengenalan yang betul dan isu keahlian diragukan kerana penama adalah ahli parti lain.

Lantas, nampaklah dengan jelas, bahawa dalam PKR memang ramai penipu, dan sekiranya nanti pada PRU15 terdapat sebarang isu berbangkit tentang kes pengundi hantu, maka rakyat dan SPR tahu dari parti manakah mereka ini datang.

Seperkara lagi, tidak hairanlah pada setiap pemilihan PKR akan berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan ahli terlibat luka parah, bagaikan diserang samseng jalanan yang tidak puas hati dengan kaedah pemilihan apabila terdapat pengundi hantu.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: