VIDEO – PEJUANG TIDAK DITERIMA DI SEMENANJUNG, APATAH LAGI DI SABAH

Editorial

1 Mei 2022

Dr Mahathir Mohamad telah dilabelkan sebagai perosak keharmonian rakyat Sabah pada tahun-tahun 90-an apabila merelakan kemasukan pendatang Filipina yang telah menambah populasi Sabah sehingga 70% berbanding jumlah penduduk asal Sabah.

Melalui “Projek M” atau “Projek IC”, 1.5 juta warga Filipina telah dibawa masuk ke Sabah dan diberi kewarganegaraan Malaysia yang hakikatnya merosakkan ekonomi rakyat pribumi Sabah sendiri.

Kini Mahathir mahu parti Pejuangnya yang amat tidak signifikan dalam sfera politik Malaysia, masuk ke Sabah seakan-akan dia lupa kebencian rakyat Sabah terhadapnya.

Tetapi beberapa penganalisis telah memberi amaran bahawa Bersatu tiada peluang untuk berjaya di Sabah jika bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, parti berasaskan kaum seperti Pejuang, tidak mempunyai daya tarikan di Sabah kerana kebanyakan rakyatnya mempunyai keluarga dengan pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan agama.

Rakyat Sabah masih menyimpan kebencian terhadap Mahathir berhubung Projek IC, istilah yang digunakan bagi dakwaan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang Filipina dengan memberi mereka kad pengenalan Malaysia pada era 90-an.

Amatlah sukar bagi Pejuang untuk membuang persepsi buruk rakyat Sabah terhadap Mahathir, walaupun ada kemungkinan dia tidak bertanding pada PRU15.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir telah menyatakan hasratnya untuk membawa Pejuang bertanding di Sabah pada PRU15, dan mengumumkan akan melancarkan parti itu secara rasmi di Sabah pada 22 Mei ini.

Sedangkan di negeri Semenanjung seperti Johor pun Pejuang telah tersungkur dan hilang wang deposit pada 42 kerusi DUN yang ditandingi, inikan pula di negeri Sabah.

Cawangan parti Pejuang negeri itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei, namun pemimpin BN Sabah Bung Moktar Radin memperkecilkan peluang Pejuang di negeri itu.

Seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung, berpendapat tiada sebarang ruang untuk Pejuang di Sabah, dan melihat arena politik negeri itu “sudah sesak” dengan pelbagai parti tempatan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula berpendapat Pejuang telah hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti berkenaan.

“Pada pandangan saya, di Semenanjung pun Pejuang sudah kalah teruk, hilang wang pertaruhan, kini mau datang Sabah lagi.

“Saya tengok rakyat Sabah pun tidak berminatlah,” kata Bung Moktar sambil tertawa sinis.

Lantas, ramai percaya nasib Pejuang di PRN Johor akan lebih teruk lagi di Sabah kerana api kebencian rakyat terhadap Mahathir bukan sahaja masih membara di Sabah, malah di Semenanjung sendiri, rakyat sudah muak dengan hipokrasi Mahathir yang suka menyalahkan orang lain, tetapi gagal mencermin dirinya sendiri.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: