KIT SIANG KITAR SEMULA FITNAH TENTANG MITOS SCORPENE DAN PEMBUNUHAN ALTANTUNYA

Editorial

29 April 2022

Berikutnya adalah jawapan DS Najib (29 April 2022) melalui Telegram terhadap fitnah Kit Siang yang dikitar semula tentang Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Kit Siang dan PH sekali lagi kitar semula propaganda kapal selam, pembunuhan Altantuya dan Najib.

Kononnya kerajaan perlu buka semula siasatan ke atas isu ini sebab satu hakim di mahkamah Perancis mahu dakwa syarikat Thales dengan rasuah.

Sebenarnya, negara Perancis telah siasat isu ini sejak tahun 2010. Sekarang pun masih siasat dan belum didakwa secara rasmi.

Cerita ini sudah dimainkan PH sejak lebih 10 tahun lalu atas beberapa propaganda menipu iaitu:

Saya kumpul semula posting-posting saya sejak tahun 2018 untuk jelaskan sekali lagi.

  • Najib yang beli kapal selam tersebut pada tahun 2002 semasa saya Menteri Pertahanan dan berlakunya rasuah
  • Kapal selam yang dibeli tidak boleh selam.
  • Najib yang bunuh Altantuya
  • Kes rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya ini tidak pernah disiasat kerajaan

Bukan saya yang pilih dan runding pembelian kapal selam tersebut. Walaupun saya Menteri Pertahanan masa itu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (Dr Mahathir) bukan saya. PM4 yang pilih kapal selam itu dan berunding dengan Perancis.

“Mahathir sudah meninjau kapal selam dari Perancis ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’97) 1997. Tiga kapal selam dari tiga negara iaitu Rusia, Perancis dan Turki turut menyertainya untuk ditinjau oleh kerajaan pada masa itu.

Kemudian selepas meninjau kapal selam Perancis di LIMA 97, setahun selepas itu Mahathir menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam.

Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat.

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.”

Kapal selam yang dibeli itu memang boleh selam. Sebagai Menteri Pertahanan, Mat Sabu terpaksa mengaku ini di dalam parlimen (tengok video).

Satu lagi propaganda PH mengenai kapal selam Scorpene ialah:

“Jika kapal selam Scorpene dibeli masa kerajaan BN dahulu benar-benar boleh selam, kenapa satu dari dua kapal selam itu diletakkan dalam Muzium Kapal Selam di Melaka?”

Jawapannya amat mudah:

Terdapat TIGA kapal selam yang diterima oleh Malaysia dari negara Perancis – bukan dua sahaja, dan yang dipamerkan di Muzium itu adalah kapal selam kelas Agosta – bukan Scorpene.

Masa kita tandatangani perjanjian pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene dari negara Perancis pada tahun 2002 (ya, masa PM ke-4), penjual juga bersetuju untuk membekal satu lagi kapal selam kelas Agosta untuk tujuan melatih TLDM dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Setelah kita selamat menerima dua buah Scorpene (ye, boleh selam seperti disahkan secara malu oleh Mat Sabu dalam parlimen pada bulan November 2009, kapal selam latihan kelas Agosta itu tidak lagi digunakan.

Oleh kerana kapal selam latihan itu sudah lama, negara Perancis bersetuju untuk menghadiahkannya kepada Malaysia dalam satu majlis pada tahun 2011.

Siasatan ke atas kedua-dua kes rasuah kapal selam dan pembunuhan juga dibuka semula semasa kerajaan PH mentadbir dan disiasat sepuas-puasnya oleh mereka.

Bukan tak disiasat tetapi telah dimainkan dan disiasat sepuas-puasnya kerajaan PH.

Dan langsung tidak ada bukti saya berkait dengan rasuah kapal selam ataupun pembunuhan Altantuya.

Malah pembunuhan Altantuya juga dibicara sehingga peringkat mahkamah persekutuan semasa kerajaan PH dan PN mentadbir.

Sekali lagi, langsung tiada bukti bahawa saya pernah kenal Altantuya ataupun saya terlibat.

Dia girlfriend Razak Baginda – bukan saya. Saya pun tak pernah bertemu ataupun mengetahui wujudnya Altantuya sehingga dia dibunuh.

Paling kelakar tentang tohmahan PH ialah Altantuya yang asalnya dari Mongolia dan belajar di Rusia telah digunakan oleh kerajaan Malaysia sebagai penterjemah bagi rundingan dengan Perancis.

Seolah-olah negara Perancis yang mahu jual kapal selam bernilai berbilion Ringgit tidak fasih atau tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan perlu ada penterjemahan Rusia.

Memang pelik bahawa ramai juga telah percaya tohmahan ini begitu lama.

Dan pagi ini juga (29 April), Kit Siang yang kononnya telah bersara politik menimbulkan semula isu Altantuya dan kapal selam itu untuk dikaitkan dengan saya.

Posting Uncle baru tadi:

Biarpun dulu dia terpaksa kata dia tidak pernah kaitkan saya dengan pembunuhan Altantuya setelah saya buat laporan polis, tapi masa kerajaan PH Kit Siang banyak bukti bahawa saya adalah pembunuh beberapa individu.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: