Editorial
24 April 2022
Rafizi sudah mula berkempen untuk pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR, antara dirinya dan Saifuddin Nasution.
Sebagaimana biasa Rafizi masih kebudak-budakan kerana menyerang pihak lawannya dengan cemuhan peribadi dan bukannya dengan paradigma baharu untuk menangkat PKR.
Saifuddin sebelum ini tidak banyak mengeluarkan kenyataan tetapi terpaksa membidas Rafizi apabila kenyataannya di Bayan Baru Pulau Pinang penuh dengan fitnah ke atasnya dan cemuhan peribadi.

Sebagaimana telahan penganalisis sebelum ini, sikap Rafizi akan mengundang perpecahan dalam PKR apabila usahanya merebut jawatan Timbalan Presiden dengan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution mewujudkan perbalahan.

Rafizi mendakwa bahawa Saifuddin terhutang budi kepadanya apabila dia membantu Saifuddin mendapatkan jawatan di Pulau Pinang selepas Saifuddin meninggalkan negara untuk bekerja di Indonesia.
Dia telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan Pulau Pinang melantik Saifuddin sebagai penasihat strategik kepada Ketua Menteri ketika itu, Lim Guan Eng, pada 2017.
Saifuddin menafikan dakwaan bahawa Rafizi Ramli telah mendapatkan pekerjaan untuknya selepas tewas dalam pilihan raya umum 2013.
Sebaliknya Saifuddin membidas, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri melantiknya sebagai penasihat strategik Ketua Menteri bukan kerana apa-apa kertas kerja Rafizi.

Katanya dia tidak jelas berhubung “kertas kerja” yang dimaksudkan Rafizi bagi membolehkannya mendapat kerja apatah lagi bekas Naib Presiden PKR itu tidak akrab dengan Guan Eng.
Saifuddin membidas, Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu kerap mengadakan perbincangan dengannya yang menyentuh isu-isu Melayu dan Islam khususnya bagaimana membetulkan persepsi salah terhadap kerajaan negeri.
Guan Eng sendiri yang telah mempelawa dirinya untuk berkhidmat di sana dan dilantik sebagai penasihat strategik Ketua Menteri, dan bukannya atas desakan Rafizi.
Rafizi juga cuba berbohong bahawa dia mendakwa telah memberi laluan kepada Saifuddin untuk jawatan Setiausaha Agung yang disandangnya sehingga ke hari ini.
Kontradik daripada dakwaan Rafizi itu, Saifuddin menjelaskan bahawa dia telah bersama dengan Presiden PKR ketika itu Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mengurangkan beban Rafizi ketika dia berdepan beberapa kes mahkamah termasuk kes NFC.
“Perbincangan kami berdua dengan presiden Wan Azizah tertumpu bagaimana mengurangkan beban Rafizi yang terpaksa turun naik mahkamah dan pada masa sama tugasan parti tidak terjejas.
“Akhirnya Wan Azizah melantik saya semula sebagai Setiausaha Agung pada 26 November 2016,” katanya.
Jelaslah bahawa tabiat Rafizi yang suka menabur fitnah dan menghasut, tidak boleh didiamkan sahaja, kecuali dibidas kembali agar masyarakat terdedah dengan kebenaran.
Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden antara Rafizi dan Saifuddin berpotensi mengulangi perpecahan dalam parti sebagaimana berlaku pada 2018 ketika Rafizi bertarung dengan Azmin Ali.
Keadaan menjadi amat runcing sehingga meletup kes video semburit yang menjadi sebahagian daripada faktor Azmin Ali memilih untuk meninggalkan PKR.
****
Tinggalkan Jawapan