Editorial
22 April 2022
Jika PAS sering merujuk kepada ‘arkanul baiyah’ untuk menzahirkan keikhlasan dan kejujuran serta mengukuhkan perjanjian, mengapa tidak memperkukuhkan tindakan menyangkal fitnah melalui ‘sumpah laknat’?
Ia adalah perakuan antara hamba-Nya dengan Allah SWT.
Dengan itulah Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil mencabar agar MB Terengganu, juga merangkap Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan sumpah laknat untuk menyangkal apa yang Samsuri terjemahkan sebagai ‘sampah’ iaitu merujuk kepada laporan dan ‘minit mesyuarat Political Engagement PAS Pusat’ yang tular beberapa hari lalu dalam media sosial dan media arus perdana.
Isu kandungan laporan tersebut amat berat kerana ia menelanjangkan kepincangan keluhuran undang-undang dan kehakiman negara, apabila terdapat pemimpin PAS dan Bersatu digambarkan mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan kehakiman negara.
Tegas Isham Jalil, “Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat.”
“Setakat nafi-nafi sahaja rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik talam dua muka yang depan kata lain belakang buat lain,” tegas Isham lagi.
Samsuri mengaku bahawa memang berlaku perjumpaan dan mesyuarat sebagaimana laporan berkenaan, tetapi menafikan kandungan agendanya yang dicatatkan dalam laporan yang bocor itu.
Sebagaimana dilaporkan oleh FMT, Samsuri menjelaskan. “Mereka mengambil kesempatan terhadap pertemuan yang kita adakan, mereka tahu kita buat pertemuan, walhal perjumpaan seperti itu kita buat dengan semua pihak atas kapasiti berbeza bukan sebagaimana ditohmah.”
Samsuri juga menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin UMNO susulan laporan mengenai penularan dokumen yang bocor itu.
Dokumen itu didakwa ada menyebut tentang rancangan untuk menjatuhkan dan menyegerakan usaha memenjarakan DS Najib, DS Dr Zahid Hamidi dan DS Mohamad Hassan.

“Samsuri kata dia tidak bincang seperti minit mesyuarat yang bocor itu. Habis kamu bincang apa? Bulan puasa jangan tipu,” jawab Isham.
Isham berkata pemimpin PAS pernah sebut tentang rancangan “taktikal” untuk memastikan UMNO menerima Bersatu dalam Muafakat Nasional.
“Adakah ini rancangan taktikal mereka iaitu menjatuhkan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan mereka dan menyumbat pemimpin UMNO ini ke dalam penjara sebelum pilihan raya?
“Jika inilah rancangan mereka, sememangnya mereka orang yang tidak kisah menganiaya orang lain untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang sebegini tidak boleh dipercayai.”
Perkara pokok yang terbangkit ialah, adakah PAS dengan kauasa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin mempunyai kuasa dalam badan Kehakiman negara.
Hamzah pernah dikaitkan dengan isu panas ‘budak-budak kita dalam PDRM’ dan dia mengaku atas alasan dia adalah Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Kata Hamzah “Saya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), saya nak maklumkan dalam perlembagaan, pengerusi SPP merupakan suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai-pegawai polis.”
Walau bagaimanapun bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, menentang status Hamzah sebagai pengerusi SPP yang tidak sepatutnya dilantik dari kalangan ahli politik.

Manakala Prengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin juga telah mengeluarkan kenyataan supaya Mahkamah Rayuan mempercepatkan perbicaraan kes 1MDB yang dikaitkan dengan DS Najib.
Tidakkah ia juga bermaksud supaya pihak yang bersalah segera dipenjarakan sebagaimana tercatat dalam minit laporan yang bobor itu?

Kedudukan Hamzah dan kenyataan Muhyiddin, nampaknya selari dengan laporan minit Political Engagement PAS Pusat yang dikatakan bocor itu.
Terdapat lima kali catatan yang menjuruskan kepada campur tangan politik dalam badan kehakiman negara dalam laporan tersebut, sebagaimana berikut (sumber dokumen: malaysia-hot.com.)




******
Tinggalkan Jawapan