Editorial
7 Mei 2022
Dalam perdebatan awal melalui media arus perdana dan medsos, Rafizi Ramli telah membangkitkan soalan bodoh kepada DS Najib Razak tentang gaji CEO Sapura Energy yang dikatakan berjumlah RM983 juta dari 2009-2018, ketika Najib masih berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Ironinya Rafizi tidak membuat penelitian yang tuntas, kerana ketika itu Sapura bukanlah GLC yang dangkal bagi PM untuk masuk campur urusan gaji CEO syarikat swasta kerana ia tidak berada di bawah pengawasan dan kawalan kerajaan.
Malahan Rafizi ketinggalan fakta bahawa Sapura Energy adalah syarikat perkhidmatan minyak dan gas (Oil and Gas) kedua terbesar di dunia dan sekiranya CEO-nya dibayar RM1 bilion setahun pun, kerajaan tiada hak dan kuasa untuk campur tangan.
Tetapi sedemikianlah modal perdebatan manusia yang terkenal sebagai kaki fitnah; dia akan mencapai apa sahaja fakta songsang untuk merosakkan nama baik pihak lawannya.

Bukan itu sahaja, minda terkutuk Rafizi cuba mengaitkan pembayaran gaji CEO Sapura itu dengan pembaziran yang melibatkan dana Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Bertambah bodoh lagi apabila Rafizi cuba menyalahkan kerajaan BN sebagai pihak yang telah ‘bailout’ Sapura dengan dana RM2.7 bilion pada tahun 2019 untuk menjadi pemilik saham terbesar dengan pegangan 40%, untuk menempatkan kroni-kroni PH.
CEO Sapura itu meletakkan jawatan pada Mac 2021, mungkin kerana tidak tahan dengan campurtangan kerajaan PH dalam pengurusan Sapura yang dilihat tidak konstruktif.
Malahan seluruh pengurusan atasan dan Lembaga Pengarah Sapura juga telah bertukar kerana campur tangan Mahathir.
Bagi DS Najib kerajaan masih boleh membantu untuk menyelamatkan syarikat gergasi ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia itu yang berpotensi untuk menjana kembali kekayaan.
Hendaklah diingat bahawa sektor industri ‘Oil and Gas’ adalah sektor terpenting negara terutama pada ketika ini apabila permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi.
Petronas juga amat memerlukan perkhidmatan Sapura dan dengan bantuan dan sumbangan Petronas, kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk memulihkan Sapura.
Lantas kelemahan Sapura yang berpunca, sebahagiannya daripada kerosakan yang disebabkan oleh kerajaan PH, akan hanya mendedahkan salah laku Mahathir.
Sekiranya perdebatan tentang Sapura dikaitkan dengan banyak kepincangan PH, pastinya ia akan menjadi sasaran pembongkaran rahsia kleptokrasi Mahathir.
Dengan itu, sudah terang lagi bersuluh, Naib Presiden PKR itu tidak layak untuk berdebat dengan DS Najib, kerana masalah pemikiran dan wacana pengurusan ekonominya bukan untuk menyelesaikan masalah dan menjaga kepentingan rakyat, tetapi lebih kepada mencari salah orang lain. Tepat sekali sekiranya debat berkenaan digantikan sahaja oleh Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim dan bukannya Rafizi.
DS Anwar juga pernah menjadi Menteri Kewangan semasa Mahathir berkuasa, malahan kritikan kronisme, nepotisme dan korupsi Mahathir telah menyebabkan berlakunya ‘peperangan besar’ dalam krisis Anwar-Mahathir pada 1997-1998 sehingga lahirnya ‘Reformasi jalanan’.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, kedua-dua tokoh itu mempunyai banyak maklumat tentang penyelewengan dan kelemahan Mahathir.
Malahan semasa PH berkuasa, Mahathir telah mengaku dia adalah ‘PM boneka’ kepada parti yang mendominasi PH iaitu DAP.
Lantas perdebatan itu juga akan menelanjangkan sikap rakus DAP sebagaimana mereka rakus terhadap aset Khazanah dan Tabung Haji demi kroni mereka.
Tapi aneh dan ironinya Anwar lupa, siapakah musuhnya yang tulen yang juga telah menipu untuk mengangkatnya sebagai PM semasa PH berkuasa selama 22 bulan.
Lebih menyakitkan hati Anwar, Mahathir telah bertekad tidak mahu “seorang peliwat diangkat sebagai PM”.

Melalui debat tersebut yang akan diadakan pada 12 Mei ini di MATIC, rakyat akan menjadi saksi dalam pembentangan fakta; siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab merosakkan Sapura yang dahulunya adalah syarikat ‘Oil and Gas’ yang amat berprestij di dunia.
Dengan itu juga rakyat akan ketahui siapakah kleptokrat yang telah menjarah kekayaan negara sebenarnya, bertentangan dengan cemuhan yang dilemparkan terhadap DS Najib selama ini.
Malahan kini sudah tertular tangan ghaib yang mencampuri urusan kehakiman kes perbicaraan SRC, dan rasuah serta habuan yang diterima oleh kroni-kroni termasuk bekas Gabenor Bank Negara.
Inilah sebenarnya ‘National Embarrassment’ yang akan didedahkan pada pentas global.
******
Tinggalkan Jawapan