KHEMAH BESAR HANYA MEMBAWA PERBALAHAN LEBIH GANAS DALAM PH2.0

Editorial

1 Mei 2022

Bersatu mula bertindak seperti penjaja pasal malam menawarkan kuasa politik murahan kepada mana-mana parti yang mahu menjatuhkan UMNO-BN pada PRU15 nanti.

Tapi Presiden Bersatu lupa bahawa survival Bersatu dalam PN hari ini amat bergantung kepada sokongan UMNO-BN.

Di sisi lain, ramai yang sangsi terhadap keikhlasan Muhyiddin, kerana jika benar mahu menentang UMNO-BN mengapa masih berada dalam Blok Kerajaan? Itu tanda besar bahawa Muhyiddin hanya mementingkan survival politiknya yang amat malap.

Kali ini Muhyiddin mahu membina ‘khemah besar’ untuk mereka bersatu menentang UMNO-BN secara satu-lawan-satu pada PRU15 nanti.

Jika dilihat pada konsep khemah besar itu, ia tiada bezanya dengan PH1.0 semasa PRU14 dahulu, maka sesuailah ia dijenamakan PH2.0.

PH2.0 akan menjadi lebih perkasa melalui PAS berbanding PH1.0, tetapi PAS menolaknya kerana ‘banyak tikus dan kucing dalam khemah besar itu’, kata Haji Hadi.

Namun pastinya Mahathir mahu menyertai PH2.0 sekiranya khemah besar itu berhasrat mengangkat Anwar sebagai PM, kerana nanti Mahathir boleh memporak-perandakan PH2.0 untuk menggagalkan hasrat Anwar lagi sekali.

Tapi hakikatnya kemelut dalam khemah besar ini akan menjadi lebih ganas berbanding dengan PH1.0 kerana bukan sahaja Anwar mahu menjadi PM, Shafie Apdal juga mahu menjadi PM, Mahathir juga mahu menjadi PM, atau setidak-tidaknya anaknya Mukhriz, dan jangan lupa bahawa pengkhianat PH1.0, Muhyiddin Yassin juga mahu menjadi PM.

Jika semua mahu menjadi PM, maka masing-masing akan berebut mendapatkan kerusi parlimen terbanyak, kerana parti komponen yang paling dominan akan dapat mengangkat pemimpinnya menjadi PM.

Tapi jangan lupa sebagaimana PH1.0, DAP-lah parti dominan kerana jumlah ahli parlimennya adalah terbanyak, malah Mahathir hanyalah PM boneka DAP.

Mungkin, ahli DAP berbangsa Melayu seperti Abdul Aziz Bari boleh diangkat sebagai PM, atau Zairil Khir Johari (anak Cina mengaku Melayu) diangkat sebagai PM.

Harus diingatkan, akar umbi DAP sudah tidak begitu suka dengan Anwar, malah sudah ramai di peringkat atasan DAP mahu Anwar disingkirkan.

Mahathir juga telah berjanji di hadapan media antarabangsa bahawa dia sesekali tidak akan mahu ‘peliwat menjadi PM Malaysia’.

DAP juga dengan bijaknya telah menolak Tony Pua dalam senarai CEC untuk mengelabui mata rakyat, kerana rakyat Melayu-Islam melihat Tony Pua sebagai manusia celaka dalam DAP.

Dalam hiruk-pikuk khemah besar PH2.0 itu Mahathir amat sangsi dengan taktik khianat Muhyiddin Yassin yang menjatuhnya, dan PH keseluruhannya dalam ‘Langkah Sheraton’.

Namun sebagaimana biasa kerana ego yang tegar, Mahathir lupa Pejuang adalah parti ciput. Terkini Pejuang dicemuh sebagai parti yang tidak signifikan di Sabah kerana sejarah ‘Projek IC Mahathir’ dan penghinaan Mahathir terhadap rakyat Sabah.

Mahathir pasti menterjemahkan usaha Muhyiddin untuk mewujudkan khemah besar PH2.0 itu sebagai strategi untuk menjadi PM sekali lagi. Mahathir pula sudah terlalu tua, sebagaimana kata MO Ibrahim, billionaire Afrika, “Kemanakah pemimpin tua berusia 90 tahun akan membawa rakyatnya, ke kubur?”

Malangnya Mukhriz, dilihat tiada kredibiliti untuk diangkat sebagai PM.

Tapi hakikatnya, setelah PH jatuh, Muhyiddin adalah PM kerajaan katak, dan bapa ‘PKP separuh masak’ yang telah mempergunakan Ordinan Darurat untuk talian hayat politiknya.

Lantas, khemah besar PH2.0 akan menjadikan Malaysia tidak selamat, ekonomi Malaysia tidak semarak, dan pelabur asing akan lari keluar.

Ekonomi Malaysia sudah dikalahkan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, malah baru-baru ini Mahathir terkejut apabila ekonomi negara Afrika lebih cemerlang berbanding Malaysia sejak 2018, iaitu tahun sial yang telah memberi kemenangan kepada PH1.0.

Melalui PN, Muhyiddin mudah menyogok PAS yang sudah berpuluh tahun menjadi pembangkang, tetapi tidak UMNO-BN.

Sekiranya PAS juga berada dalam khemah besar PH2.0, maka DAP akan sentiasa diburu sifat prejudis, lantas PH2.0 menjadi bertambah ganas lagi.

Dengan sebab itulah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menjelaskan, konsep ‘khemah besar’ PH2.0 tidak boleh melibatkan PAS.

Orang Amanah, Khalid Samad bertanya Bersatu, “apa jaminan Muhyiddin tidak akan khianati lagi sekali” kerana platform PH2.0 sama sahaja dengan PH1.0?”

Pastinya akan berlaku kemelut rebutan kerusi antara ‘Pejuang dan Bersatu’, ‘PAS dan Amanah’, ‘DAP dan Gerakan’.

Manakala Anwar tidak akan mahu partinya menjadi melukut di tepi gantang sebagaimana Bersatu dalam PH1.0

Kekangan paling besar ialah segala janji palsu, fitnah dan pembohongan PH1.0 semasa berkuasa selama 22 bulan masih segar dalam minda pengundi Melayu-Islam.

Hakikatnya sekarang, Pejuang, MUDA, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Gerakan dan parti picisan yang lain, hanyalah menumpang teduh di khemah besar itu.

Namun apa yang pasti, Bersatu dan Pejuang lagi sekali akan nazak, dan terpaksa bergantung kepada katak-katak politik. Eksperimen mereka di PRN Melaka telah jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak katak-katak politik.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: